Dari Blog http://tuneman.multiply.com Oct 9, '08 11:28 . Pagi ini saya mendapat 
kabar Shamsiah Fakeh telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HUKM. Generasi muda 
pastinya ramai yang tidak mengenali beliau. Buat mereka yang mengenali pasti 
ada yang beranggapan beliau seorang pejuang kemerdekaan dan tidak kurang juga 
yang melabelkan seorang pengkhianat dan pengganas. Biar apa pun tanggapan kita 
biarlah sejarah yang menentukan.

Shamsiah Fakeh wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini adalah satu 
nama yang sangat bermakna buat saya. Tok Utih dan Uwan Ulu adalah rakan 
seperguruan beliau yang masih hidup di kampung cuma agak uzur. Meraka adalah 
murid-murid terawal Maulana Lebai Maadah( 
http://maadah.blogdrive.com/archive/cm-02_cy-2006_m-02_d-22_y-2006_o-0.html ) . 
Uwan Ulu lah yang banyak bercerita kepada kami betapa perit dan susah hidup di 
zaman penjajah.

Uwan Ulu juga banyak bercerita tentang rakan-rakan seperguruannya. Pernah kami 
tanyakan tentang Shamsiah Fakeh ‘den tak sekuek dio’ katanya singkat.  Jawapan 
yang memberikan seribu erti mungkin kerana seumur 16 tahun gadis sunti ini 
telah menggalas senjata berjuang di hutan berjuang bersama-sama ideologi mereka.

Hampir sepuluh tahun mereka berjuang meniupkan semangat nasionalisme di Asia 
Tenggara terutamanya di Tanah Melayu dan Indonesia. Hanya meraka yang 
benar-benar ‘kuek’ sahaja mampu melakukan ini.

“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku 
kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu 
itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau 
tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”

Itulah  kata-kata yang dipetik dari buku "Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke 
Rejimen ke-10" terbitan pertamanya oleh Universiti kebangsaan Malaysia dan 
terbitan kedua oleh Strategic Information and Research Development Centre.

Mari lah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesejahteraan, 
kelonggaran dan cepat sembuh.

Sumber : http://tuneman.multiply.com/journal/item/330/Unsung_Heroes_uzur_di_HUKM




Kirim email ke