Antara kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2007 menyatakan daripada 30 projek 
Rumah Mampu Milik yang dalam pembinaan , 23 projek yang melibatkan 15,069 unit 
telah dilancarkan penjualannya. Bagaimanapun didapati hanya 2,879 unit (19.1%) 
yang telah dijual setakat 31 Mac 2008. 

Di Negeri Sembilan antaranya ialah :
Projek RMM Sikamat, Mukim Ampangan, Seremban 999 buah telah dibina ,  13 buah 
telah dijual dan 986 buah belum dijual.
Projek RMM Lukut, Port Dickson 457 buah telah dibina , tiada yang telah dijual 
dan 457 buah belum dijual.
Projek RMM Taman Selasih, Senaling, Kuala Pilah 261 buah telah dibina  , 200 
tiada yang telah dijual dan  61 buah belum dijual.

Menurut  pandangan Audit, SPNB ( Syarikat Perumahan Negara Berhad ) perlu 
mempertingkatkan promosinya untuk menjual rumah-rumah yang telah dbina.

Adalah diharapkan ADUN Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini antaranya YB 
Aminuddin ADUN Sikamat dapat mengutarakan perkara ini kepada mereka yang 
bertanggungjawab agar rumah mampu milik ini dapat dijual segera kepada rakyat 
yang benar-benar layak dan benar-benar memerlukannya.

Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan pula sepatutnya memberikan ruang yang 
sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk dari PKR, DAP dan PAS untuk 
bertanyakan soalan yang melibatkan kepentingan rakyat N.Sembilan.

Masih banyak kedengaran rakyat yang memerlukan bantuan tempat tinggal, bantuan 
perubatan, bantuan pelajaran, bantuan kewangan dan sebagainya. Dalam pada masa 
yang sama masih ada rungutan kedengaran di peringkat bawahan berkenaan agihan 
bantuan ini hanya tertumpu pada kelompok kaum keluarga tertentu sahaja di 
kalangan ketua kampung, tok ompek, JKKK dan sebagainya. Ini juga adalah 
merupakan antara beberapa faktor mengapa pengaruh BN semakin merosot di 
kalangan penyokong dan ahli BN sendiri hari demi hari bukan sahaja oleh politik 
peringkat atasan malah mainan politik kampungan. 



      

Reply via email to