Beginilah akibatnya apabila UMNO khususnya di Negeri Sembilan terlalu ghairah 
merebut jawatan. Akibatnya banyak masalah rakyat tidak terbela. Tidak hairanlah 
begitu banyak Blog muncul di N.Sembilan akibat kekecewaan rakyat terhadap 
kerajaan negeri pimpinan UMNO yang gagal mentadbir N.Sembilan dengan baik. 
Banyak masalah rakyat tidak mendapat pembelaan sewajarnya , perumahan 
terbengkalai  , pembelaan peniaga kecil , pembelaan guru KAFA/SARA/Imam , 
pembelaan sekolah agama , pengangkutan awam , kelemahan industri pelancongan 
dan banyak lagi.

Projek rumah Desa Indah , Rembau  terbengkalai

Utusan Malaysia 10 Nov 2008. REMBAU 9 Nov. - Pembeli 95 unit rumah teres kos 
sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina 
dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah tiga 
tahun terbengkalai. (Rujukan : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
 )

Blog khusus Perumahan Terbengkalai Negeri Sembilan 
http://terbengkalai.blogspot.com 

Blog pendedahan masalah rakyat Negeri Sembilan 
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com dan http://amkns.blogspot.com dan banyak 
lagi

Buat teman sebangsa dalam UMNO khususnya di Negeri Sembilan ini , kembalilah 
kepada penghayatan dan ajaran Islam yang sebenarnya. Tak nak masuk PAS , PKR , 
Pakatan Rakyat pun tak apa. Yang penting kembalilah kepada Islam. Yakinlah 
dengan keadilan yang dibawa Islam. Hanya Islam yang akan menyelamatkan kita di 
dunia dan akhirat.

Artikel Membunuh dan dibunuh melibatkan kepimpinan UMNO N.Sembilan 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Hashim 

Mesyuarat UMNO Seremban jadi gelanggang 'tinju'

KOSMO 10 Nov 2008. SEREMBAN - Adegan tolak menolak, bertikam lidah dan 
bertumbuk mewarnai persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Kelab Golf 
Tuanku Ja'afar di sini semalam yang berakhir dengan dua orang cedera.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm
 


Kerusi terbang warnai sidang Umno Seremban, Pak Lah kecewa 
MSTAR 10 Nov 2008. 
SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 
'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa 
ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera 
ringan.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/9/mstar_mutakhir/20081109151718&sec=mstar_mutakhir
 





      

Reply via email to