HENDAKLAH BERSABAR KETIKA MENGHADAPI UJIAN ALLAH S.W.T.
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup bagaikan 
roller-coaster. Adakalanya kita berada megah di atas dan adakalanya kita 
berduka di bawah. Kedua-duanya sebenarnya merupakan ujian bagi kita sebagai 
hamba Allah di muka bumi ini agar dapat dikenal-pasti siapakah di antara kita 
yang paling berkualiti amalnya menerusi cara kita menghadapi ujian-ujian 
tersebut.

Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun 
yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat 
berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya:

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?

Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji 
sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin 
keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar 
agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan 
di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi 
(no: 2322)

Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan 
penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima 
segala limpah rahmat-Nya.

Untuk artikel ini seterusnya sila ke alamat

http://akob73.blogspot.com/2008/06/hendaklah-bersabar-ketika-menghadapi.html



Reply via email to