Jangan lupuskan , pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok , pihak 
Rumah Kasih Harmoni akan melancarkan KEMPEN MARI KESEKOLAH.  Kutipan akan 
dijalankan bermula pada bulan Disember 2008.   

Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni  di Bandar 
County Homes , Rawang , Selangor kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 
orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah pada tahun 2009.  

Justeru itu pihak pengurusan RKH sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini 
, dan menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut 
sekolah bagi anak-anak ini.  

Pakaian atau kasut sekolah terpakai yang disumbangkan perlulah dalam keadaan 
yang masih boleh digunakan serta bersih.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Layari : www.ummuain.com/rumahamal.htm 




      

Kirim email ke