Askm. Suka saya memberi sedikit pandangan tentang kecelaruan, maksiat 
sekelilingan dan akhlak yang porak peranda pada hari ini. KIta perlu mencari 
punca dan penyebab yang mebawa kepada keadaan yang terjadi.
 
 Bagi saya kesilapan dan kesalahan yang dilupai dan dilalaikan oleh ramai 
banyak orang. Hari ini kita hanya melihat akibat sahaja dan meluahkan keluhan 
melihat kerusakan yang telah berlaku/terjadi. Mengenalpasti penyebab dan 
puncanya lebih baik daripada mengeluh dan menunjuk jari kepada yang lain dari 
penyebabnya.
 
Allah menghantar Rasul-Rasul Nya adalah untuk membentuk iktiqaf dan menunjuk 
akhlak hamba Nya. Apabila manusia rusak akhlak, salah pegangan Agama maka Allah 
swt mengutus Rasul Nya. Sayanngya selepas Nabi Muhammad (saw) tidak ada lagi 
pesuruh (rasul) sebagai pembimbing umat manusia. Maka pada masa ini siapakah 
yang bertanggung jawab membimbing ini?
 
Kita lihat contoh Nabi Muhammad saw. Beliau sebagai pemerintah. Menegakan 
peraturan yang digariska oleh Allah swt. apa yang dipanggil peraturan syari'ah. 
Kalau peraturan yang Allah swt tunjuk melalui Rasul Nya diikuti seratus peratus 
akan berjaya kerana Allah swt akan membantunya, akan tunjuki dan diberkati. 
Manusia rosak kerana melanggar peraturan yang Allah swt tunjukn itu. Di sini 
siapa yang berhak, bertanggung jawab melaksanakan peraturan Allah swt ini? Bagi 
saya ialah pemerentah. Ibu bapa setakak suruh, kalau anak tidak ikut apa boleh 
ibu bapa buat. Bahkan ada undang-undang negera yang melarang melaui hak asasi 
kanak-kanak. Guru ditegah dari merotan murid walaupun murid telah melakukan 
kesalahan di sekolah. anak-anak jadi keras kepala dan tidak heran dengan 
larangan dan tegoran guru sebab guru tidak boleh berbuat apa ke atas mereka.
 
Di rumah ibu bapa larang, di luar rumah anak-anak bebas. Iklan dan hiburan 
kearah keseronokan dunia berlleluasa di mana-mana saja. Ini memberi pengaruh 
yang besar kepada anak remaja. Tempat hiburan merata-rata bahkan lebih banyak 
dari tempat yang boleh mengingatkan mereka kepada Allah swt. Selagi manusia 
lupa Allah swt maka mudak mereka melakukan maksiat, walau pun segelintir yang 
benar-benar berakhlak maka mereka mereka tidak melakukan kejahatan..
 
Pergaulan bebas tidak ada yang melarang, bahkan kalau ada suara memberi 
cadangan supaya tidak mengadakan suasa yang membawa kepada bergaul bebas ada 
pula komen dan kondam mereka itu. Siapa yang mempunyai kuasa mengadakan 
tempat-tempat seperti ini? Dalam ini pemain utama pencegahan datang dari atasan 
i.e. Pemerentah kerana dia mempunyai kuasa mutlak, yang lain itu kena patuh 
kepada pemerentah.
 
insankerdil

--- On Mon, 1/12/09, resp...@yahoo.com <resp...@yahoo.com> wrote:

From: resp...@yahoo.com <resp...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kita yang bersalah bila anak gadis mabuk 
dengan perzinaan
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, January 12, 2009, 6:22 AM






Kita yang bersalah bila anak gadis mabuk dengan perzinaan
Pak Teh Majid
Thu | Jan 08, 09 | 12:07:24 am MYT

Terkejut
saya membaca laporan berita tentang ramainya remaja perempuan Islam
yang terjerumus dalam lembah perzinaan sejak usia masih mentah lagi.
Segera saya sedar bahawa perlu tindakan segera bagi mengatasi konflik
sosial yang makin membarah ini.
Iklan


Bayangkan, anak-anak remaja perempuan yang masih bersekolah, berumur di
bawah 15 tahun tetapi saban hari mengadakan persetubuhan haram, dan
berbangga dengan maksiat yang mereka lakukan, masya-Allah. Malah,
rakan-rakan sebaya yang tidak pernah berzina akan dikutuk, atau paling
kurang diperli, kerana kononnya tidak mengikuti peredaran zaman.

Perkembangan buruk ini adalah mala petaka di atas kelalaian
kita sebagai umat yang sepatutnya dibangga oleh Nabi Muhammad kerana
berperanan bagi menyeru kebenaran dan mencegah maksiat. Lebih teruk,
umat Islam yang sedar tentang tugas dan tanggungjawab pun makin melupai
peranan unggul sebagai jurudakwah.

Saya mohon keampunan kepada Allah kerana turut alpa dan lalai
dengan peranan mulia warisan para Nabi ini. Kita semakin hidup
sendiri-sendiri, hanya menjaga diri, keluarga dan kelompok sempit.
Dunia yang makin terlungkup seperti tidak dipedulikan.
Anak-anak muda yang kehilangan arah itu menjadi tanggungjawab kita bagi memandu 
mereka ke arah jalan yang lurus dan selamat.

Dengan duduk berdiam diri, sekadar menggeleng kepala tanda tidak
berpuas hati atau membantah lingkungan mungkar, ia tidak akan membawa
kita ke mana-mana, sebaliknya kian terperosok dengan fenomena
kemaksiatan melampau itu. Moga Allah tidak menurunkan bala atas semua
umat disebabkan kelalaian kita berdakwah._















      

Kirim email ke