PRK P036 : Calon wanita pilihan terbaik PAS?

Dilulus terbit pada Sunday, December 14 @ 22:04:01 MYT oleh AbuJihad



Oleh tok pepijat

Nampaknya
demam PRK 036 semakin panas. PAS dan PR telah mula menggerakkan
jenteranya walaupun kini calon belum dimuktamadkan. Di pihak BN
biasalah. Mereka bergerak di saat akhir. Lagipun mereka dah ada media
massa, jentera kerajaan dan yang penting mereka ada RM.

Di
pihak PAS telah ada 2 cadangan. Pertamanya dari TG Nik Aziz secara
peribadi yang cadangkan Mohammad Sabu manakala di pihak Pemuda PAS
Terengganu seorang intelektual muda (sehingga kini nama belum diumumkan).

Yang pasti kedua cadangan calon itu adalah lelaki. Masing-masing
ada alasan kukuh untuk cadangkan calon mereka. Bagi TG Nik Aziz, beliau
merasakan Parlimen perlukan suara dan kehadiran Mohammad Sabu.
Lebih-lebih lagi bergandingan dengan Mahfuz Omar dan MP PKR.

Lagipun nama Mohammad Sabu sudah sinonim di seluruh negara. Kepada
Pemuda PAS Terengganu pula, mereka berhujahkan ianya perlu calon
tempatan yang ianya di sokong oleh peringkat grassroot(akar umbi).  

Marilah kita berfikir di luar kotak pemikiran umum. Bagaimana kalau kita 
calonkan P036 itu dari golongan wanita? Lagipun Terengganu sudah lama 
"kekeringan" calon wanita. Paling akhir Khadijah Sidek bagi MP Dungun. Itupun 
dah lebih 40 tahun yang lalu.  

Pimpinan
PASTerengganu perlu ubah pemikiran lama. Mereka perlu berani buat
perubahan berani. Lihatlah PAS Kelantan dan Selangor. Mereka sudah
ketengahkan calon pilihanraya dari kaum wanita. Bahkan ada dilantik
menjadi Exco.  

Melihat
kepada bilangan pengundi di P036 Kuala Terengganu, pengundi wanitanya
lebih 555 orang dari kaum lelaki. Walaupun BN pernah pertaruhkan calon
Ketua Puteri untuk DUN Batu Burok dan kalah. Tetapi itu bukan ukurannya
kerana DUN Batu Burok adalah kubu kuat PAS.  

Sekaranglah
 masa yang tepat untuk PAS Terengganu lakukan pembaharuan pemikiran.
Letakkan calon muslimat. Muslimat PAS Terengganu tidak begitu menonjol
akibat dinaungi oleh Dewan Pemuda.

Sudah tiba Muslimat PAS "keluarkan kepala" dari tempurongnya! Lagi pun jika 
kalah, tidak memberi kesan dari segi perubahan pucuk kerajaan. BN tetap kuasai 
Terengganu dan Malaysia. Apa yang penting, kita perlu berani dan jadikan 
percalonan dari kaum hawa sebagai "test market" politik masa depan. 




CILOK DARI SINI BEB!!!




      

Kirim email ke