kesilapan fakta:
1) siang pun ada hantu/jin. cuba tengok betul-betul. cuma kebanyakkan depa
bangun tidur lepas asar, tidur lepas subuh. Tetapi depa macam kita 24 hours
- happening.

2) Hantu/jin di alam ghaib, tetapi ada yg mampu untuk menzahirkan di alam
kita. Macam kita juga, duduk alam nyata, tetapi ada yg mampu pi alam depa.

3) Orang alim kena diganggu jin? Banyak maaa. Cuma tak pengsan aje. Cuba
join mana group perawat Islam. dengar kisah mereka. Malah aku pernah jumpa
perawat dari Darul Syifa dok diikut oleh jin, bukan cara ghaib, tetapi
secara zahir lagi tu... Dia tak takut, cuma rimas ada yg mengikut aje.

3) Mengaibkan Patung Amerika oleh David coperfield tidak ada kena mengena
dgn Syaitan, Totally magic. Silap mata. Ada  satu show, di tunjukkan teknik
macam mana David copperfield menghilangkan Patung tu.
Secara keseluruhan, memang betul kata penulis, nak takut apa dgn
hantu/jin/alien. Depa makhluk Allah jua
tetapi tak sebaik kita, sebab itu kita dilantik menjadi Khalifah dibumi ini.

Yakin pada Allah, bila baca Al Quran, jin lari, jangan ingat pulak ayat tu
power.



2008/10/6 <ArEpEaCe>

>     Wujudkah: Hantu dan Alien
>
> LAILAHAILLALLAH
>
>
>
>    Ramai orang rosak imannya kerana 2 makhluk nie, hantu, alien, nama pun
> makhlukkan, apa yang nak dipelikkan. Kita orang Islam dilarang sama sekali
> untuk takut kepada makhluk sehingga takut makhluk lebih dari takutkan ALLAH.
> Siapa hantu dan alien tue? Ada tak dalam Al-Quran atau Hadis mengenai hantu
> dan alien, adakah Al-Quran dan Hadis tak lengkap. TIDAK, Al-Quran dan Hadis
> dah lengkap, cuma kita yang tak lengkapkan dalam diri kita, jadi ini
> bermakna hantu dan alien adalah samada kalangan jin atau syaitan. Dah tue
> kenapa hantu dan alien nie menakutkan semua kita sedangkan dalam Al-Quran
> ALLAH bagi tahu kitalah Kalifah di muka bumi ini. Perasan tak?
>
>
>
>    Hantu takut waktu siang, dia tak ada jasad, yakni jisim, dia ada waktu
> malam jer, lepas tue takut pula Al-Quran sedangkan kita siang malam kita
> ada, dan ada roh dan jasad, malah orang tak beriman tak takut pun kalau kita
> bacakan ayat Al-Quran padanya macam takutnya hantu pada Al-Quran. Sebenarnya
> punca kita takut pada hantu adalah iman kita lemah, kebanyakan orang yang
> mengaku dirasuk, hysteria, demam nampak hantu adalah kalangan orang lemah
> iman, lemah semangat, pernah tak dengar orang alim kena kejar puntianak,
> atau pengsan terperanjat disergah puntianak, atau hysteria nampak puntianak,
> sedangkan orang-orang alim nie malam-malam mereka berjaga untuk menunaikan
> ibadah malam. Mustahil ada betul tak, kalau ada pun maknanya orang tue bukan
> orang alim walau dia gulung serban atas kepala. Ini kerana hantu takut pada
> orang alim, tapi kenapa, sebabnya iman orang alim tue iman sebenar, makhluk
> tak ada kuasa, yang kuasa hanyalah ALLAH. Maka atas sebab iman yang betul
> ALLAH pelihara orang alim tadi dari segala macam makhluk baik hantu, Alien
> mahupun manusia.
>
>
>
>    Alien, pesawat piring dia, canggih lebih maju dari manusia. Dikatakan
> wujud dari planet lain. Pernah menculik manusia. Pernah operate haiwan dan
> ambil jantungnya sahaja, macam-macam lah. Perasan tak orang alim tak kena
> culik pun dengan alien, yang asik kena culik orang bukan Islam, kenapa alien
> tue tak culik orang Islam, timbul persoalan betul tak. Kenapa mereka lebih
> canggih dari manusia? Siapa cakap mereka canggih, mereka perlukan teknologi
> untuk kemari, kalau pesawat mereka tak ada habislah mereka. Sedangkan
> Rasulullah s.a.w isra` mikraj 1 malam jer pergi ke langit ketujuh jumpa
> ALLAH tak perlu teknologi canggih, hanya dengan izin ALLAH, PERCAYA ATAU
> TIDAK? Jadi siapa lagi canggih, manusia dengan izin ALLAH ke alien. Nabi
> Musa a.s hentak tongkat terbelah laut untuk dilalui umatnya, dengan izin
> ALLAH, tak guna teknologi, alien boleh buat, siapa lagi canggih. Nabi Isa
> a.s boleh hidupkan orang mati hanya doa pada ALLAH, tak guna teknologi,
> alien boleh buat, siapa lagi canggih. Nabi Ibrahim dicampakkan dalam api
> selama 40 hari, sehelai  bulu roma pun tak terbakar dengan izin ALLAH, tak
> guna teknologi, alien boleh ke, siapa lagi canggih. Itu nabi! Ashabul Kahfi
> ditidurkan selama 1,000 tahun tanpa makan dan minum dan tak tua, dengan izin
> ALLAH, tak guna teknologi, alien boleh ke, siapa lagi canggih. Paling
> dekatlah, penduduk kampong Kailolo Sulawesi Indonesia, doa pada ALLAH jer,
> kubah masjid terbang sendiri ke atas menaranya, tak guna teknologi, siapa
> lagi canggih, siapa lagi canggih, siapa lagi canggih?
>
>    Dari semua cerita diatas, bagi orang yang tak percaya kekuasaan ALLAH
> percaya itu semua sihir, termasuk mukjizat nabi-nabi kita, betul tak.
> Sedangkan David Coperfield nak hilangkan menara patung Amerika tue pun
> dengan izin ALLAH asbab bantuan syaitan. Malah pernah dengar tak kisah
> kiai-kiai, wali-wali ALLAH ada yang boleh terbang, ada boleh ghaib, ada
> boleh ke dimensi lain, ada boleh tembus dinding, ada boleh ke Mekah
> bila-bila masa dia nak, tak percaya, terpulang, bagi saya dengan izin ALLAH,
> iman yang betul, semua boleh jadi.
>
>
>
>    Marilah betulkan iman kita, percayalah semuanya dengan izin ALLAH,
> makhluk tak ada kuasa, hantu, alien tue makhluk, kita Kalifah, kita ketua,
> kita lagi mulia, kita lagi canggih dari dia kalau hubungan kita dengan ALLAH
> rapat, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, jadi marilah kita rapatkan hubungan
> dengan ALLAH, dengan yakin yang betul, maka ALLAH akan beri kita petunjuk
> dan bantuan dari yang tak disangka-sangka, LAILAHAILLALLAH.
>
> 
>



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer.com.my

Kirim email ke