Assallamualaikum...

Saudara Rashid hanya perlu ambil 2 biji bendi , bersihkan, potong
hujung dan pangkalnya kemudian potong kecil ( 1 inci ).
Rendam semalaman, guna air biasa dan tutup gelas tersebut agar 
kekotoran/binatang tidak masuk.
Keesokkannya selepas mandi ( gosok gigi kerana air liur basi yang 
kekuningan adalah najis ) dan sembahyang subuh kemudian minum air 
tersebut. Jangan lupa buang potongan bendi itu dan pastikan jangan buang
lendiran dari bendi tersebut. Minum setiap pagi sebelum sarapan sehingga
kita sembuh...insyaallah.

Sebagai orang Islam kita digalakkan selawat 3 kali dan ditambah
" Salamun kaulam mirrabirrahim " 3 kali.
Rasanya seperti kita makan ulam bendi mentah....
Minumlah dengan penuh yakin kerana setiap penyakit ada ubatnya kecuali
MATI. Cuma ikhtiar dari kita selebihnya serahkan pada Allah SWT.

Selamat mencuba kepada saudara Rashid dan anda semua...jangan berputus
asa...kerana bila kita putus asa, syaitan ambil kesempatan supaya kita 
menderhaka pada hukum Allah SWT.

Wassallam







  ----- Original Message ----- 
  From: ntr 01 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Monday, December 15, 2008 8:59 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] lanjutan petua kencing manis



  Assalammualaikum
  ingin tahu cara membuatnya macammana?
  dan cara menggunakannya?
  kerjasama dari sedara amat dihargai
  Terima kasih....
  ( Rashid PPUM )




------------------------------------------------------------------------------
  From: "abu sa...@yahoo.com" <abu sa...@yahoo.com>
  To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
  Sent: Friday, December 12, 2008 1:11:47 AM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] lanjutan petua kencing manis



  Assallamualaikum. ....


  Saya ingin menyentuh kenyataan baru-baru ini mengenai bendi dan
  kencing manis.

  Baru-baru ini isteri saya telah disahkan mengidap kencing manis ( 1/12/08 ).
  Ianya disedari apabila badan yang berisi sudah nampak sedikit kurus oleh
  ahli keluarga dan rakan setaman.
  Apabila pemeriksaan dibuat bacaan gula dalam darah adalah 24, saya terus 
  mencari bendi dikedai dan memotong kecil dan merendamnya. Isteri saya pulak
  berpuasa malam itu tanpa makan dan air manis. Keesokannya pemeriksaan kali
  ke 2 dijalankan bacaannya adalah 16. Doktor telah memberikan ubat kencing 
manis
  untuk 1 minggu .
  Genap seminggu pemeriksaan ke 3 dilakukan dan bacaannya adalah 6.6 . Saya 
  akan membawa isteri saya untuk pemeriksaan ke 4 dalam masa seminggu ini ( 
16/12/08 )
  walaupun doktor menyuruh pemeriksaan seterusnya dalam masa 1 bulan.

  Melalui apa yang terjadi, saya percaya keberkesanan bendi dalam merawat 
  kencing manis dan saya percaya isteri saya telah lama mengidap penyakit
  ini ( walaupun baru dikesan ) disebabkan penurunan berat badan yang ketara dan
  penglihatan .

  Jadi sesiapa yang mempunyai penyakit ini tak salah rasanya kita mencuba untuk
  sebulan dua kerana ianya tak akan memudaratkan badan kita ( sayuran ).
  Saya juga mencuba sama walaupun saya tiada kencing manis ( satu langkah 
  pencegahan ) secara tidak sedar kita memberitahu isteri kita ( simbolik ) 
  bahawa kita tetap bersamanya walau apa pun terjadi.

  Wassallam



   

Kirim email ke