Sheikh,
 
1. Kata-kata enta bhw dia telah Islam tetapi telah murtad, adalah selari dgn 
keputusan mahkamah tempohari.
 
2. Mengenai pendapat ana bhw dia tak pernah Islam, ana perjelaskan di sini.
Di mahkamah, sebagai peguam, ana berhujah segenap aspek / kemungkinan utk 
dipertimbangkan oleh Hakim Syarie.
 
a- Isu Pertama, adakah dia Islam atau bukan Islam
b- Jika dia bukan Islam, apakah dia murtad atau tidak sah keislamannya sejak 
dari awal.
c- Jika dia murtad, sejak bila dia murtad.
 
Oleh itu, dlm ceramah penjelasan ana, telah dihuraikan kenapa dia mungkin 
murtad dan kenapa Islamnya mungkin tidak sah / tidak diterima
 
Lalu Mahkamah bersetuju bhw dia Islam tetapi murtad (jika dibaca penghakiman 
penuh hakim tersebut).
 
3. Enta boleh faham apa yg ana cuba sampaikan ini jika enta baca betul2 artikel 
yg ana tulis tu dgn baca satu persatu dan jangan baca lompat. Kalau enta baca 
lompat-lompat enta susah nak faham "the flow".

Wallahul musta'an 'ala ma tasifun.

--- On Mon, 15/9/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Re: Murtad: Dulu Siti Fatimah Tan di 
Penang, kini Je
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, 15 September, 2008, 2:03 AM






Wassalam,

Yang saudara utarakan bukanlah hujah tapi 'excuse', sebenarnya saya telah 
mengkaji
beberapa jawapan dari anda tentang kes siti Fatimah. Anda mengeluarkan 
keterangan
bercanggah di antara penghakiman yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah.

1) Mahkamah Syariah menentukan bahawa orang tersebut telah murtad
2) Anda mengatakan bahawa orang itu sebenarnya tidak pernah Islam.

Kemudian anda berpusing-pusing dengan hujah yang kononya anda menjadi peguam,
menentukan status kekafiran dia yang tidak pernah Islam.
Anda berfalsafah dengan hujah yang tidak kena pada tempatnya. Sedangkan mengikut
keterangan hadis bahawa lakonan Islam dalam medan perang telah dijadikan akuan
keislamannya.

Cuba saudara check tafsir Ibnu Kathir 4:94 tentang status keislaman orang
Terdapat beberapa riwayat yang jelas yang menerangkan kepada kita tentang 
`status
keIslaman' seseorang, setelah dia mengucap syahadah. Ibnu Katsir di dalam 
menafsirkan
Surah al-Nisa' (4) ayat 92-94 menjelaskan dengan panjang lebar tentang 
asbabunuzul
dan makna ayat-ayat tersebut. Menurut Imam Ibn Katsir, dari Abdul Rahman bin 
Zaid bin
Aslam, ayat 92-93 dari surat al-Nisa ini diturunkan mengenai Abu Darda', salah 
seorang
sahabat nabi yang telah membunuh seorang lelaki kafir yang mengucap syahadah di 
saat
Abu Darda' mengangkat pedang (untuk membunuhnya) . Abu Darda' tidak menghiraukan
syahadah lelaki itu lalu dibunuhnya juga. Dan apabila dia menceritakan kepada 
Rasulullah
akan apa yang telah berlaku (dengan tambahan keterangan) bahawa lelaki itu 
mengucap
sekadar untuk menghindari dirinya dari dibunuh, lalu Rasulullah bersabda "Hal 
syaqaqta
ala qalbihi?" ("apakah kamu telah membedah hatinya?") [Tafsir Ibnu Katsir].

Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam pernah 
mengutus
Khalid Al-Walid kepada suku Bani Khuzaimah mengajak mereka masuk Islam. Mereka
tidak menyatakan dengan tegas "aslamna" ("kami telah masuk Islam") tetapi hanya
menyatakan "saba'na saba'na" ("kami telah bertukar agama"). Oleh Khalid 
Al-Walid,
dibunuhnya suku tersebut. Apabila sampai berita pembunuhan itu kepada 
Rasulullah,
baginda bersabda seraya mengangkat kedua tangannya, "Allahumma inni abra'a 
ilaika
mimma sana'a Khalid" ("Ya Allah aku berlepas diri kepada Engkau darip apa yang
dilakukan oleh Khalid"). Kemudian Rasulullah mengutus Ali bin Abu Talib untuk 
membayar
diyat kepada keluarga yang dibunuh oleh Khalid itu [HR Bukhari]. Imam Ibnu 
Katsir juga
mengutip Riwayat Ahmad, Bukhari dan Bazzar, tentang Miqdad bin Aswad yang diutus
dalam sebuah sariyah (peperangan yang tidak diikuti Rasul), lalu beliau membunuh
seorang penggembala kambing yang mengucapkan syahadah. Setelah dipanggil ke
hadapan Rasulullah, baginda bersabda, "Wahai Miqdad, apakah engkau membunuh
seseorang yang mengucapkan syahadah, apakah jawapan engkau besok tentang La 
ilaha
illallah itu?" [sila baca riwayat penuh dalam Tafsir Ibn Kathir 4:94].

Ini lah hujah yang tepat tentang keislama siti fatimah, dia telah Islam tapi 
telah murtad...

TAPI SAUDARA MENJAJA DIA TIDAK PERNAH ISLAM, hanya bersandarkan satu pendapat 
Bin
Bazz untuk mengabsahkan tidakan saudara menjadi Hakim 'Tidak Syarie' Fatimah 
Tan...

--- In [EMAIL PROTECTED] ups.com, jai wrote:
>
> Salam,
> Di mahkamah syariah,
> 1. Perbicaraan status anak luar nikah, adakah boleh dianggap sebagai menyokong
perzinaan ibubapanya?
>  
> 2, Perbicaraan status talaq bid'i (hukumnya haram tapi sah) adakah boleh 
> dianggap
sebagai menyokong talaq yg haram itu?
>  
> 3. Kpd sahabat2 yg masih tidak bersetuju, ingin saya cadangkan supaya pergi 
> sendiri
berdakwah kpd org kafir ini setakat kemampuan masing2.
>  
> Saya sertakan sekali lg petikan penjelasan saya,
>  
> Terdapat banyak fatwa daripada para fuqaha yang muktabar tentang hukum wajib 
> ke
atas orang Islam untuk menghukum kafir ke atas orang kafir. Sebagai contoh,
Jawatankuasa Kekal Bagi Penyelidikan Ilmiyah dan Fatwa, Arab Saudi, yang 
diketuai oleh
Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz (Mantan Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi) 
yang
mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang telah disabitkan kekafirannya, maka 
wajib (ke
atas umat Islam) meyakini kekafirannya dan menghukum ke atasnya dengan hukum 
kafir.
Wajib ke atas pemerintah menegakkan hukuman had riddah ke atasnya jika dia 
enggan
bertaubat. Sesiapa yang tidak megkafirkan orang yang disabitkan kekafirannya, 
maka dia
menjadi kafir, melainkan dia berasa ragu-ragu mengenai kekafirannya maka 
hendaklah
dia berusaha menghilangkan keraguan tersebut. (Lihat Fatawa Al-Lajnah 
Ad-Da’imah
Lil Buhuthil ‘Ilmiyyah wal Ifta’, Ahmad Bin Abdul Razzaq Ad-Duwaisy, Darul 
Muâ
€™ayyad, 2 / 142).
>  
> Tambahan pula, di dalam risalah kecil yang bertajuk “Panduan Untuk Jema’ah
Haji dan Umrah serta Pengunjung Masjid Rasul� (Edisi Bahasa Malaysia) terbitan
Kementerian Hal Ehwal Islam, Arab Saudi, dengan kerjasama Samahah Al-Sheikh
Muhammad Bin Soleh Al-Uthaimin (muka surat 14), yang diedarkan kepada jemaah 
haji
Malaysia sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa
Jeddah, telah menyatakan bahawa perkara ketiga yang membatalkan Islam ialah 
tidak
mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka. Ini 
bermakna,
setiap individu muslim wajib mengkafirkan sesiapa yang kafir.
>
>
> --- On Tue, 2/9/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: Murtad: Dulu Siti Fatimah Tan di 
> Penang,
kini Jeffrey Or di Pahang
> To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
> Date: Tuesday, 2 September, 2008, 6:20 PM
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Kes Siti Fatimah Tan berulang di Kuantan!
>
>
>
>
>
>
> Rabu, 20 Ogos 2008 23:22
>
>
> Kuantan 18 Ogos - Sekali lagi umat Islam telah dipertontonkan dengan 
> penghinaan oleh
Mahkamah Syariah Tinggi sendiri terhadap hukum-hakam Islam, apabila Hakim Datuk 
A
Rahman Yunus membenarkan permohonan murtad, seorang yang telah 14 tahun memeluk
Islam. Nampaknya hujah yang digunakan sama dengan teknik yang diinovasi dari 
peguam
Ahmad Jailani dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah di Pulau Pinang, iaitu 
kononnya si kafir
ini tidak pernah masuk Islam. Akhirnya ia disahkan murtad mengikut jejak 
langkah seperti
yang dilakukan sama persis dalam kes Fatimah Tan Abdullah. Semasa kes Siti 
Fatimah
diputuskan, ramai Muslim telah membayangkan bahawa kes yang sama akan berlaku, 
dan
ternyata kini, kes sebegini telah benar-benar berulang. Dan ia nampaknya akan 
terus
berulang selama mana Mahkamah Syariah menjadikan udang-undang ciptaan manusia
sebagai sumber penghakiman.
>
> Berita Harian yang memetik dari sumber Bernama, dengan tajuk Mahkamah benar
kontraktor keluar Islam. Mengikut laporan tersebut, Hakim Rahman yang 
membenarkan
permohonan seorang mualaf untuk mengisytiharkan bersetuju bahawa dia bukan lagi
seorang Islam kerana tidak mengamalkan ajaran itu sejak memeluk agama itu, 14 
tahun
lalu. Hakim ketika membacakan keputusan mahkamah itu berkata bahawa selepas
mendengar keterangan empat saksi dalam perbicaraan yang dijalankan sebelum ini,
mahkamah mendapati Jeffrey Or Abdullah, atau Or Boon Hua, 36, jelas keluar 
daripada
Islam.
>
> “Mengikut keterangan saksi, pemohon (Jeffrey) tidak mengamalkan ajaran Islam
sejak mula lagi dan mahkamah memutuskan bahawa pemohon bukan lagi seorang 
Islam,â
€� katanya ketika membacakan keputusan penghakimannya.
>
> A Rahman berkata mengikut keterangan saksi, Jeffrey turut melakukan ibadat di
tokong, memasang colok di rumah serta makan makanan yang haram di sisi Islam.
>
> “Jeffrey juga pernah menyatakan kepada saksi bahawa dia tidak pernah percaya
dengan agama Islam dan kekal mengamalkan cara hidup seperti sebelum memeluk
Islam,� katanya. Hakim turut memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pahang
membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam Jeffrey.
>
> Rahman berkata Jeffrey hendaklah menukarkan status agama di kad pengenalannya 
> di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mahkamah itu tidak mempunyai kuasa 
berbuat
demikian.
>
> Menurut pernyataan tuntutannya, Jeffrey berkata dia memeluk Islam sekadar
mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang wanita Islam
tempatan.
>
> Hakim syari’e perlu sedar bahawa adalah haram bagi mereka untuk berhukum
dengan hukum yang dibuat oleh manusia. Mereka wajib menjadi hakim yang 
memutuskan
sebagaimana Rasulullah memutuskan (berdasarkan hukum wahyu). Mereka perlu
bertaubat dari dosa-dosa mereka dan mereka perlu bangkit untuk merubah hukum 
kufur
sekular yang ada pada hari ini dan menggantikannya dengan hukum Allah. Kita 
tidak
mahu lagi hidup di dalam sistem sekular yang hanya menjadikan seseorang itu â
€˜Muslim’ hanya berdasarkan sekeping sijil, kemudian jika dia ingin keluar 
dari Islam,
maka boleh dibenarkan dan sijil tersebut dibatalkan. Ramai di kalangan umat 
Islam yang
mendakwa bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengikut sahaja 
undang-undang
yang sedia ada. Kita manfaatkan undang-undang kufur yang sedia ada untuk 
kebaikan
Islam, hujah mereka. Hujah ini bukan sahaja keliru, malah bercanggah dengan 
Islam. Yang
benarnya ialah kita dilarang (haram) untuk berhukum dengan hukum
> kufur dan kita wajib berjuang untuk menggantikannya dengan hukum Islam. Kita 
> tidak
dituntut untuk memanfaatkan sistem kufur, tetapi kita dituntut untuk menukarnya 
kepada
sistem Islam.
>
> Suatu yang haram itu haram untuk dimanfaatkan dan wajib diganti dengan yang 
> halal,
bahkan ‘jalan’ yang menuju kepada yang haram pun adalah haram (al-wasilatul 
ilal
haram, haram). Kaedah syarak juga menyebut bahawa ridha bil kufr, al-kufr (redha
dengan kekufuran itu adalah satu kekufuran). Hakim syari’e yang mengendalikan 
kes
ini nampaknya gagal memahami bahawa murtad itu adalah satu kesalahan di bawah
hudud, sepertimana mencuri atau berzina. Jika beliau faham dan meletakkan bahawa
murtad adalah satu kesalahan/keharaman , maka tentunya beliau tidak akan membuat
permohonan yang menjadi wasilah (jalan) menuju keharaman. Di dalam Islam â
€˜kesalahan’ itu adalah sesuatu yang wajib dihukum, bukan dipohon. Contohnya, 
jika
seseorang mengaku telah berzina di hadapan hakim, apakah hakim itu dibolehkan 
untuk
mengisytiharkan/ mengesahkan bahawa sianu telah berzina atau sianu adalah 
seorang
penzina? Begitu juga jika seseorang itu telah mengaku mencuri, apakah
> hakim dibolehkan hanya membuat pengisytiharan/ pengesahan mahkamah bahawa, ya
benar sianu telah mencuri dan sianu sekarang adalah seorang pencuri? Apakah 
hakim itu
pula, setelah mendengar pengakuan salah dan bukti-bukti, dibolehkan 
mengeluarkan â
€˜pengesahan’ bahawa, ya benar sifulan bin sifulan telah murtad dan sekarang 
dia
adalah seorang kafir, tanpa menghukum orang itu?
>
> Alangkah malunya untuk kita menggelar seseorang hakim mahkamah syariah itu
sebagai hakim syar’ie, kerana ternyata penghakimannya langsung tidak 
syar’ie.
>
> (Sila rujuk SN173: Kes Siti Fatimah - Bukti Kemenangan Sekular)
>
>
>
> Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
> Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
> Ada yang menghisabnya.
>
> Ahmus
>
> --- On Thu, 8/28/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: Murtad: Dulu Siti Fatimah Tan di 
> Penang,
kini Jeffrey Or di Pahang
> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@ yahoogro ups.com>
> Date: Thursday, August 28, 2008, 11:24 AM
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Salam,
> Oleh kerana kes Siti Fatimah Tan disebut, yg mana saya adalah peguam yg 
> terlibat.
maka saya attach di sini penjelasan saya utk bacaan sahabat2 semua.
> Saya alu-alukan sebarang pandangan pro atau kontra.
>
> --- On Wed, 27/8/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: Murtad: Dulu Siti Fatimah Tan di 
> Penang,
kini Jeffrey Or di Pahang
> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@ yahoogro ups.com>
> Date: Wednesday, 27 August, 2008, 6:45 PM
>
>
>
>
>
>
>
>
> maaf, saya tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam hal sebegini.  tapi 
> saya
ingin tahu mengenai:
>
> 1- islam tidak memaksa sesiapa pun untuk memelok Islam,  dan juga mereka yang
ingin menukar kepercayaan mereka, betul ke?
> 2- apakah hukumnyer seorang islam yang membenarkan murtad?
> 3- apa kah criteria yang membolehkan seorang islam itu murtad?
> 4- jika seorang islam telah melakukan perkara2 yang boleh menjadikan mereka 
> kafir
dengan rela hati dan niat untuk keluar dari islam,   apakah mereka terpaksa 
mengaku
islam walaupun mereka tau mereka tidak lagi seorng islam?
>
>
> Iman
>
>
>
> --- Pada Sab, 23/8/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> menulis:
>
> Daripada: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com>
> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Re: Murtad: Dulu Siti Fatimah Tan di 
> Penang, kini
Jeffrey Or di Pahang
> Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@ yahoogro ups.com>
> Tarikh: Sabtu, 23 Ogos, 2008, 12:30 AM
>
>
>
>
> --- In [EMAIL PROTECTED] ups.com, Khairisya Atan wrote:
> >
> > Murtad: Dulu Siti Fatimah Tan di Penang, kini Jeffrey Or di Pahang
> >
> > Sila layari:
> >
> > http://www.sidangon line.net/ v2/
>
> kalau dulu permohonan murtad Lina Joy...
> umat islam bersatu melawan kes murtad..
> ahli PAS, JIM, ABIM semuanya berkumpul di depan mahkamah..
>
> tapi kes Fatimah Tan...
> umat islam bukan nak bersatu menentang kes murtad..
> tapi membiarkan orang murtad...
> Ahmad Jailani membela Fatimah Tan untuk murtad..
> ahli-ahli PAS tidak berdemonstrasi macam kes Lina Joy dulu..
> sebab Ahmad Jailani ni orang PAS....
>
> sekarang... di Pahang... Jeffery Or Abdullah pulak murtad...
> Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk A. Rahman
> Md. Yunus membenarkan Jeffery Or Abdullah murtad...
>
> akhirnya memurtadkan orang Islam dijayakan oleh orang Islam
> sendiri..dari ahli parti label Islam...dan meninggalkan hukum yang
> menghukum orang murtad.
> >
>
>
>
>
> Nama E-mel baru untuk anda!
> Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
> Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
>
>
>
> New Email names for you!
> Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
> Hurry before someone else does!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Get your preferred Email name!
> Now you can @ymail.com and @rocketmail. com.
> http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ aa/
>
















      New Email names for you!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke