Wa'alaikum Salam w.b.t.
   
  http://www.ghazali.org/
   
  >>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<

am...@yahoo.com wrote:
        Assalamualaikum w.b.t
tlg betulkan jika saya tersilap
Jazakallah
>Bab Tiga Kitab Ihya' Ulumuddin karangan
> > Imam Al Ghazali (Kitab Fekah)]
> >
> > Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak
> > berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu
> > menahu akan perkara ini...
> >
> > Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri
> > wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara
> > menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini
> > boleh terjadi??
> >
> > Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/.yang
> > betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan
> > ini' kecuali terpa...@mesti dirujuk kepada
> > lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa
> > ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)
> >
> > Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada
> > kebanyakkan wanita Islam ;
> >
> > "adakah wajib bagi seorang wanita Islam
> > menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika
> > haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
> > kebanyakkan mereka mengatakan:
> >
> > "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang
> > period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha
> > hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula
> > 'bergelar wanita' dulu"
> >
> > Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah
> > yang akan kita jumpa...
> >
> > Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak
> > meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!!
> > sekalipun.
> >
> > Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin
> > karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab
> > yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga
> > perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan
> > ulama' terdahulu.
> >
> > Dalam BAB TIGA :
> >
> > " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun
> > Nikah..."
> >
> > perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab
> > tersebut :
> >
> > PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
> >
> > Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi
> > perempuan yang didatangi haid :
> >
> > 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid
> > itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu
> > Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu
> > rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
> >
> > 2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum
> > masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat
> > Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha
> > solat maghrib dan Isya'.
> >
> > "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa
> > haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui
> > oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
> >
> > HURAIAN MASALAH :
> >
> > 1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
> >
> > - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih
> > dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas
> > mandi hadas)
> >
> > 2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
> >
> > - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi
> > orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan
> > bersama solat Zohor.
> >
> > - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya
> > kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam
> > waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka
> > perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
> >
> > 3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
> >
> > -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering,
> > sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu
> > rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat
> > Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
> >
> > -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir)
> > dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat
> > maghrib.
> >
> > -Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya
> > kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi
> > darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses
> > keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin
> > perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh,
> > hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
> >
> > -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi
> > perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
> >
> > Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan
> > Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
> >
> > Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh
> > yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka
> > dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan
> > diri mereka sendiri!!!
> >
> > TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA
> > !!!


                           

       

Reply via email to