Jul 24, 08 1:27pm PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa
di Georgetown dengan alasan ia "menjejaskan reputasi Bahasa
Malaysia". "Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama
tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun
kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan
reputasi Bahasa Malaysia," kata pengerusi perpaduan nasional PAS Dr
Mujahid Yusof Rawa."Saya menyeru kepada pihak berkuasa tempatan menolak
keputusan ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mendesak
kerajaan Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk menulis dalam bahasa
lain daripada bahasa kebangsaan."Dr Mujahid, yang juga timbalan
pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, menyifatkan keputusan menambah
bahasa-bahasa Cina dan Tamil di papan-papan tanda bandar raya
itu "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan"."Lagipun sejarah budaya
pada sesuatu tempat telah diserapkan dalam budaya kita dan nama yang
digunakan walaupun dari perkataan dari bahasa lain, ia tetap menjadi
sebahagian daripada bahasa kebangsaan."Oleh itu tidak perlu untuk
menuliskannya dalam bahasa selain yang diterima pakai oleh bahasa
kebangsaan," katanya.-malaysiakini

--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/24/2008 02:00:00 PM

Reply via email to