Snippets 

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at September 4, 2008 5:50 PM | Permalink | 
Comments (340) | TrackBacks (0) | Previous Blog 
"Pohon Maaf"

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri 
sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan 
kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut 
oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label 
"racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. 
Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan 
diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon 
maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak 
oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang 
perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.


4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang 
Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat 
negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina 
Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan 
yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya 
pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan 
racist terdapat didalamnya. Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" 
(orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan 
sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai 
oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan 
beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata 
dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas 
(terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang 
Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami 
cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga 
"seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan 
mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan 
azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki 
memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin 
parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan 
bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi 
nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil 
"Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa 
hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist 
Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. 
Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki 
memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, 
tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada 
keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu 
pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

<<bannertun.jpg>>

Kirim email ke