Ayah saya berusia 70 tahun minggu ini telah mendapat alat bantuan pendengaran 
yang disumbangkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran , Angkatan Tentera Malaysia.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran 
di Kem Terendak yang meguruskan proses permohonan dan Angkatan Tentera Malaysia 
yang telah membiayai kos alat pendengaran tersebut. Juga ucapan terimakasih 
kepada pakar telinga di Hospital Seremban yang menguruskan pemeriksaan telinga 
ayah saya.

Maklumlah ayah saya setelah berpuluh tahun dulu dalam tentera , telingya 
terdedah dengan pelbagai tembakan senapang, mortar, meriam, RPG dan sebagainya. 
Malah telah mewakili negara ke Sukan SEA (dulu Sukan SEAP) dalam acara menembak 
dan berjaya meraih 5 pingat emas untuk Malaysia pada ketika itu. ( dulu atlit 
Malaysia yang mewakili negara tiada ganjaran wang ringgit, tapi mereka merasa 
amat bangga mewakili negara apatah lagi meraih kejayaan seperti Allahyarham 
Mokhtar Dahari yang begitu merendah diri).

Sebelum mendapat alat bantuan pendengaran , ayah saya kurang jelas 
pendengarannya. Selalunya kena cakap kuat sikit.

Lepas menggunakan alat pendengaran tersebut, ayah saya kata sekarang semua 
bunyi dapat dengar. Bunyi burung berkicau, bunyi cicak, bunyi kertas jatuh yang 
sudah lama dia tidak dengar. Ayah saya kata sedap betul dengar bunyi burung 
berkicau.

Untuk kita yang masih ada telinga yang masih baik ini. Banyak-banyaklah 
bersyukur. Kerana telinga yang baik adalah satu nikmat yang ALLAH berikan 
kepada kita daripada berjuta-juta nikmatnya yang tidak terkira.

Bayangkanlah dapat mendengar burung berkicau adalah satu perkara yang begitu 
menyeronokkan kepada mereka yang tidak dapat mendengar sebelum ini.

Janganlah kita bersedih hati kalau kita gagal dalam percintaan, gagal dalam 
pelajaran, gagal dalam perkahwinan, gagal dalam politik dan sebagainya, kerana 
nikmat ALLAH itu terlalu banyak hinggakan kita lupa nikmat yang ada pada diri 
kita, yang kita nampak ialah orang lain yang berkereta mewah tetapi hakikatnya 
kita tidak tahu samada mereka mempunyai jiwa yang tenang.

Hanya Dengan Mengingati ALLAH Jiwa Kita Akan Tenang

Rozmal bin Malakan
waghih.blogspot.com





      

Kirim email ke