Assalamualaikum,

Saya bersama rakan saya baru sahaja memulakan projek ternakan ikan. Buat 
masa ini kami telah membina sebanyak 4 buah kolam simen,
dengan keluasan 20 X 20 kaki dalam kawasan yang berpagar dan masih boleh 
di bina beberapa kolam lagi.

Saya telah menemui beberapa pihak bagi mendapatkan khidmat nasihat dan 
bantuan.

Saya telah diminta membuat kertas kerja bagi projek saya ini bagi 
permohonan bantuan. 

Kalau boleh, saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan sekalian, kalau ada 
sesiapa yang mempunyai contoh kertas kerja yang menyamai projek ini,
bagi dijadikan panduan bagi saya membuat kertas kerja tersebut.


Semoga bantuan anda ini akan mendapat balasan yang setimpal dari ALLAH.

Amin.

Wassalam

Zaidi

[EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke