(Bahagian 2) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

<http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/>http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah, ke-3 –
Meninggalkan bid’ah-bid’ah. (Imam Ahmad bin
Hanbal, Ushulus Sunnah, Prinsip ke-3)

Penjelasan/Syarah:

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari
Rabbmu dan Janganlah kamu mengikuti
pemimpin-pemimpin seIain-Nya.” (Surah al-A’raaf, 7: 3)

Dan Nabi Shallallahu ‘alahi wa Sallam bersabda:

“Ber waspadalah kamu terhadap perkara-perkara
baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah.”

Dalam sabdanya yang lain pula:

“Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama)
kami perkara baru yang bukan darinya maka
perkara itu tertolak.” (Hadis Riwayat Bukhari,
no.2697 dan Muslim no. 1718 dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu)

Ibnu Mas’oud berkata: “Janganlah kamu melakukan
bid’ah dan berlebih-lebihan dalam beragama.
Wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan
perkara agama yang dahulu kala (ajaran
Rasulullah yang murni – Pent.) (Diriwayatkan
oleh ad-Darimi (1/54) dan lbnu Baththah dengan sanad yang sahih)

Dari lbnu al-Musayyib, bahawa dia pernah melihat
seseorang melaksanakan solat (sunnah) lebih dari
dua rakaat setelah terbit fajar dan dia
memperbanyak ruku’ di dalamnya, maka beliau
melarangnya. Orang tersebut berkata: “Wahai Abu
Muhammad, apakah AlIah akan menyiksaku kerana
solatku ini?” Beliau menjawab: “Tidak, akan
tetapi Dia akan menyiksamu kerana kamu telah
menyelisihi Sunnah (petunjuk Nabi Shallallahu
‘alahi wa Sallam).” (Diriwayatkan oleh
al-Baihaqi dan Syeikh al-Albani rnenshahihkan
sanadnya di dalam aI-Irwa’ (2/236))

Imam Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah
(wafat pada tahun 329H) berkata: “Berwaspadalah
kamu terhadap perkara-perkara baru (dalam agama)
yang kecil, kerana bid’ah-bid’ah kecil itu jika
sering dilakukan maka akan menjadi besar.
Demikian pula setiap bid’ah yang diada-adakan di
dalam umat ini pada asal mulanya adalah kecil
menyerupai aI-haq (kebenaran), lalu orang-orang
yang masuk ke dalamnya menjadi tertipu, kemudian
mereka tidak mampu keluar darinya, sehingga
perkara itu (seakan-akan) menjadi suatu perkara
agama yang harus ditaati, maka ia pun menyimpang
dari jalan (yang benar), lalu keluar dari Islam.
Maka perhatikanlah (semoga Allah merahmatimu)
setiap orang yang kamu dengarkan ucapannya,
khususnya dari orang-orang yang hidup pada
zamanmu, maka janganlah kamu tergesa-gesa dan
masuk ke dalamnya sehingga kamu bertanya dan
meneliti terlebih dahulu, apakah ada seorang
sahabat nabi atau seorang ulama yang
membicarakan perkara itu. Maka jika kamu
mendapati adanya sebuah atsar (riwayat) dari
mereka yang membenarkannya, maka berpegang
teguhlah dengannya dan jangan meninggalkannya.
Jangan pula memilih jalan selainnya kerana kelak
kamu akan jatuh ke dalam api neraka.” (Syarhus
Sunnah, karya al-Barbahari, hal. 681)

Umar bin Abdul Aziz berkata: “Tiada alasan
(hujah) bagi sesiapa pun dalam kesesatan yang
dilakukannya sedang dia mengiranya sebagal
petunjuk setelah jelas baginya as-Sunnah.” (as-Sunnah, karya al-Marwazi (95))

lbnu Wadhdhah mengeluarkan dengan sanad yang
rijalnya tsiqah dari Abu Utsman an-Nahdi, Ia
berkata: “Seorang pegawai (gabenor) menulis
surat kepada Umar bin Khaththab, bahawa di sini
ada sekelompok kaum yang berkumpul dan berdo’a
untuk kaum muslimin dan pemimpin kaum muslimin.
Maka Umar menulis surat balas kepadanya,
“Datanglah engkau bersama mereka!” Maka ía pun
datang. Umar berkata kepada pengawalnya:
“Siapkan cambuk.” Maka tatkala mereka rnasuk
menghadap umar, beliau mencabuk pemimpin mereka
dengan keras.” (Lihat aI-Bida’ wan Nahyu ‘Anha, hal. 26)

Imam Darul Hijrah (Imam Malik) berkata:
“Barangsiapa melakukan perkara baru dalam urusan
umat ini yang tidak pernah berada di atasnya
generasi pertama umat ini, maka ia telah
menganggap bahawa Rasulullah berkhianat di dalam
menyampalkan risalah Allah Subhanahu wa Ta’ala,
kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu
agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu
nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi
agama bagimu.” (Surah al-Maidah, 5: 3)

Maka perkara-perkara yang tidak termasuk ke
dalam urusan agama pada waktu itu, bererti tidak
termasuk urusan agama pula pada zaman sekarang
ini. Keadaan akhir umat ini tidaklah menjadi
baik kecuali dengan apa yang menjadikan generasi
pertama umat ini menjadi baik.”

Beliau juga pernah ditanya oleh seseorang,
“Wahai Abu Abdillah, dari manakah aku memulai
ihram? Beliau menjawab: “Dari DzuI Hulaifah di
mana Rasulullah memulai ihram.” Orang itu
berkata: “Aku ingin memulai ihram dari masjid
(nabawi), dari sisi kuburan.” Maka imam Malik
berkata kepadanya: “Jangan kamu lakukan itu,
kerana aku takut terjadi fitnah pada dirimu.”
Lalu ía bertanya: “Fitnah apakah yang akan
terjadi dalam hal ini? Ini hanyalah jarak
beberapa batu sahaja yang aku tambahkan.” Jawab
imam Malik: “Fitnah apakah yang lebih besar
daripada kamu menganggap bahawa dirimu telah
sampai pada sebuah keutamaan yang tidak pernah
dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa
Sallam? Sesungguhnya aku telah mendengar firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Maka hendaklah orong-orang yang menyalahi
perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau
ditimpa azab yang pedih.” (Surah an-Nuur, 24:
63) (Dikeluarkan oleh ibnu Abdil Bar di dalam
Jaami’ Bayaanil Ilmi dan Ibnu Baththah di dalam
al-Ibaanah al-Kubra (1/261) dengan isnad la ba’sa bihi)

al-Hafiz aI-lsma’ili (wafat pada tahun 371H) berkata:

“Imam-imam hadis berpendapat (wajibnya) menjauhi
bid’ah dan dosa-dosa, menahan diri dari gangguan
serta meninggakan ghibah (mengumpat/menggunjing
orang lain) kecuali kepada orang yang
menampakkan bid’ah dan Ia menyerukan kepadanya,
maka membicarakan keburukannya menurut mereka
bukan termasuk dari ghibah (yang diharamkan).”
(I’tiqaad Aimmatil Hadis, hal. 78)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin
Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih,
m/s. 43-47. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

Reply via email to