Tawaran
adalah dipelawa dari surirumah sepenuh masa untuk menyertai Program
MangkukTingkat.com sebagai pembekal sajian (tukang masak). 

MangkukTingkat.com
adalah merupakan satu inisiatif dari sekumpulan suri rumah yang
bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Laman web program
MangkukTingkat.com ialah di www.mangkuktingkat.com
 

Mereka secara usahasama menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan
malam untuk dinikmati oleh pelanggan yang sibuk serta tiada masa untuk
memasak untuk keluarga.
 
 Hidangan tersebut kemudiannya boleh ditempah untuk dihantar terus ketempat 
kerja atau ke rumah.
 

Diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah
Program MangkukTingkat.com. Bertujuan menyediakan makanan yang
berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang. 

Bagi
menyertai program ini sebagai Pembekal Sajian anda DIWAJIBKAN mengikuti
Kursus Penyediaan Makanan Menurut Prinsip Islam yang dianjurkan oleh
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) dan Islamic Manufacturing Practice
(IMP) yang akan diadakan pada Hari Ahad 28hb Disember 2008 mulai jam
9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Latihan IMP, dialamat
No. 8, Jalan H3, Taman Melawati , Kuala Lumpur. Yuran Penyertaan ialah
RM150.00 (Ringgit: Satu Ratus Lima Puloh sahaja)

Untuk mendaftar bagi mengikuti kursus ini sila klik pada link berikut :
http://www.mangkuktingkat.com/06/borang/borangkursus.html

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Isnin 22hb Disember 2008. Sebarang 
pertanyaan sila hubungi Cik Shira ditalian 03-8733 2411 (waktu pejabat)

Sekian dimaklumkan


Urusetia
Program MangkukTingkat.com
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah


      

Reply via email to