(Bahagian 1) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

<http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/>http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah, 1 –
Berpegang teguh kepada jalan hidup para sahabat
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, 2 –
Berqudwah terhadap mereka (menjadikan para
sahabat Rasulullah sebagai tauladan/ikutan).
(Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, Prinsip 1 & 2,)

Penjelasan/Syarah:

Dalilnya,

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan
barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas
kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang
bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia
leluasa terhadap kesesatan yang telah
dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam
Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat
kembali” (Surah an-Nisa’, 4: 115)

Dari hadis ‘Irbadh bin Sariyah radhiyallahu
‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda, “Sesungguhnya barangsiapa dari kamu
yang hidup (selepas kewafatanku) maka dia akan
melihat banyaknya perselisihan. Maka, wajib ke
atas kamu supaya berpegang teguh dengan sunnahku
dan sunnah para khalifah al-Rasyidin (yang
mendapat petunjuk), gigitlah ia dengan
se-erat-eratnya walaupun dengan gigi-gigi
geraham kamu.” (Lihat Shahih Sunan Abi Dawud, hadis no. 3851)

Dan sabdanya pula dalam menjelaskan sifat-sifat
golongan yang selamat, Dari ‘Abdullah bin ‘Amr
ia berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya Bani Isra’il telah berpecah-belah
menjadi 72 golongan, dan umatku akan
berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua
di neraka kecuali satu golongan”. Para sahabat
bertanya: “Siapakah golongan (yang selamat) itu
wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Apa (jalan)
yang aku dan para sahabatku ada di atasnya”.”
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi di dalam Sunannya
(2641), al-Hakim di dalam al-Mustadrak
(1/128-129), al-Ajurri di dalam al-Arba’in (143), dan di asy-Syari’ah (15-16))

Dalam riwayat yang lain dengan lafaz (maksudnya):

“Dan umatku ini akan terpecah menjadi 73
golongan, semuanya di neraka kecuali satu”. Para
sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai
Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah
orang-orang yang keadaannya sentiasa berada di
atas jalanku dan jalan para sahabatku”.”
(Riwayat ath-Thabrani di dalam ash-Shaghir, 1/256)

lbnu Mas’ud berkata: “Barangsiapa di antara kamu
yang mengambil contoh, maka hendaklah ia
rnengambil contoh (tauladan) dari para sahabat
Nabi Muhammad. Ini adalah kerana mereka
merupakan orang-orang yang hatinya baik, ilmunya
mendalam, sedikit takalluf (memaksakan diri
melebihi batas kemampuannya), memiliki petunjuk
yang lurus, baik keadaannya. Mereka adalah suatu
kaum yang Allah pilih untuk dijadikan sebagai
sahabat Nabi-Nya. Maka dari itu, ketahuilah
keutamaan mereka dan ikutilah jejak-jejak
mereka, sebab mereka berada di atas petunjuk
yang lurus.” (Darjat riwayat ini La ba’sa bihi,
dikeluarkan oleh lbnu Abdil Bar di dalam
kitabnya Jaami’ Bayaanil ‘iImi, no. 1810)

Ibnu ‘Aun berkata: “Semoga Allah merahmati
seseorang yang beristiqomah dan merasa redha
dengan atsar ini walaupun terasa berat
olehnya.”(Diriwayatkan oleh lbnu Baththah di
dalam al-Ibaanah (291) dan darjatnya sahih berdasarkan syarat Bukhari & Muslim)

lbrahim an-Nakha’i berkata: “Seandainya para
sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
membasuh kuku (dalam berwudhu – Pent.), niscaya
aku tidak akan mencucinya demi mencari keutamaan
dalam ber-ittib a’ kepada mereka.” (Sahih,
diriwayatkan oleh lbnu Baththah (254), ad-Darimi dan selainnya)

Umar bin Abdul Aziz pernah berwasiat kepada
sebahagian pegawainya: “Aku berwasiat kepadamu
agar sentiasa bertaqwa kepada Allah dan berlaku
sederhana dalam menjalankan perintah-Nya,
mengikuti sunnah (petunjuk) Rasulullah
Shallallahu ‘alahi wa Sallam, meninggalkan
perkara-perkara baru dalam agarna yang
diada-adakan oleh orang-orang setelahnya, dan
berhentilah pada batas-batas ajarannya. Dan
ketahuilah, bahawa seseorang tidaklah berbuat
bid’ah melainkan telah ada sebelumnya hal yang
menunjukkan kebid’ahannya dan pelajaran buruk
yang ditimbulkannya. Kerana itu, kamu wajib
berpegang teguh dengan as-Sunnah, sebab ia
merupakan perisai/pelindung (dari pelbagai
kesesatan dan kebinasaan) bagi dirimu dengan
izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan ketahuilah,
barangsiapa yang berjalan di atas sunnah, maka
sungguh dia telah mengetahui bahawa tindakan
menyelisihinya adalah termasuk kesalahan,
kekeliruan, sikap berlebih-lebihan dan kedunguan
(kejahilan). Maka generasi terdahulu dari umat
ini (as-salafus-sholeh) telah berhenti dan
menahan diri mereka dengan ilmu yang mapan/jelas
(dari pelbagai bid’ah-bid’ah) padahal mereka
adalah orang-orang yang memiliki kemapuan yang
sangat tinggi dalam membahaskan sesuatu
permasalahan agama, akan tetapi mereka tidak
membahasnya.” (Shahih Sunan Abi Dawud, no. 4612.
Lihat pula takhrij kitab asy-Syari’ah, atsar no. 292)

lmam Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah
berkata: “Dan ketahuilah (semoga Allah
merahmatimu), bahawa keislaman seseorang hamba
tidaklah sempurna sehingga dia menjadi orang
yang sentiasa berittiba’ (mengikuti petunjuk
Nabi), membenarkan, dan berserah diri. Maka,
barangsiapa yang mengira bahawa masih ada suatu
perkara di dalam Islam yang belum disampaikan
oleh para sahabat Muhammad kepada kita, maka
sesungguhnya dia telah mendustakan mereka, dan
keadaan itu cukup untuk dikatakan sebagai
perpecahan dan tikaman terhadap mereka, dan dia
adalah seorang mubtadi’ (pelaku bid’ah) yang
sesat dan telah mengada-ngadakan perkara baru
dalam agama Islam.” (Syarhus Sunnah, hal. 70)

Ia juga berkata: “Wajib ke atas kamu mengikuti
atsar-atsar (jejak salafus sholeh) dan
orang-orang yang berpegang teguh dengan atsar.
Bertanyalah kepada mereka, duduk, dan ambillah
ilmu dari mereka.” (Syarhus Sunnah, hal. 20).

Kepada mereka yang memerlukan penjelasan yang
Iebih lanjut berkenaan hal ini, dipersilakan
merujuk kitab al-l’tisham karya imam
asy-Syathibi, kerana kitab tersebut merupakan
kitab yang agung, yang banyak mengandungi
manfaat dan faedah yang besar serta tidak ada
kitab yang sepertinya yang disusun di dalam bab
ini. Lihat pula Ta’Iiq (komentar) Syeikh
al-Albani terhadap kitab aI-‘Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 48.

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin
Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih,
m/s. 37-42. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

Kirim email ke