Wa alaikum salam wrm wbt. Apa yang dialami oleh sdri sh. Natasha itu spt satu konflik jiwa ya? seperti satu pertembungan antara sifat mazmumah yang mahu keluar dan menggantikan sifat mahmudah yang mahu masuk ke hati. Memanglah benar kata2 ustaz yang pernah saya dengar, Ada perkara yg baik pd kita baik pd Allah Ada perkara yg baik pd kita tak baik pd Allah Ada perkara yg tak baik pd kita baik pd Allah Kekadang memang tiba2 hati kita disentuh satu rasa, yang kita sendiri tak faham. apakah itu sedar? hidayah? atau insaf? atau ini tandanya Allah itu ingin kita dekat kepadaNya. Ini saya catatkan munajat Rabiatul Adawiyyah, buat kita merenung dan memikir bgmkah hati wali allah ini ketika itu.
"Kujadikan Engkau teman bercakap dalam hatiku. Tubuh kasarku biar bercakap dengan yang duduk Jisimku biar bercengkrama dengan Taulanku Isi hatiku, hanya tetap Engkau sendiri" a "Wahai Tuhanku, Tenggelamkanlah daku dalam mencintai-MU, sehingga tidaklah aku tidak lagi mebimbangkan-MU ya Tuhan. Bintang di langit telah gemerlapan, mata telah bertiduran, pintu-pintu istana telah terkunci dan tiap pencinta telah menyendiri dengan yang dicintainya, inilah aku berada di hadirat-MU" Tuhanku, malam telah berlalu dan siang segera menampakkan diri, aku gelisah, apakah amalanku Engkau terima hingga aku merasa bahagia, ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa sedih. Demi keMaha kuasaan-MU, ini lah yang akan kulakukan selama Engkau beri daku hidup. Sekiranya jika Engkau usir daku depan pintu-MU aku tak akan pergi karena cinta pada-MU telah memenuhi hatiku...... Wasalam. --- On Tue, 7/22/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Epilog cintaku To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Tuesday, July 22, 2008, 9:18 PM a'SKUM, wAHAI Sh.Nastasha. ...dalam kehidupan mmg byk dugaan dan cabaran hidup yang perlu kita melaluinya.. . Yang penting cara mana kita nak mengatasinya. .... Yang baik kita tambahkan kebaikannya. ..yang salah kita memperbaikikan nya.... What i can say to u.... Saya doakan semoga u berjaya dan segala amalan kebaikan sh. diberkhati dan dirahmati Allah swt. Insyaallah. Oh ya sh. we are in the same place where we come from Hydramaut... . U take care k...N' smile always... ... Al khadri To: [EMAIL PROTECTED] ups.com From: Date: Mon, 7 Apr 2008 01:34:24 +0000 Subject: Help Palestine [hidayahnet] Epilog cintaku Aku berumur 20 tahun. Seorang perempuan 'complicated' dan sentiasa sibuk seperti tebuan. Gaya dan penampilanku selalu dititik beratkan supaya org mengenaliku dengan caraku ini. Apabila penampilan menarik, tidak hairanlah sekiranya lelaki-lelaki di institusiku mula cuba bergaul dan merapati aku. Jauh sekali aku suka kalau kawan-kawanku mengenaliku dan aku menjadi sebutan ramai di bibir lelaki ketika itu.Baik lelaki itu pelajar atau pensyarah,bujang, berkahwin atau duda, muda atau tua . Bangganya ketika itu. Aku suka bergaul dengan mereka dan aku merupakan salah satu pelajar yang aktif di institusiku. Gayaku selalu menarik pelbagai kaum lelaki juga yang cuba berkawan atau mengajak aku bercinta (cinta monyet). Baik melayu,india, cina,punjabi, arab,pakistan dan sebagainya. Tidak perlu aku risau sendirian, kerana aku pergi kemana-mana, ada sahaja kawan- kawanku ini sebagai teman yang selalu memberi sokongan atau tempat melepaskan pelbagai perasaan seperti marah,sedih, kecewa,gembira dan sebagainya. Tapi ini semua 5 tahun yang dahulu.. Dalam masa 5 tahun itu, aku mula menunjukkan simptom-simptom yang kadang-kadang menjadi persoalan di kepalaku tanpa kusedari atau menjadi satu tanda virus pada pemikiran-pemikiran sahabatku yang mengenaliku ketika kami bersosial atau menghabiskan masa dengan bersuka ria seperti remaja zaman milennium ini. Aku menjadi pendiam, pemarah dan mempunyai perasaan yang benci menggunung seperti gunung berapi. Aku menjadi sebegini kerana terlal banyak persoalan yang berlegar-legar di dalam fikiranku. Seribu satu perkara tidak kena. Disebabkan ini, aku telah melangkah satu kaki ke hadapan atau kebelakang dengan berkawan dengan orang-orang yang aku anggap dahulu tidak ada 'standard' atau tidak layak berkawan dengan aku. Semenjak itu aku mula mencari-cari jawapan dalam fikiranku dengan bergaul dengan pelbagai masyarakat tanpa aku rasa takut atau ragu-ragu ketika itu dan aku selalu pulang kerumah lewat atau memberi pelbagai alasan dalam pencarian yang aku nantikan. Dalam mencari jawapan atau longgarkan simpulan tali yang kerusut di celah-celah otakku,disinilah bermula masalahku dengan keluarga yang aku cinta. Mereka melihatku seperti seorang manusia yang telah dicemari dengan pelbagai virus sehinggakan mereka tidak mengenali aku siapa kerana perwatakan aku.Perwatakan yang cuba menegakkan benang yang basah atau sebaliknya kerana aku menolak segala nasihat atau ceramah dari mana-mana manusia. Aku dengan duniaku.Aku dengan diriku. Dan aku ..siapa aku????? Aku menjadi pendiam dan cuba elak dari manusia atau berpura-pura mempunyai teman rapat sedangkan dalam hati berkata, aku benci orang yang suka merapati diriku. Aku mula hanyut dalam duniaku tanpa kusedari. Aku berkata pada diriku, aku berkayuh tapi masih bocor dan masih hanyut dalam kayuhan aku. Aku termenung dan bertanya kembali, dimana silapku,desis hatiku. Aku semakin bertanya pada diri, otak aku berhenti berfikir,Aku cuba berfikir tapi otakku seperti paip yang dibuka tapi tiada air. Lantas aku perhatikan jari-jemariku. Aku melihat corak atau jalur dijari-jariku. Dari sehari ke sehari, aku cuba menyelesaikan masalahku tapi tiada 'output'. Kalau dalam mesyuarat sesuatu organisasi atau apa- apa 'event', aku akan menjadi orang pertama dalam memberi pelbagai cadangan dan pendapat atau kritik. Tetapi, aku menjadi sebaliknya. Aku menjadi bisu dan hanya senyuman sahaja dapatku berikan. Aku menjadi gusar dan gelisah dengan diriku. Ibuku sentiasa mendengar luahanku tapi cara pemikiran atau cara penyelesaiannya bukan itu yang ku dengar. 'Complicated' . "Hello . Apa khabar sayang? Kenapa dah tak call? Are you okay?Are you avoiding me?", telefon bimbit yang kujawab membuatkan kepala aku runsing sedangkan aku sentiasa gembira apabila mendengar suara kekasihku. Penyejuk atau menolongku dalam menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Timbullah satu perasaan dari hati secara tiba-tiba dan aku berkata kepadanya... "Assalamualaikum. I am fine. Sayang, i nak break. Boleh tak? I am so sorry,i just want to be alone.", aku mengatakannya dengan nada suara yang sedih ,sebak dan semua perasaan jadi seperti orang gila. "Betullah apa orang kata, you ni playgirlkan. I doubt it. Mesti ada orang lain. And you...",aku terus letak telefon. Aku menjadi bingung dan tiada perasaan atau rasa apa-apa ketika itu. Aku seperti berangan tapi kosong. Airmata... "Boleh awak berjumpa dengan saya di bilik?",kata pensyarahku ketika aku hendak pulang ke asrama. Di bilik En Lutfi (Bukan nama sebenar), dia menyuruhku duduk di kerusi berhadapan dengan mejanya. Dia melihat wajahku dengan berwajahkan muka yang serius. Aku menjadi kaget. "Awak ada masalahke?Saja saya nak tahu dari awak sebab muka awak atau dalam kelas you are not last time as i know you before. Suka menyendiri. Kenapa?". Aku melihat mejanya dan aku melihat mukanya dan aku mula terasa malas nak layan. Aku tak suka dikaunsel atau seumpamanya. Kemudian, dia melihat pada pokok hijaunya yang makin lama makin layu. Dia seperti mencari helah atau idea dalam bicara denganku lebih lagi. "Awak perempuan. Awak ada keunikan tersendiri. tapi sayang sekiranya saya katakan awak tidak menggunakannya atau awak tidak nampak.Awak mencari sesuatu ke? Awak 'fail' lagi sekali dalam paper saya tapi saya luluskan juga." Aku amati mukanya. Entah kenapa aku rasa nak nangis. Aku jarang sekali menangis. Aku cuba mengawalnya dan meletakkan ego yang tinggi dalam hati ini. Tiba-tiba airmataku keluar juga dan aku menangis teresak-esak di dalam pejabatnya. Dan dalam tangisan tu, aku seperti menyuarakan segala masalahku dalam tangisan dan aku menangis dan menangis bila hati rasa susah nak diceritakan dan buntu. Aku terus berlalu seperti biasa. Aku paling benci menangis dihadapan orang. Aku akan 'stay away' dan aku akan pergi begitu sahaja. Dalam perjalananku untuk pulang ke asrama, aku singgah sebentar di masjid. Which is , aku jarang atau kurang sangat pergi ke masjid. tapi, aku hanya pergi dan duduk di bahagian muslimah dalam masjid, dan aku termenung. Apabila azan berkumandang, aku menangis lagi dan kali ini aku sujud dan aku pukul-pukul lantai dan menyalahi diri aku ,Allah atau sesiapa sahaja ketika aku bersedih dan dalam kesedihan itu aku bertanya dan bertanya dan marah kepada Allah swt. Ustazku,Sesatku. .. Seorang imam yang ku hormat, kerana namaku seperti golongan ahlul bayt, dia mengambilku atau melayanku seperti seorang anak. Dia dirikannya sebagai ayahanda dan aku adalah anakanda. Seorang lelaki yang mempunyai banyak anak angkat,peramah, lemah lembut dan nampak seperti seorang yang hebat, tapi sebenarnya ada juga kekurangan di dirinya. Aku tak boleh nak terima atau percaya. Seorang ustaz atau imam mempunyai masalah pada hati mereka. Kaunselar yang bagus bagi pelajar-pelajar tetapi dia juga perlukan khidmat yang sama pada hatinya. Aku membuat taktik seperti dahulu untuk mengetahui sikap seorang lelaki. Dalam perbualan kami setiap hari, aku dapat melahirkan dengan sebuah kesimpulan. dan kesimpulan itu membuatkan aku tidak percaya pada ustaz atau imam. Baru aku tahu kenapa dia selalu merapati dengan aku dan seumpamanya. Rupa-rupanya, dia cuba untuk mentarbiyyahkan ku. Dan baru aku mengerti kenapa dia hadiahkan tudung labuh atau beberapa analogi untuk aku berfikir dan analisa, rupa-rupanya dia melihat kekurangan atau jawapan yang aku perlukan tapi aku tidak ketemui. Aku mula berjinak-jinak dgn apa yang ayahanda ku sampaikan.Cuma aku tidak tunjuk perubahan pada diri aku sebab aku tidak suka orang melihatku pelik. Sememangnya aku tidak suka menjadi muslimah. Kerana ramai muslimah, seperti talam dua muka. itu adalah anggapanku ketika itu. Namun, dalam pencarian hidayah yang aku inginkan, pada masa yang sama, teman serumah dengan aku telah melihat perkara ini sejak awak lagi. orang pertama yang rapat denganku dan cuba tarbiyyahkanku sejak menjejak kaki di institusi tu adalah wati(bukan nama sebenar). Aku tahu dia terluka atau sakit hati bila aku mengeluarkan kata-kata yang aku tidak suka. Tapi dalam tidak suka itu, dia sentiasa menegurku dengan senyuman, dan aku sendiri tahu senyuman itu hanyalah buatan semata-mata. Dia mengetahui aku mencari sesuatu apabila aku bertanyakan penampilan dia mencuri mataku. Aku walaupun benci pada muslimah tapi aku hormat dalam melihat tingkahlaku atau pakaian yang aku bila aku melihatnya aku merasa tenang. Aku terdiam atau airmata sentiasa mengalir pada setiap malam. Bagaikan pungguk rindukan bulan. Apa yang dirindu.Aku tidak mengerti. Aku buntu. Wati sentiasa datang ke bilikku dan sentiasa membuat aku tersenyum dan gelak. Pada malam tu, aku menceritakan semua masalahku, seperti seorang adik ceritakan masalahnya pada seorang kakak. Aku sentiasa anggapkan adik-adik angkat ku itu seperti seorang kakak. Bukan aku perasan tapi aku cuba menggantikan perasaan kasih syg yang kuharapkan dari kakak-kakakku dengan menganggap adik-adikku adalah seperti kakakku. daripada itu kami mesra dan pelbagai cerita aku dapat berkongsi. Bila aku menceritakan masalahku, wati faham. Dia membimbingku perlahan-lahan dengan menceritakan pergaulan perempuan dengan lelaki. Seperti, telefon,mata ke mata, suara, pakaian dan semuanya yang perlu dia sampaikan kepadaku. dan Alhamdulillah aku menerimanya cuma aku merangkak. Perlunya ada tukul untuk diketuk pada paku. Susah... Aku Cinta Padamu.. Aku dari dulu atau aku rasa was-was pada ustaz,aku akan uji dengan psikologi dan melihat perasaan mereka, kejujuran atau keikhlasan atau adakah mereka memahami dalam menjadi seperti seorang ustaz yang telahpun belajar selok belok haram dan halal seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ataupun gelaran itu hanya seperti gelaran kosong semata-mata. Aku semakin berubah dalam masa 5 tahun itu, aku berubah dan alhamdulillah orang melihatku seperti seorang muslimah.Cuma perlu digilapkan lagi agar sentiasa istiqamah dalam mengharungi pelbagai ujian dan dugaan. Aku juga bersyukur apabila lelaki atau perempuan yang membenciku kerana sifat sosialku, mula memanggilku dengan nama seperti huurun Ain, Aisyah dan sebagainya.Dimana, aku tidak perlukan pujian itu, kerana aku perlukan cintaku. Pelbagai buku aku beli dalam menjadi muslimah sejati. Pernah juga aku mengharapkan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar mengerti sistem islam dan memahami konsep Islam agar dia boleh membimbingku serta bersama-sama dalam membentuk seperti apa yang hatiku kehendaki. Cuma, dalam mencapai impianku, aku perlu cintakan diriku terhadap apa yang aku belajar dalam tarbiyyahku. Perlahan-lahan aku berkayuh dalam mengejar atau cuba mencari lagi jawapan yang aku inginkan. Tapi sayang, tidak sesiapa memahamiku dalam mencari cintaku dalam perjalananku. Cintaku dalam mengubahkan diriku terhadap kekasihKU. Bila aku tahu atau yakin dan hati aku rasa tenang, rasa satu badan ringan dan semakin lama semakin kusutan di otakku teurai satu persatu. Baru aku tahu, aku cinta padaNya. Kini.. Aku tunduk dan terdiam. Pipiku basah lagi dengan linangan airmata. Cuma kali ini, aku tersenyum. Baru aku sedar siapa diri aku ini. Baru aku tahu kenapa aku jadi macam orang gila dan kenapa aku jadi jahat dahulu dan kemudian mendapat hidayah dalam pelbagai rintangan. Seperti menyelesaikan teka teki. Cuma teka teki itu makan masa beberapa minggu,bulan ataupun tahun. Aku melihat perubahan diriku ini. Alhamdulillah. . Bila aku melihat ada orang seperti hidupku atau seperti zaman jahiliyyah, aku secara tiba-tiba terasa tahu perkara itu salah dan aku ingin membantunya. Aku pernah melalui jalan gelap itu, aku tak nak kawan-kawan aku mengikuti jalan panjang dan gelap itu. Aku nak bantu dengan menunjukkan jalan yang senang dan selamat dan ada 'short cut'. Tapi sayang seribu kali sayang, niatku selalu disalahertikan atau sejarah masa silamku menjadi punca bagi mereka tidak memahami niatku ini. Ikhlas tak boleh dikata kerana ianya dari hati dan Allah sahaja yang tahu. Cuma aku tak tahu kenapa,aku tidak endah pada perkataan ikhlas itu, aku tetap ikhlas dan ikhlas kerana Allah untuk membantu mereka. Aku tidak mahu mereka hanyut seperti aku,kayuh dan kayuh tapi hanyut juga. Aku bukan nak buat apa-apa..aku hanya ingin berkongsi. Salahkah aku? Tarbiyyah..daurah. .... Kini, aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Fikiranku asyik berfikir tetapi aku sorang-sorang dalam bersemangat sehinggakan aku pernah tersenyum kerana geli hati bila aku cuba menyusun strategi aku sendiri. Hanya bilik ini dan aku dan suasana ini yang memahami aku atau kalau mereka ini orang, mereka mesti tahu bagaimana caraku berfikir. Entah kenapa, hati ini jadi tidak keruan. Aku perlu disirami.Tetapi tiada siapa ingin menyiramiku dengan air jernih yang penuh dengan organisma-organisma kecil yang berisikan dakwah atau mengajarku dengan ikhlas.aku bergerak sendirian dan hanya harap pada daurah.Setiap aku balik dari daurah,aku akan demam beberapa minggu. Kerana aku terlalu memikirkan sangat atau aku cuba memahami tetapi syg,pemikiranku tidaklah setaraf lagi dengan apa yang si pengucap harapkan. Kerana aku bergerak sendiri. Apabila disoal, aku diperli kerana tidak tahu dan teman-teman seperjuanganku tersenyum sinis,gelak dan sebagainya,aku mula berfikir dan murung serta sedih kerana aku bersemangat cuma aku seperti tayar yang kembung tapi bila kena batu tajam, angin semangatku itu pancit. Aku merenung pada orang sekelilingku, baik ustaz,isteri ustaz,anak- anak, ikhwah dan akhawat, ternyata aku jauh. Aku merenung siling yang kosong .Mataku mula menjadi seperti projektor. Dimana ianya diprojekkan dari pemikiranku. Pelbagai slide fikiranku lontarkan pada siling kosong itu. Aku cuba letakkan diri aku dalam kelompok. Aku menilai diri. Letak 'grade'. Aku mula mendengar masalah orang, tup tap tup tap aku jatuh hati. Tapi aku tidak sengaja. Aku mengerti perasaan ini tiba kerana aku kasihankan padanya. Perasaan ini selalunya hadir secara otomatik bila ada perasaan simpati seperti yang tertera di dalam buku psikologi. oh..baru ku tahu.Idea memang senang, cakap mungkin senang, tetapi cara untuk interpretasikan atau menjadikannya sebuah realiti hanya Allah sahaja yang tahu. Aku mengeluh dan tertekan dan airmata mengalir pilu. Insan seperti aku ini tidak berteman, belum masanya lagi,kerana aku tahu aku perlu mencari segala jawapan bagi persoalan yang kuutarakan di dalam fikiran ini.Pernafasan ku pernah terhenti. Kalau aku menutup mata dan Allah mengambilnya sekelip mata, sudah bersediakah aku dalam menjawab pertanyaanNya. Aku takut menjadi seorang muslim yang mengambil atau pelajari Ilmuanya kemudian tinggalkan begitu sahaja. Habis madu sepah dibuang. Aku menggunakan ungkapan ini kerana aku anggapkan ilmu Allah itu untuk kepentingan diri aku. tidak ada reaksi selepas aku memahaminya. Biarkan begitu sahaja seperti penting diri sendiri. Manisan yang kurasa, perlu ku recycle dengan kawan-kawanku yang ketinggalam dan bukannya dibuang. Nukilan dari, Sharifah Natasha Syed Abdul Jalil. Notts Make the most of what you can do on your PC and the Web, just the way you want. Windows Live