Ibu bapa boleh membuat watak-watak tersebut sebgai contoh yang mempunyai 
sifat-sifat yang baik dan bagus. Sifat2 yang baik itu yang perlu dipupuk dalam 
diri anak-anak bukan menjadikan karakter tersebut sebagai idola.

Tuan nampak kepada permasalahan anak-anak. Bagaimana dengan ibu bapa yang asyik 
dengan filem hindustan? Jika kita amati, apa yang berlaku dalam filem hindustan 
khususnya kisah cinta, semua itu tidak berpijak di bumi nyata. Hanya bercinta, 
menghadapi rintangan dan akhirnya berkahwin. Macamana selepas perkhawinan yang 
penuh dengan dugaan yang memelrukan ketabahan dan pengorbanan? Apa kata kalau 
buat program yang seumpama kepada remaja dan ibu bapa yang khayal dengan filem 
hindustan.

Salam.




________________________________
From: "Dayang [EMAIL PROTECTED]" <Dayang [EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, October 29, 2008 11:43:05
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Anak minat Power Rangers, Ultraman & 
Barney?


"Mana mungkin seorang kanak-kanak yang normal, tidak suka kepada hero mereka 
yang berwarna terang, lincah, penuh aksi, penyayang, lucu, bercakap dengan 
jelas, lantas mendampingi watak-watak itu menjadikan mereka terhibur, gembira, 
malah ada juga yang 'beroleh rasa selamat'.

Lihat sahaja Power Rangers. Warnanya terang dan menarik perhatian. Aksinya 
lincah dan sentiasa menang dalam pertempuran. Mereka juga bekerja dalam pasukan 
dan sering bantu membantu untuk menangkis ancaman. Unsur-unsur ini sungguh kuat 
mempengaruhi anak-anak kita.
Renung pula seorang hero bernama Ultraman. Beliau adalah seorang yang action 
oriented. Beliau diangkat sebagai perwira kerana bertindak kena pada masanya. 
Beliau tidak perlu berleter dan bercakap untuk dilihat sebagai hero dan idola. 
Beliau hanya perlu beraksi. Membuktikan kepahlawanannya melalui tindakan.
Renung pula kepada Barney. Walaupun matanya besar, perutnya buncit dan susah 
untuk dipeluk, Barney 'seorang' yang pengasih lagi penyayang. Barney tidak 
marah-marah dan berleter. Barney sentiasa membelai, dan pandai mengambil hati. 
Biar pun warnanya ungu dan sering dikutuk oleh mereka yang jemu dengannya 
sebagai 'The Purple Thing", dia tetap mendapat tempat di hati anak-anak kita.
'Cinta' anak-anak kita kepada Power Rangers, Ultraman dan Barney bukanlah cinta 
buta. Komitmen dan kesetiaan mereka kepada idola animasi ini, kerana 
watak-watak ini berkualiti. Mereka memberikan perlindungan, gaya mereka 
meyakinkan, mereka juga hanya memberi aksi tanpa perlu berleter bagai butir 
beras padi. Mereka juga penyayang, lucu, pembelai dan pandai mengambil hati.
Apakah kita sebagai ibu bapa, mampu menyaingi watak-watak itu? Apakah ada 
ciri-ciri Power Rangers dalam diri kita sebagai ibu bapa?"

Dipetik dari Saifulislam. com : "Abi Dinosaur, Ummi Raksasa" 
http://saifulislam. com/?p=1133 

Sebagai ibubapa masa kini, banyak cabaran yang kita hadapi dalam membentuk 
anak-anak menjadi KHALIFAH di muka bumi ini.  Cabaran kita jauh berbeza dari 
cabaran ibubapa kita yang mendidik kita 30-40 tahun yang lalu.  Kalau silap 
langkah, parah akibatnya seperti yang kita lihat dikalangan segelintir 
anak-anak remaja kita yang hanyut dibawa arus "kemodenan".

Menyedari hakikat ini, kami menjemput semua ibubapa untuk menghadiri program:

Sepetang Bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam. com) :
MEMBENTUK KHALIFAH MASA DEPAN
 
8 Nov 2008, 3 - 5:30pm
Auditorium SIRIM, Shah Alam
 
YURAN : RM65 atau RM100 untuk pasangan.
 
Maklumat lanjut, klik di sini = Sepetang.Bersama. Ustaz
atau email [EMAIL PROTECTED] .com
 
Program ini dianjurkan oleh Ummiku Sayang Sdn. Bhd
www.UmmikuSayang. com
 
 
(Untuk SIM: Hebahan ini lanjutan kepada IKLAN BERBAYAR : SEPETANG BERSAMA USTAZ 
HASRIZAL yang disiarkan minggu lepas)


      Get your new Email address!
Grab the Email name you&#39;ve always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke