Sahabat,

Mungkin ini pendapat saya yang ilmunya cetek. Tapi bagi saya pendidikan itu 
bukan semata-mata akademiknya(mental). Satu lagi unsur yang penting yang perlu 
dititikberat ialah pendidikan ruhaniah dan syaksiah. Ini biasanya tidak dapat 
dipenuhi oleh orang bukan islam. Seperkara lagi ialah tentang pemakanan yang 
halal. Apakah jaminan kita semasa pergaulan, anak-anak kita tidak termakan 
makanan-makanan kawan-kawannya yang lain. Walaubagaimana lemah atau daif 
sekalipun pendidikan yang diberikan oleh orang islam, saya syorkan utamakan 
pendidikan itu. 

Waalahualam...

  ----- Original Message ----- 
  From: azman1973 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Tuesday, 09 December 2008 4:16 PM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sekolah Anak


  Salam sahabat sekalian,
  Sy ingin berkongsi pendapat dgn sesiapa yg ada kelapangan. Ianya 
  mengenai persekolahan anak. Sy ada 4 org anak perempuan. Yg sulung 
  akan mula bersekolah tadika tahun hadapan. Mulanya sy bercdg nak ke 
  Tadika Perpaduan shj sbb dekat tp dah x de pengajian Iqra' pulak. 
  Lepas tu sy dpt tahu yg Tadika Pasti di taman sebelah ada pengajian 
  semuanya termasuk Iqra'. Jd sy rasa oklah. Tup..tup lepas tu sy 
  terdengar dari kawan2 pula bagus hantar anak belajar ke tadika Cina & 
  nanti boleh sambung belajar sekolah Cina. Mengikut kawan sy oleh krn 
  kita mendengar perkataan sekolah Cina sbb tu kita takut hantar anak ke 
  sana, padahal di sekolah tersbt pun ada mata pelajaran ugama Islam. 
  Dan lg sekolah Cina lebih advance pembelajarannya dari sekolah 
  kebangsaan. Cuma dari segi makanan, kita terpaksa bekalkanlah pd 
  anak2. Sy berfikir....jika sy nak buat anak sy maju dari segi akademik 
  & Mandarin, inilah masa yg sesuai utk mulakan pembelajaran mereka. Apa 
  pendpt sahabat2 sekalian.
  T/kasih. 



   

Reply via email to