Teori: Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi perkongsian yang  teori yang diperolehi 
oleh hasil kajian saudara Ibnuyaacob melalui blog beliau Dajjal: The king of 
the world conspiracy.

(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di 
atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

(Gambar 2) Dajjal perlu muncul dengan wajah-wajah seperti ini agar masyarakat 
dunia menerimanya atau dengan wajah yang lebih cantik.
Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?
Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 
10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini 
mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.
Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang 
pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era 
Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.
Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan 
mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di 
negara-negara Islam.
Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang 
Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.
Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat 
akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas 
kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di 
manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?
Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. 
Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad 
sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.
Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku 
ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, 
umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi 
bukan zaman sekarang.
Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik 
dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period 
pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.
Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud 
dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai 
Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis 
laknatullah.
Period kemunculan Dajjal sekarang
Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan 
rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang 
dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.
Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat 
diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut 
daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.
Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar 
diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. 
Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi 
semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya 
bertentangan dengan hadith-hadith berikut:
“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian 
lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya 
berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah 
dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas 
kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.
Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah 
manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur 
selepas Rasulullah wafat.
Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat 
meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi 
panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti 
hadith-hadith di atas.
Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia 
zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya 
sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 
70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di 
kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh 
(hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan 
dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya 
….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair 
disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa 
telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal 
mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan 
“kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku 
pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.
Dalil bagi teori ini
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael 
Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% 
wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah 
dan tubuh badannya.

(Gambar) Wajah Michael sebelum dan selepas pembedahan plastik.
Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah 
stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah 
kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.
Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di 
pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang 
amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.
Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?
Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, 
tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah 
seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach. (Gambar)

Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang 
kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?
Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang 
melantiknya untuk Michael?

(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)
Kemajuan Teknologi Nabi Isa
Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa 
mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.
Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya 
mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat 
menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.
Wallahu’alam
P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin 
berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya 
sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat 
umum yang berilmu.



Salam,sila lawati blog saya di...
http://qurrataaini.multiply.com




      

Kirim email ke