Aswt,
 
     Baru-baru ini saya ke Hospital USM kerana anak memerlukan sedikit rawatan. 
Kali pertama saya kesana kira-kira jam 9 pagi tempat parking kenderaan semuanya 
penoh. Memandangkan rumah saya dan USM Kampus Kesihatan tidak begitu jauh maka 
saya tidak jadilah nak menemui doktor pada hari itu dan pulang saja. Esoknya 
saya sekali lagi ke USM nampaknya keadaan sama saja. Sekali lagi batalkan 
hasrat tersebut. Hanya pada kali ketiga dan datang jam 7 pagi barulah terdapat 
tempat letak kereta yang masih kosong.
 
     Pengalaman ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu pun sama 
saja bahkan lebih teruk pada ketika tertentu memandangkan parking space nya 
lebih kecil dibanding dengan USM. Keadaan ini pasti akan lebih menyukarkan di 
masa hadapan sekiran nya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran 
Malaysia (yang uruskan Hospital/ Pusat Perubatan Universiti) tidak mengubah 
dasar tentang pembinaan hospital-hospital sekitar bandar-bandar besar.
 
     Tentang Kampus Kesihatan USM mungkin perkhidmatan-perkhidmatan tertentu 
yang disediakan boleh diasingkan termasuk wad-wad pesakit daripada kawasan yang 
telah padat. Mungkin perkhidmatan Sakit Puan dan Bersalin dipindahkan kesatu 
kawasan lain. Saya lihat masih terdapat kawasan yang luas di belakang kawasan 
kompleks perubatan dan saya difahamkan ianya dijadikan padang golf. Apa perlu 
padang golf di kawasan kampus pendidikan perubatan yang memakan kawasan yang 
luas ? Penting sangat kah padang golf di kawasan kampus universiti yang 
bertaraf kampus cawangan ?? Bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekarang 
pengasingan ini akan memudahkan samua pelawat mau pun pesakit. Pesakit luar 
yang ke USM pun terlalu ramai sehinggakan masa yang diambil di klinik berkenaan 
terlalu lama maka tempoh meletak kereta juga mengambil masa yang lama sebelum 
dikosongkan. 
 
    Jadi pihak Pentadbiran induk USM dan Kementerian Pelajaran Malaysia 
(KPM) harus membuat perubahan. Saya rasa Kementerian Pelajaran ni lebih sibuk 
tentang dasar ajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk kanak-kanak 
lebih daripada keperluan melatih para doktor. Saya tengok di tempat pesakit 
luar hospital USM macam pasar saja, lebih-lebih lagi ketika ramai para pelajar 
perlu menjalani pemeriksaan perubatan untuk memasuki institusi pendikan tinggi. 
Dengan suasana begini bagaimana penempatan dan pendedahan doktor pelatih dapat 
dibuat dalam keadaan demikian !! Mungkin KPM/Universiti perlu wujudkan Kelinik 
Pesakit Luar yang letaknya 10 atau 20km daripada hospital dan hospital hanya 
menumpukan kes-kes rujukan dan pesakit yang perlu dimasukkan ke wad. Saya 
difahamkan kaedah ini diamalkan di luar negara.
 
     KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) pula sepatutnya wujudkan sebuah 
hospital di luar bandar Kota Bharu. Saya rasa jika sebuah hospital diwujudkan 
di Wakaf Bharu akan lebih memudahkan rakyat kerana tidak perlu lagi ke HRPZ. 
Saya rasa di Wakaf Baru mungkin sudah wujud Pusat Kesihatan yang kemudahanya 
amat terhad. Jadi pesakit tak payahlah menyeberangi Sg Kelantan untuk ke HRPZ 
di Kota Bharu atauke hospital USM di  Kbg Kerian. Apa yang nak ditakutkan buat 
projek banyak-banyak semua nya JPP boleh urus. Begitulah kalau nak tolong orang 
Melayu, MB Kelantan pun pasti gembira kalau rakyat nya sekitar Wakaf Baru tak 
payah berbaris dengan kenderaan untuk ke Kota Bharu ikut Jambatan Sultan Yahya 
yang katanya nak dibuat satu lagi berkembar dengan yang sedia ada. Kabarnya 
tender pembinaannya telah pun diawardkan kepada sebuah syarikat kontraktor yang 
dimiliki ? seorang calun UMNO dalam pilihanraya Mac 2008 tapi tewas. Tak taulah 
bila jambatan tu nak
 siap sekiranya benar orang kuat parti di berikan projek besar-besar !! Kalau 
buat hospital baru mungkin hospital boleh siap dulu dengan syarat kontraknya 
bukan beri kepada orang yang terlibat secara langsung dengan politik !! 
Wallahu'alam.
 
ibnuAli
kota jembal
 
 


      

Kirim email ke