Adakah tanah adat salah satu punca kemiskinan, tanah terbiar, rumah terbiar di 
N.Sembilan ? Tanah adat adalah tanah pusaka turun temurun yang hanya boleh 
diwarisi oleh anak-anak perempuan. 

Terkini sebuah keluarga miskin di Rembau menghadapi kesukaran untuk membaiki 
rumah pusaka yang begitu daif dan uzur kerana sistem tanah adat yang begitu 
kompleks. Berita derita keluarga miskin di Rembau ini di pautan ini 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/08/ibu-miskin-di-rembau-rayu-rumah-dibaiki.html
 dan 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/08/pas-rembau-rayu-bantu-ibu-miskin-baiki.html
 

Sebelum ini saya telah menghuraikan dengan panjang lebar permasalahan tanah 
adat, tanah terbiar, rumah terbiar di Negeri Sembilan pada pautan berikut 
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2001&dt=0104&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_04.htm&arc=hive
 

Profesor Muhammad Syukri Salleh dari Universiti Sains Malaysia pernah 
mengeluarkan artikel Formula Menangani Kemiskinan di Rembau di 
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/MiskinRembau.html atau 
http://rozmal.blogspot.com/2007/10/formula-menangani-kemiskinan-di-rembau.html 

Justeru itu orang-orang adat di Negeri Sembilan ini terutamanya Anak Buah , 
Buapak , Lembaga , Penghulu dan seterusnya haruslah mengkaji semula kesesuaian 
sesetengah sistem adat ini agar orang Melayu di Negeri Sembilan ini tidak akan 
menjadi orang pelarian di tanah sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh Undang 
Rembau yang ke 18 
http://waghih.blogspot.com/2007/09/undang-rembau-ke-18-pejuang-agama-dan.html 
yang sentiasa memikirkan dan melakukan sesuatu untuk kemajuan anak N.Sembilan 
dalam sistem Adat Perpatih.

Setidak-tidaknya di akhirat nanti bila ditanya apa peranan saya untuk memberi 
kesedaran kepada masyarakat mengenai permasalahan tanah adat maka jawapan saya 
ialah inilah penulisan-penulisan saya untuk memberi kesedaran kepada semua 
pihak agar memikirkan secara serius permasalahan ini untuk kebaikan kita 
bersama.



      

Kirim email ke