[BLOGGER_PHOTO_ID_5285965326918726690] 
<http://4.bp.blogspot.com/_niVBEi-AVU0/SVuFdWYFtCI/AAAAAAAAA28/cU3eb8Chs\
KE/s1600-h/Palestin.jpg>
Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain
yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa.
Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas
<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Mala\
ysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>  dan membunuh lebih 300 orang
Palestin.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna
kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang
bererti :

"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu
wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian" (Surah al Maidah : Ayat
21)

Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :

"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam
dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya." (Surah al Isra' : Ayat 1)

Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang
tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah
memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah
al Anbia' : Ayat 80)

Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam
yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah.
RasuluLLah telah bersabda yang bererti :  "Tidak digalakkan mengambil
berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram,
masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari,
Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)
Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya
adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga
adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.

ALlahu..ALlah...

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun
(1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal
iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa
Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan
tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan
menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan
Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan
Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar
nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang
terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971)
bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel
yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di
atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir
memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala
pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah
memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi
khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa
pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah
Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun
yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang
terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang
sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada
mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa
mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana.
Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma
di sini. <http://amanpalestin.org/>

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di
negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya
sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan
rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang
membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di
Palestin <http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html> .

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang
mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al
Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel,
petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang
berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada
pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik
yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web
masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin'
contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di
seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di
negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban
penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai
Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya
ALlah.

Sumber Rujukan :

1. Prof Madya Dr Mohsen M. Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan
Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala
Lumpur

2. AbduLlah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin Al Ayyubi, Cet
Pertama 1999, Darul Nu'man, Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin, Cet Pertama 2003, al Qassam
Library, Pahang

Sumber : Http://Jarumemas.Blogspot.Com <http://jarumemas.blogspot.com/>

Kirim email ke