AIDS HIV adalah merupakan satu lagi bala , musibah , bencana yang melanda 
Malaysia. Semua pihak harus memainkan peranan mencegahnya dari pemimpin 
hinggalah ke rakyat biasa. 91 peratus penghidap HIV di Pahang adalah orang 
Melayu (Sebanyak 7,756 orang atau 91 peratus daripada 8,523 penghidap penyakit 
HIV di Pahang merupakan kaum Melayu. – Utusan Malaysia 19 Nov 08 ). Iran 
berjaya menanganinya , mengapa tidak Malaysia ?

Rujukan : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1119&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm&arc=hive
Malaysia Perlu Contohi Iran Dalam Mencegah HIV


KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu mempelajari kaedah mencegah HIV 
daripada Iran yang diiktiraf sebagai berjaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 
kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah 
Kasnon.

Beliau berkata program mencegah penyakit Aids oleh Iran adalah antara yang 
termaju di dunia.

"Konsep klinik segitiga yang merangkum perkhidmatan untuk rawatan dan 
pencegahan jangkitan melalui aktiviti seksual, penggunaan suntikan dadah dan 
HIV/AIDS adalah sesuatu yang Malaysia ingin tahu," kata Noriah dalam teks 
ucapannya yang dibacakan oleh ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Faizah 
Mohd Tahir pada majlis perasmian seminar mengenai pendekatan bersama 
Malaysia-Iran dalam mencegah, memelihara, merawat dan menyokong HIV/AIDS di 
sini, Isnin.

Malaysia juga perlu mengamalkan aspek yang menjurus kepada kerohanian dalam 
menghapuskan stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang positif HIV selain 
dalam meningkatkan kaedah mencegah HIV, kata Noriah.

Prof Dr Mohammad Esmaeel Akbari dari Universiti Perubatan Shahid Behesti, pula 
berkata kaedah mencegah HIV cara Barat mungkin tidak berapa berkesan.

"Dalam Islam, kita bertanggungjawab terhadap diri kita dan masyarakat. Stigma 
dan diskriminasi tidak patut berlaku dalam jendela Islam kerana sebagai orang 
Islam, kita juga bertanggungjawab terhadap anggota masyarakat.

"Para ulama juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai 
mengenai pencegahan HIV kerana ia tidak boleh menumpukan kepada aspek fizikal 
kesihatan semata-mata tetapi juga pada aspek kerohanian," kata Dr Mohammad 
Esmaeel dalam ucaptamanya.
Pengerusi Pink Triangle Foundation, Hisham Hussein bersetuju bahawa pemimpin 
agama mempunyai peranan dalam mencegah HIV dan diskriminasi kerana mereka 
mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat.

-- BERNAMA  http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=375543





Kirim email ke