*A*pakah kriteria yang kita gunakan ketika makan di luar? Adakah kerana
pekerjanya Islam, kebersihan premis, logo halal, hiasan ayat ayat suci Al
Quran atau istilah "pork free"?
 Tahukah, tiada satu pun daripada perkara di atas dapat menjamin kehalalan
makanan yang di jual di premis seumpama itu? Banyak pengusaha restoran bukan
Islam di Lembah Kelang mempamerkan ayat ayat suci Al Quran di premis masing
masing bagi menarik golongan Islam mengunjunginya. Antara ayat suci yang di
pamerkan termasuk kalimah *ALLAH* dan *MUHAMMAD*, ayat seribu dinar, ayat
Kursi dan Al Fatihah. Ada juga yang mengantung gambar Kaabah. Malah pada
masa yang sama, pemilik restoran bukan Islam itu turut meletakkan peralatan
sembahyang yang berkaitan denga agama mereka.Walaupun masaalah ini pernah
diadukan, pihak berkuasa tidak boleh bertindak kerana ketiadaan undang
undang mencegahnya.
Gambaran salah yang di berikan olih pengusaha restoran tersebut sehingga
membolehkan mereka mengaut keuntungan besar adalah satu bentuk penipuan
kepada orang ISLAM!
Peniaga hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat
Islam. Kita sebagai pengguna Islam mesti berhati hati kerana ramai peniaga
yang tidak mengetahui apakah makanan yang dibenarkan dalam Islam.Mereka
hanya tahu orang Islam diharamkan daripada memakan babi tanpa menyedari
peralatan memasak dan tempat menyimpan makanan yang di haramkan oleh Islam
tidak boleh sama sekali digunakan untuk menyedia dan menyimpan makanan yang
halal.Penggunaan bahan perisa beralkohol dalam makanan dan minuman juga
tidak di benarkan dalam Islam.
Namun bagi sesetengah peniaga terbabit, logo halal dipamerkan di premis
mereka bertujuan menarik lebih ramai pelanggan Islam datang kesitu.

 Umat Islam tidak sepatutnya memandang ringan mengenai isu makanan halal
kerana kehalalannya bukan sahaja dari segi penyembelihan tetapi turut
membabitkan dapur, pinggan mangkuk, cara pembersihan dan aspek lain yang
bersangkutan dengan tuntutan Islam.
 Sumber: Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

-- 
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com

Kirim email ke