Assalamualaikum

Saya mendapat e-mail seperti di bawah...saya ingin meminta pendapat
rakan-rakan semua akan kebenaran e-mail ini.

Tetapi, yang saya perhatikan, banyak kedai2 bukan Islam kini mengambil
pekerja Islam / Indonesia menyebabkan umat Islam terdorong untuk makan di
kedai2 sebegini (terutama di Johor Bahru).



White Coffee (Oldtown Kopitiam) NON-HALAL

Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh
Allah di akhirat
kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke
164:
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa
kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab
mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai
alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
ayat ini.pula .
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan
janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)
`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.'
Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan &
musuh islam. Lalai & malas dalam
mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah
amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir &
daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati
seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula
sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah
diragui lagi.
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti
HARAMnya ialah:-
- Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong
Kong (tertulis dipaket bungkusan)
- Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin
Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan
White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual
Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik,
pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
- Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh
Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak
terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya
benar & tiada campuran lain?
- Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China.
Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura . Khasiatnya
dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan
UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status
HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM
PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan
memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal
penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman
Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK
yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI
RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka
itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK
digunakan.
Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh
JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil
bekerja . Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah
halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja
seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal
makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat
Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah
produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan
yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta
pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang
dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki
dan menjamahnya.
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN
(juga 'TIDAK HALAL') . Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren
beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status
HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga
sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan
makanan.
Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam
WHITE HOUSE ( juga 'TIDAK HALAL' ) selain menghidangkan `noodles @ mee' yang
TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL
HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO
HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka
semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan
dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.
Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah
menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat
'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat
Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.
Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown
Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain
daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti
apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).
Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100
cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke
selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa
10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT
ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM . Dan sungguh menyedihkan apabila pihak
JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini
mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok
agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada
aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan
diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR
nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM
telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE
OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL'
nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT
KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?
Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah
mendapat ` PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung
dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM . Dimana melalui produk
menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG
& JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat
Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.
Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang
dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'
Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya
diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan
makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera
didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @
restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama
bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar
MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai)
mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah
HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM
terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara
ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya
dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan
PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.
Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah
pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM
kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras
dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.
Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan.
Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal
(yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi
Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan
pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang
menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.






Reply via email to