Assallamualaikum.....

Setiap perbuatan manusia ada pro dan kontranya,  jika dipandang 
dari sudut positif maka positiflah jawapannya dan begitulah sebaliknya.
Tapi hal ini ada pencanggahannya...contohnya, jika benar Saiful 
tiada mengidapnya ( sakit kelamin ) dan kita menbenarkan kenyataan asal 
email ini seterusnya menyebarkan ( percakapan, email dll )...sudah pasti
dosa fitnah tetap kita dapat kerana kita telah menyebarkan berita yang
palsu....

Begitu juga seperti hal Anwar...jika benar selama ini Anwar dianiaya oleh
pemerintah...akhirat tetap ada. Tak lepasle walaupun sebesar zarah sekali
pun. Begitu juga sebaliknya pada Anwar.....

Tugas kita memang untuk menegakkan syiar Islam tapi kita jangan terjerumus 
ke dalam kes fitnah ini. Ada masanya kita berupaya untuk mengetahuinya...
ada kala sebaliknya kerana pengetahuan kita amat terhad.
Sebagai contoh jika ada satu serbuan khalwat....sah terdapat ( hanya berdua )
pasangan yang bukan suami isteri dalam satu rumah. Setelah menunggu
beberapa jam, serbuan dibuat tapi pegawai pencegah maksiat tersebut tak
dapat saksikan perbuatan mereka . Tuduhan dikeluarkan adalah khalwat bukan
zina kerana tiada saksi.Tapi secara kasarnya kita akan menuduh mereka berzina
kerana ada nas menyatakan jika terdapat lelaki dan perempuan dan di tengahnya
adalah syaitan...mereka tetap salah tapi jika mereka MEMANG tak berzina....apa
jadi pada kita. Sedangkan kita telah menjajakan hal tersebut, begitu jugalah hal
email asal ini....

Memang kita nak menyekat kezaliman pemerintah...pilihan raya adalah medan 
terbaik . Kita nak jadi pejuang Islam bukannya penyebar fitnah...dan nak dapat
pahala atas perjuang kita bukan DOSA-DOSA BESAR.

Wassallam








  ----- Original Message ----- 
  From: Kholid Ali 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Tuesday, December 16, 2008 4:40 PM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Gempar: Sumpah Laknat, Saiful Di 
Timpa Penyakit Kelamin !!


               Terima kasih banyak kepada Sdr Hussein. Memang benarlah apa yang 
saudara kata siapalah kita yang mahu mengambilalih tugas NYA. Cuma saya rasa 
dalam banyak perkara kalau kita langsung tidak berbuat sesuatu, bersuara pun 
tidak kerana tidak mahu terperangkap dengan apa yang kita anggap sandiwara 
bayangkan jika sesuatu fitnah itu menimpa diri kita akibat konspirasi 
pihak-pihak tertentu dan tiada siapa mempersoalkannya kerana merasa cukup 
dengan berpegang bahawa semua itu Allah lebih tahu, bagi saya seolah-olah kita 
menolak apa yang diminta oleh Nabi SAW agar hendaklah kita mengambil tahu 
urusan saudara-saudara kita sesama Islam. Mungkin suara kita tidak sampai 
kepada mereka yang terlibat tetapi sekurang-kurangnya untuk dijadikan ikitbar 
dan pengajaran. 

             Nabi juga pernah meminta agar para Sahabat membantu orang yang 
zalim dan orang yang dizalimi. Lantas para Sahabat berkata membantu orang yang 
dizalimi itu memang kami tahu akan kewajipannya tapi bagaimana pula hendak 
membantu orang yang zalim ? Lalu jawab Nabi engkau hendaklah berusaha untuk 
menghentikanya daripada berbuat zalim. Wallahua'lam.

        ibnuAli
        kota jembal

        --- On Fri, 12/12/08, HUSSEIN ism...@yahoo.com <HUSSEIN 
ism...@yahoo.com> wrote:

          From: HUSSEIN ism...@yahoo.com <HUSSEIN ism...@yahoo.com>
          Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Gempar: Sumpah Laknat, 
Saiful Di Timpa Penyakit Kelamin !!
          To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
          Date: Friday, December 12, 2008, 2:43 AM


          Saudara Kholid Ali,

          Sedikit nasihat buat saudara agar pemikiran saudara dilepaskan 
daripada kongkongan dan cengkaman sandiwara oleh Saiful, Anwar Ibrahim dan juga 
para pemerintah.

          Berdoalah sahaja dan percayalah sebahagian daripada apa yang saudara 
lihat atau dengar. Semua ini adalah dalam pengetahuan Alah Yang Maha 
Mengetahui. Janganlah pula hendak mengambilalih kerjaNYA, kita ini semua yang 
sangat lemah lagi daif.......tidak langsung mengetahui apajua yang berlaku 
disebaliknya.

          Wallahua'lam.


          2008/12/4 <KholidAli>

                     Terima kasih. Saya memang setuju dengan Sdr Azmil. Fitnah 
memfitnah ini memang dilarang dalam Islam tapi fitnah atau konsprirasi terhadap 
DS Anwar Ibrahim telah dibuat secara terancang 10 tahun lalu oleh 
pemimpin-pemimpin tertinggi negara yang "bergelar" Islam yang disokong oleh 
pendakwa dan hakim-hakim yang mereka kuasai menyebabkan DS Anwar terhukum dan 
teraniaya. Akibat fitnah yang dilakukan oleh pemimpin dan team konspirasi yang 
bermotifkan politik seperti yang didedahkan oleh beberapa ? panel Hakim hanya 
selepas Anwar dibebaskan bermakna Anwar telah menjalanai hukuman atas kesalahan 
yang  dirancang dan bukti-bukti yang direka dan palsu belaka. Fitnah seperti 
inilah yang amat merbahaya dan ia kemungkinan boleh berlaku kepada sesiapa 
saja. Maka jika Hakim yang dipecat sekitar tahun lapan pulohan dibayar 
gantirugi berjuta-juta ringgit apakah aib dan kesengsaraan DS Anwar ini boleh 
dibayar dengan wang berjuta ringgit ?? Tuduhan palsu sehingga terhukumnya Anwar 
bukan saja mengaibkan Anwar dan keluarga beliau tapi seluruh rakyat Malaysia 
yang beragama Islam sepatutnya merasa aib.Yang tidak merasa aib tentunya 
beberapa pemimpin tertinggi UMNO ketika itu kerana mereka yang menciptanya 
dengan memperalatkan Mahkamah (ketika itu) !!

                      Maka jika mereka yang berkuasa dari acuan yang sama 
dibiarkan meneruskan kerja kerja jahat ini dan kita yang mengaku fitnah 
diharamkan sama sekali oleh Islam sekadar berdiam diri layakkah kita mengaku 
kita benar-benar beriman dan selamatkah kita di akhirat ?? Paling tidak mesti 
ada kebencian dalam hati kita. Anwar seorang pemimpin negera ketika itu tapi 
apakah ianya tidak mungkin berlaku kepada mereka yang hanya pemimpin bawahan 
yang lebih mudah untuk difitnahkan ?? Apabila dakwaan liwat kali ke 2 terhadapa 
Anwar melibatkan pemimpin dari parti politik yang sama dan team yang membuat 
dakwaan juga team yang hampir sama apakah tiada kemungkinan ianya bermotifkan 
politik ?? Apakah orang yang menggunakan kedudukan dan kekuasaan mereka untuk 
jadikan Mahkamah tempat mengaibkan musuh politik mereka dan pada masa yang sama 
menggunakn mahkmah untuk melindungi kejahatan mereka agar mereka nampak bersih 
dan terus berkuasa ?? 

                        Ianya bukan sekadar isu memfitnah Saiful. Saiful 
mungkin benar kerana "dibenarkan" dengan mereka yang berada dibelakangnya 
membawa bukti-bukti palsu ke Mahkamah spertimana yang berlaku 10 tahun lalu.  
Lihat saja dalam kes wanita Mongolia yang dibunuh kejam. Logik kah setelah 
sekian lama penyiasatan dan pendakwaan dibuat akhirnya dua orang tentera saja 
yang didakwa terlibat sedangkan mereka yang ada kaitan dengan motif mengapa 
wanita itu berada di Malaysia terlepas begitu saja ?? Apakah kita ingin 
membiarkan saja banyak lagi ? Anwar-Anwar dan Altantuya-Altantuya yang akan 
teraniaya di negara kita yang bergelar ? negara Islam ala UMNO. Wallahu'alam.

                  ibnuAli
                  kota jembal

                  --- On Fri, 11/28/08, Azmil ab...@yahoo. com <Azmil 
ab...@yahoo. com> wrote:

                    From: Azmil ab...@yahoo. com <Azmil ab...@yahoo. com>
                    Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Gempar: Sumpah 
Laknat, Saiful Di Timpa Penyakit Kelamin !!
                    To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
                    Date: Friday, November 28, 2008, 6:06 AM


                    takpalah saudara kholid..itu sekadar kemungkinan- 
kemungkinan. .tiada kepastian..lagi banyak kita speculate, lagi banyak dosa 
kita dapat..jika dia memang salah, kita doa dia berubah dan bertaubat, jika dia 
benar, moga Allah memberi petunjuk dan kesedaran kepada kita..

                    biarlah orang lain sibuk fitnah memfitnah, kita usaha agar 
kita tidak terlibat seperti mereka..yakni turut nyebarkan fitnah..

                    lagipun saiful dah keluar statement dalam paper hari ni 
kata dia okay..kita terima sahajalah seadanya..

                    ish, akhir zaman ni..ruang untuk buat dosa tu makin 
banyak...

                    nauzubillah. . 



       



   

Kirim email ke