Sekarang ekonomi makin gawat , ada syarikat di Malaysia ini sudah hentikan 
operasi mereka , kurangkan pekerja mereka , buat tawaran VSS , potong elaun , 
potong gaji dan macam-macam lagilah cara dilakukan untuk menghadapi masalah 
ekonomi global yang semakin meruncing. Cakap memanglah senang jangan risau 
kalau diberhentikan kerja tapi kalau kena pada diri sendiri nak tak nak runsing 
juga kerana ini ialah lumrah insan.

Berikut ialah PANDUAN (TIP) Bagaimana Hendak Mengatasi Kemurungan Akibat 
Diberhentikan Kerja yang saya ambil dari beberapa sumber. Semoga ALLAH 
permudahkan kita menghadapi krisis ekonomi ini sebagaimana ALLAH memberi ilham 
kepada Nabi Yusuf satu ketika dulu ketika kerajaan negeri Mesir yang hebat 
menghadapi masalah krisis ekonomi yang lebih hebat.

PANDUAN ini adalah percuma dan boleh disebarkan , niat saya agar kita sama-sama 
mendapat manafaat dan keredhaan ALLAH hendaknya.

1. Sedih – Rasa sedih kerana pengangguran atau hilang pekerjaan adalah perkara 
biasa , tumpukan perhatian pada masa depan.

2. Komunikasi – Jangan memendam perasaan – berceritalah pada rakan-rakan atau 
saudara mara yang dipercayai mengenai masalah anda.

3. Kemaskini Resume – Kemaskini resuma anda dengan maklumat pengalaman 
pekerjaan yang terkini. Resume hendaklah dicetak atas kertas yang berkualiti 
tidak lebih dua mukasurat.

4. Kumpulkan Surat Sokongan  – Mohon surat sokongan dari bekas majikan , 
guru-guru atau pemimpin setempat.

5. Hubungan – Maklumkan kepada semua yang kita kenali yang kita sedang mencari 
pekerjaan. Beberapa pekerjaan boleh didapati mungkin melalui kenalan kita.

6. Buka Mata – Cari Expo Pekerjaan , Seminar , Kumpulan Sokongan yang mungkin 
boleh membantu anda.

7 Jangan Hanya Bergantung Pada Iklan Di Akhbar – Tahu tidak pada hanya 5% kerja 
kosong diiklankan di akhbar ? Bina perhubungan atau tanya mana-mana syarikat 
yang ada kerja kosong atau borang kerja kosong.

8. Firma Swasta – Jadi pekerja sementara jika tiada pekerjaan tetap. 
Kadang-kadanag pekerja sementara akan diambil sebagai pekerja tetap.

9. Persatuan Bekas Pelajar – Hubungi bekas teman sama belajar kita dahulu 
samada di sekolah , kolej atau universiti jika mereka tahu ada kekosongan kerja.

10. Khidmat Tentera – Cuba fikirkan perkhidmatan tentera dan lain-lain sebagai 
satu alternatif. Hubungi pihak ATM peluang untuk menyertai sebagai tentera 
secara tetap atau sebagai askar wataniah.

11. Skim Latihan – Hubungi agensi kerajaan yang menyediakan skim latihan khusus 
untuk mereka yang diberhentikan kerja atau menganggur.

12. Internet – Internet adalah cara terbaik untuk mencari kerja. Guna laman web 
mencari pekerjaan yang banyak terdapat ketika ini.

13. Jadikan Hobi Sebagai Sumber Pendapatan – Hobi kita mungkin menjadi satu 
sumber pendapatan. Hubungi agensi kerajaan yang berkaitan yang boleh membantu 
usahawan kecil.

14. Sukarelawan – Luangkan lebih masa menjadi sukarelawan di mana-mana 
pertubuhan. Banyak pengalaman akan ditimba dan banyak orang yang kita akan 
kenali. Pastikan pengalaman kita sebagai sukarelawan dinyatakan dalam resume 
kita. Di Negeri Sembilan saya membuka peluang kepada mereka yang ingin 
menyertai Sukarelawan AMAL , maklumat lanjut di pautan berikut 
http://yam-ns.blogspot.com atau http://unitamaln9.blogspot.com

15. Suka-Suka Temuduga – Pergilah hadir mana-mana sessi temuduga bukan setakat 
suka-suka tapi untuk kumpul maklumat dan meningkatkan kemahiran ketika di 
temuduga. Pastikan anda tanyakan beberapa soalan kepada penemuduga untuk 
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda.

16. Tanya Selepas Temuduga – Jangan fikir jika anda tidak dihubungi selepas 
temuduga kerja tersebut sudah diambil oleh orang lain – hubungi semula syarikat 
berkenaan untuk kepastian.

17. Maklumbalas Temuduga – Jika anda tidak diambil pekerja , tanya dengan cara 
yang baik kepada penemuduga kenapa mereka tidak memilih anda. Adakah kerana 
kurang pengalaman , bidang pengajian , gaji yang tinggi dan sebagainya. Supaya 
anda tahu kelemahan anda untuk diperbaiki.

18. Kunjungi Perpustakaan – Buat kajian terhadap syarikat yang anda hendak 
pergi temuduga atau buat kajian syarikat atau industri yang hampir serupa.

19. Matlamat Harian – Tentukan objektif harian kita berapa syarikat untuk 
dihubungi setiap hari. Jadikan pekerjaan mencari kerja sebagai pekerjaan anda 
dan buatkan jadual harian.

20. Bajet Kewangan – Bajet kewangan yang anda ada dan pastikan anda tidak 
berbelanja melebihi bajet anda.

21. Keutamaan – Bincang dengan ahli keluarga anda mengenai keutamaan harian. 
Jika perlu hentikan perkhidmatan televisyen berbayar , makan luar , telefon 
kedua dan sebagainya

22. Pertukaran Kerja – Buat sistem TUKAR (BARTER) samada barter barangan atau 
perkhidmatan dengan sanak saudara atau rakan-rakan anda. Contohnya anda 
membersihkan laman rumah kenalan anda dan kenalan anda yang tahu baiki kereta 
akan baiki kereta anda yang rosak.

23. Tunai Dan Kredit – Jangan bawa wang tunai lebih dari apa yang anda perlukan 
setiap hari. Juga sorokkan atau batalkan ked kredit anda. Apabila anda keluar 
berjalan nak tak nak kita akan terdorong membeli sesuatu jika ada lebih wang 
tunai atau kad kredit.

24. Kaunseling Kredit – Jika anda ada masalah kredit cuba hubungi kaunselor 
yang menyediakan perkhidmatan percuma. Mereka akan menasihati anda bagaimana 
hendak menguruskan kredit tertunggak anda seperti memohon rayuan pada pihak 
bank mengurangkan bayaran ansuran bulanan dan sebagainya.

25. Perkhidmatan Kerajaan – Cari perkhidmatan atau program kerajaan yang 
percuma seperti kursus , latihan , bantuan makanan dan sebagainya.

26. Bersenam Setiap Hari – Pergilah berjogging. Ianya akan menjadikan anda 
bertenaga untuk mencari pekerjaan. Untuk umat Islam yang lelaki amalkan solat 
jemaah di masjid berhampiran.

27. Sentiasa Ceria – Pastikan anda sentiasa kemas , menjaga kebersihan diri dan 
tempat tinggal. Ianya akan menjadikan anda rasa yakin. Sentiasa pastikan 
pakaian untuk ke temuduga sentiasa kemas dan tersedia dalam almari.

28. Jaga Pemakanan – Makan makanan yang sihat dan jangan makan makanan 
mengarut. Ianya mempengaruhi sikap anda.

29. Rokok – Fikir wang yang akan anda jimatkan jika tidak merokok. Seorang 
perokok boleh membelanjakan purata RM 300 sebulan hanya untuk rokok. Rokok 
membahayakan kesihatan itu Amaran Kerajaan Malaysia. Merokok adalah Haram atau 
Makruh itu pendapat ulama. Tak ada pula kita pernah dengar merokok itu wajib 
atau sunat.


30. Belanja Diri Sendiri – Tak salah sekali sekala anda belanja diri anda 
sendiri , tapi pastikan biarlah berjimat cermat.

INGAT ! Bukan anda seorang yang dibuang kerja atau menganggur. Dibuang kerja, 
diberhentikan kerja, menganngur adalah merupakan satu cabaran yang perlu 
dihadapi kepada mereka yang bekerja. Sentiasa berfikiran positif dan jadikannya 
sebagai satu proses pembelajaran. Lebih banyak kita berfikiran positif , lebih 
cerah peluang kita untuk mendapatkan pekerjaan. Befikiran positif ini ialah 
sentiasa berlapang dada dan redha dan terus berusaha.

Rozmal Malakan , Seremban
http://waghih.blogspot.com




Reply via email to