Sesiapa yang ada permainan anak-anak terpakai yang masih dalam keadaan elok dan 
tidak digunakan lagi bolehlah diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan dari 
keluarga yang susah. 

KeADILan Rembau mengadakan Program PERMAINAN LAMA , SENYUMAN BERMAKNA untuk 
diagihkan kepada anak-anak yatim dan miskin.

Sumbangan permainan terpakai boleh dibungkus dalam kotak atau plastik dengan di 
labelkan "Sumbangan anak yatim/miskin keADILan Rembau" dan boleh dihantar di 
pusat pungutan berikut :

Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan, 433, Tingkat 2, Jalan Tuanku Antah, 
70100 Seremban, Negeri Sembilan 

Pusat Khidmat Rakyat keADILan Rembau, Taman Seri Rembau (atas mini Market 
Jalil), Rembau 

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya , Selangor

atau hubungi Azizi 012-3696474 (Seremban)

Mereka yang berkemampuan boleh juga menyumbangkan buku , peralatan sekolah , 
pakaian sekolah terpakai (yang masih elok) ataupun menyatakan kesanggupan untuk 
menaja yuran sekolah. 

Maklumat lanjut di 
http://pkrn9.blogspot.com/2008/12/kempen-rayuan-bantu-mereka-kembali-ke.html 
dan 
http://chegubard.blogspot.com/2008/12/rayuan-kembali-ke-sekolah-permainan.html 



      

Kirim email ke