Ceramah Anwar Ibrahim di Permatang
Pasir<http://www.perisik-rakyat.com/2008/08/ceramah-anwar-ibrahim-di-permatang.html>
<http://lh6.ggpht.com/abu.kashaf/SKOP7Z2xi9I/AAAAAAAADMI/5hrcuSYufQM/s400/IMG_4978.jpg>Diantara
penceramah yang hadir adalah YB Hamdan, YB Lim Guan Eng, YB Azmin dan Cikgu
Bad.(Calon PKR di Rembau)

Disini DSAI melancarkan slogan atau moto pilihanraya beliau iaitu "Merdeka".
Merdeka dari rasuah, merdeka dari kezaliman, merdeka dari penindasan.

Petikan dari Suara
KeADILan<http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/08/1232>:

PERMATANG PAUH, 14 OGOS (SK) - Jentera KeADILan lebih bersemangat apabila
calon KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan slogan "Merdeka" bagi pemangkin
kemenangan pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh.

Ketika mengumumkan didalam satu taklimat jentera parti yang diadakan di
Bilik Gerakan Pusat di Yayasan Aman Permatang Pauh malam tadi, slogan
berkenaan merangkumi pelbagai aspek.

"Ini medan untuk kita merdeka, malam ini saya nak (mahu) isytiharkan moto
kita merdeka. Bulan ini bulan ogos, kita merdeka, kita tuntut kemerdekaan.
Itu motto kita. Kita hendak merdeka dari kezaliman, kita hendak merdeka dari
rasuah, kita nak merdeka dari penindasan, kita nak merdekakan rakyat supaya
keadilan tertegak," katanya.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
(MPT), Ahli-ahli Parlimen KeADILan, Ketua-ketua Perhubungan Negeri dan
beberapa Ketua Bahagian dari serata Malaysia, Anwar mengulangi bahawa
pilihan raya ini akan dijadikan medan untuk Barisan Nasional melemparkan
fitnah kepada beliau.

Menurut Anwar, beliau akan dituduh menjadi alat kepada kaum Cina, namun
Anwar menegaskan beliau rela menjadi alat kepada seluruh masyarakat
Malaysia.<http://lh3.ggpht.com/abu.kashaf/SKOP5H5rPYI/AAAAAAAADLg/sybZ0xpyhYA/s400/IMG_4962.jpg>DSAI
juga menerangkan tentang cadangan Tan Sri Khalid tentang kemasukkan orang
bukan melayu ke dalam UITM.

Petikan dari <http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/08/1230>Suara
KeADILan <http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/08/1230> :

SUBANG JAYA, 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menyifatkan pendapat yang dinyatakannya berhubung pengambilan pelajar bukan
bumiputera dan pelajar asing ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak
bertujuan menghina masyarakat pengajian tinggi.

Beliau berkata ia hanyalah satu cadangan dan beliau memang tiada hak untuk
menentukan yang UiTM perlu membuka 10 peratus kuota kemasukan kepada
golongan pelajar berkenaan.

"Saya memang tak ada hakā€¦tapi saya hendak mencadangkan, itu saja. UiTM sudah
ada pelajar-pelajar bukan Melayu tapi dari luar negeri.

"Kita tidak boleh (minta) dia menerima pelajar dalam negeri atau luar
negeri. Apa yang kita katakan ialah supaya UiTM meningkatkan lagi
percampuran pelajar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi
Dialog Bajet di Holiday Villa dekat sini petang tadi.

Abdul Khalid berkata kenyataan yang dibuat beliau dua hari lepas adalah
kenyataan ikhlas dari orang yang berminat untuk melihat pembangunan
masyarakat Melayu, bumiputera dan masyarakat keseluruhan berjaya dalam
bidang yang diceburi.

"Kalau cadangan atau saranan saya tidak diterima, saya rasa tidak apa. Ini
bukan merosakkan saya tapi serupa juga pada masa-masa tertentu adalah lebih
baik kita menerimanya kerana kita ingin bersikap global," katanya.

Beliau mencadangkan satu perjumpaan antara beliau dan Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dengan pelajar UiTM diadakan.

Beliau berharap melalui perjumpaan itu, pihaknya dapat berbincang bagaimana
meningkatkan lagi keupayaan pengajian tinggi selain mendengar sendiri
pendapat pelajar berhubung perkara itu.

Pertemuan itu katanya mungkin boleh diadakan selepas pilihan raya kecil
kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan secara
aman kira-kira 500 pelajar UiTM di hadapan bangunan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pagi tadi.

Dalam perhimpunan itu kumpulan pelajar berkenaan menyerahkan memorandum
bantahan berhubung cadangan yang dibuat Dato' Menteri Besar itu, yang
disampaikan wakil pelajar, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai Pejabat Menteri Besar, Hasril Abu
Hassan.

Perhimpunan yang bermula di Padang Kawad, UiTM seawal jam 7 pagi itu
kemudiannya mengambil tempat di Dataran Shah Alam sebelum berarak ke Pejabat
SUK. - NOOR ALLIA KASSIM/ Versi Terkini

-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke