Untung betul rakyat Negeri Sembilan ini di kawasan yang wakil rakyatnya dari 
Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana di DUN yang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat 
ada dua Pusat Khidmat Masyarakat , satu yang dikendalikan oleh Pakatan Rakyat 
dan satu lagi dikendalikan oleh Barisan Nasional.

Rakyat yang memerlukan bantuan boleh pergi di kedua-dua Pusat Khidmat 
Masyarakat ini. Mula-mula pergi ke Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat , 
petugas di sini akan memberi bantuan khidmat nasihat , kaunseling dan bantuan 
kewangan sekiranya mengizinkan. Lepas tu mereka pergi pula ke Pusat Khidmat 
Masyarakat Barisan Nasional , juga boleh dapat bantuan khidmat nasihat , 
kaunseling dan kewangan sekiranya ada bajet.

Kemudian petugas Pusat Khidmat Pakatan Rakyat dan BN akan sama-sama periksa 
dengan cara mereka yang tersendiri samada bantuan yang dipohon oleh mereka yang 
memerlukan bantuan sudah dimajukan dan diproses oleh agensi kerajaan yang 
berkaitan.

Untungkan kalau tempat kita wakil rakyatnya dari Pakatan Rakyat.

Kalau di DUN Paroi Pusat Khidmat Pakatan Rakyat ialah di Taman Tasik Jaya 
sementara Pusat Khidmat Barisan Nasional ialah di deret kedai bangunan baru 
antara Taman Chempaka dan Taman Seri Pagi bertentangan dengan RHB Bank Dataran 
Senawang.

Kalau macam ni , pilihanraya yang akan datang pastikan semua DUN dan Parlimen 
di Negeri Sembilan ini diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Gambar Pusat Khidmat BN DUN Paroi di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/12/nsembilan-ada-2-wakil-rakyat-setiap-dun.html
 

Laman Web Wakil Rakyat DUN Paroi di http://mohdtaufek.blogspot.com 





      

Reply via email to