*Renungan Bersama!!!*

*Maha besar ALLAH yang menjadikan kita sebagai makhluk yang mulia.*
*Maha suci ALLAH yang mentakdirkan kita sebagai orang Islam. Keislaman*
*kita adalah anugerah ALLAH yang begitu besar dalam hidup ini. Harta, taktha
*
*atau pun apa sahaja yang kita miliki pada masa ini tidak memberi apa-apa*
*makna apabila kita tidak memperolehi anugerah islam. Seluruh amalan orang-*
*orang yang tidak beriman dan bukan islam adalah sia-sia. Bersyukurlah kita*
*kepadaNya dengan sebaik-baiknya.*
**
*Orang yang beruntung adalah terus berusaha memelihara dan meningkatkan *
*kualiti sebagai seorang muslim. ALLAH menyediakan Al-Quran sebagai *
*pedoman hidup bagi orang beriman. Selain itu ALLAH juga mengutuskan*
*rasul yang mulia sebagai contoh terbaik bagi beribadah kepada ALLAH.*
**
*Bagi memelihara dan meningkatkan kemulian kita dari masa kesemasa, kita*
*perlu memiliki agenda hidup yang baik. Seorang muslim perlu merancang*
*kehidupan harian. Keimanan dan keislaman itu bagai tanaman. Apabila *
*tanaman sentiasa disiram dan dirawat dengan baik, ia pasti tumbuh dengan*
*subur. Oleh itu agenda hidup kita perlu dirancang supaya aktiviti yang *
*dilakukan dapat memelihara keimanan dan keislaman.*
**
*Iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi apa yang mantap di dalam*
*hati dan diikrarkan dengan lidah, dibuktikan kebenarannya dengan amal*
*perbuatan. Iman juga ada dua bahagian, sebahagian kesabaran dan *
*sebahagian lagi kesyukuran.*
**
**
**



-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Reply via email to