dah ditarik balik kan? sayang sekali..


2008/11/26 <Topengperak_Xinwugi>

>
>
> --
> Klik Tajuk Untuk Artikel Penuh
> Arak: Kejayaan pertama PAS di Shah 
> Alam<http://perisik-rakyat.com/2008/11/arak-kejayaan-pertama-pas-di-shah-alam.html>
>  kemaskini
> 2:13pm Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan
> (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang
> akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.
>
> Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata
> sumber-sumber majlis itu kepada *Malaysiakini* hari ini.
>
> Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah
> parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti
> mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/_G4UF_wN334k/SSzrkjc9_GI/AAAAAAAAGEI/yONVjKRtakM/s1600-h/beer.jpg>Sebelum
> ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan
> tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.
>
> Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan
> usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan
> cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.
>
> Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga
> premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam - akan disemak
> semula.
>
> Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!
>
> Visit My Weblog : http://perisik-rakyat.com/
>
> "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
> DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
> UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
> MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
> PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
> MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
>
> "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
> membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
> supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
> - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
> menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
>
> 
>

Reply via email to