Remaja ni kalau makin kita marah, makin dia buat. Macam di padang permainan 
Taman Alamanda , dekat dengan rumah orang. Remaja sebelum ini selalu main bola 
tanpa gol. Akibatnya mereka tendang bola tinggi , macam main atas padang bola 
di stadium. Yang menjadi mangsa ialah jiran rumah-rumah jiran.

Kadang masuk laman rumah, kadang kena tingkap, kadang kena kereta. Puas 
dinasihat, dimarahi tak mahu juga.

Akhir sekali saja dan AJK Taman berbincang kita pasang tiang gol kecil dan buat 
perlawanan Street Soccer. Dan Alhamdulillah sejak dari hari itu , remaja dan 
anak-anak yang main di padang berkenaan tidak lagi tendang tinggi-tinggi sebab 
tiang gol rendah tak sampai 2 kaki.

Begitu juga dengan Mat Rempit , lagi polis saman, lagi polis balun, lagi mereka 
rempit. Fikir-fikirkanlah faedah kejuruteraan buat bonggol ke , pasang CCTV ke 
dan sebagainya. Polis pun senang tak payah nak buat operasi pukul 2 sampai 5 
pagi, boleh tidur nyenyak di rumah.

Gambar Tiang Gol Rendah di sini 
http://waghih.blogspot.com/2009/01/pendekatan-kejuruteraan-cegah-rempit.html 



      

Kirim email ke