http://darussunnah.or.id/radio-online-syiar-sunnah/

kha...@yahoo.com wrote:          Gaza - HTM serah memo kepada ATM 
Oleh HTM 
Sabtu, 10 Januari 2009 15:52

KUALA LUMPUR 9 Jan - Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan
Padang Tembak hari ini gempar dengan acara penyerahan memorandum dan
juga laungan jihad oleh sejumlah aktivis gerakan Islam, Hizbut Tahrir
Malaysia (HTM). Hizbut Tahrir Malaysia telah menggerakkan umat Islam
bagi mendesak Angkatan Tentera Malaysia untuk bertindak segera
menyelamatkan Gaza daripada keganasan rejim Israel. Selesai solat
Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, yang terletak berhampiran Markas ATM
tersebut , Hizbut Tahrir telah menyeru dan mengajak umat Islam untuk
bersama-sama mendesak ATM bagi melancarkan jihad ke Israel. Jihad yang
diserukan adalah jihad yang sebenar iaitu jihad fi sabilillah, dengan
ATM menggerakkan seluruh tentera udara, darat dan laut bagi
menyelamatkan umat Islam yang sedang dibunuh dengan kejam oleh Israel
di Palestin. Sebagai salah sebuah angkatan bersenjata kaum Muslimin,
adalah wajib bagi ATM menghantar tentera ke Gaza tanpa berlengah
sedikit pun.

Berucap di hadapan lebih 1,000 jemaah, Ustaz Umar Hussien, Naib
Presiden HTM dengan lantang dan penuh semangat menyeru Angkatan
Tentera Malaysia untuk menyahut seruan jihad yang sedang memanggil di
Gaza. Di dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penyelesaian
sebenar yang perlu diambil oleh penguasa kaum Muslimin adalah dengan
menghantar tentera untuk menggempur tentera Israel yang sedang
bermaharajalela tanpa sedikit pun tentangan oleh mana-mana negara atau
tentera kaum Muslimin. Keganasan dan kebiadaban Yahudi di Gaza saat
ini tidak akan dapat diselesaikan kecuali dengan satu-satunya jalan
yakni pasukan tentera mestilah dihantar ke sana bagi melawan musuh
Allah yang juga merupakan musuh umat Islam iaitu Yahudi laknatullah.
Kekuatan mestilah dilawan dengan kekuatan dan perang mestilah dijawab
dengan perang, bukannya dengan ubat-ubatan atau pemboikotan semata-mata.

Sebelum dari itu, khutbah Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid juga
menyentuh isu pembunuhan di Gaza di mana Khatib dengan penuh semangat
menceritakan bagaimana lahirnya negara haram Israel. Khatib telah
berapi-api mengutuk kekejaman yang telah dilakukan oleh tentera Israel
yang telah dibidani kelahirannya oleh rejim kuffar British melalui
Perjanjian Balfour. Sayangnya, walaupun berkhutbah di hadapan ratusan
pegawai tentera, Khatib telah gagal memberikan penyelesaian yang
hakiki kepada masalah Palestin apabila mencadangkan agar umat Islam
menambahkan ilmu berkenaan sejarah dan mengikis fahaman negatif
terhadap apa yang berlaku, bertawakal dan menghilangkan penyakit
'wahn' (cinta dunia dan takut mati) dan akhir sekali penyelesaian
praktikal yang dicadangkan adalah dengan melakukan pemboikotan,
pameran dan membangunkan jiwa umat untuk bergerak.

Hizbut Tahrir Malaysia menyatakan dengan jelas dan lantang di dalam
seruannya selepas solat Jumaat yang diadakan di hadapan masjid
tersebut bahawa satu-satunya penyelesaian yang hakiki bagi masalah
Palestin sekarang adalah dengan bergeraknya tentera untuk berjihad fi
sabilillah, tentera mesti terjun langsung ke medan perang dan melawan
tentera-tentera Israel yang sedang mengganas membunuh saudara-saudara
kita, termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Ustaz Isa Abdullah, salah seorang aktivis HTM menyambung ucapan dan
mengingatkan para tentera bahawa berapa ramai anak-anak yang telah
kehilangan ayah dan ibu, isteri-isteri yang kehilangan suami dan
banyak lagi kesengsaraan lainnya yang berlaku di Gaza, malah umat
Islam di sana kini sedang menggigil di dalam kesejukan malam di musim
dingin di Gaza kerana rumah tempat mereka berlindung telah hancur
musnah di bom oleh tentera rejim haram Israel. Beliau seterusnya
mengingatkan bahawa tentera kaum Muslimin sebenarnya kuat serta
kemenangan atau syurga sedang menanti mereka di Gaza. Malangnya
pemerintah yang ada telah memasung kekuatan tentera Malaysia dengan
langsung tidak menggerakkan tentera untuk berjihad, sebaliknya para
tentera hanya `digunakan' tujuan perhiasan dan pertunjukan semata-mata.

Selesai ucapan di hadapan masjid Khalid al-Walid tersebut, HTM bersama
sebahagian dari para jemaah terus bergerak ke pintu utama Kementerian
Pertahanan Malaysia bagi tujuan menyerahkan memorandum kepada Panglima
ATM. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 15 minit,
slogan jihad yang ditujukan kepada tentera dilaungkan seperti "Aina
jundul Muslimin! Li Tahriri Falastin" (Di mana tentera Muslimin! Untuk
membebaskan Palestin) "Khaibar Khaibar Ya Yahud! Jaisyu Muhammad Saufa
Ya'ud" (Khaibar Khaibar Wahai Yahudi! Tentera Muhammad Akan Datang).
Slogan lain yang menaikkan semangat umat Islam berserta kalimah tauhid
dan takbir turut dikumandangkan hinggalah tiba ke pintu pagar utama
Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah).

Sebaik tiba di depan Kementah, Ustaz Umar Hussien memberikan taklimat
ringkas dan meminta agar para peserta menjaga tatatertib dan tidak
menghalang lalu lintas. Kalimah tauhid dan takbir terus dikumandangkan
di sepanjang acara penyerahan.

Ustaz Abdul Hakim Othman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia telah
mengetuai delegasi umat untuk menyampaikan memorandum kepada Panglima
Angkatan Tentera Malaysia. Beliau turut diiringi oleh Ustaz Umar
Hussien, Sdr Tarmizi Salleh dan Sdr Norazaman Mustafar yang merupakan
AJK Pusat HTM.

Memorandum HTM mengingatkan ATM bahawa satu-satunya penyelesaian
terhadap apa yang berlaku di Gaza sekarang adalah dengan menggerakkan
pasukan tentera kita ke sana. Bukan sekadar ATM, malah angkatan
tentera kaum Muslimin di seluruh dunia wajib digerakkan ke sana
sekarang bagi menghadapi Israel. HTM turut mengingatkan bahawa senjata
yang ATM miliki bukanlah untuk perhiasan dan latihan semata-mata
tetapi perlu digunakan untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di
Palestin dan perlu digunakan untuk membunuh musuh-musuh Allah.

Penguasa kaum Muslimin telah melakukan jenayah yang besar dengan tidak
menggerakkan tentera ke sana, malah mereka telah mengkhianati umat
Islam dengan berharap kepada organisasi kufur seperti PBB bagi
menyelamatkan Palestin, walhal PBBlah yang telah `melahirkan' Israel
dan PBBlah yang selama ini menjaga Israel melalui Amerika Syarikat.

Memorandum HTM mengobarkan semangat jihad kepada ATM untuk
menyelamatkan kaum Muslimin Palestin dari terus dibedil dan dibom oleh
tentera Yahudi laknatullah. HTM mengingatkan bahawa tenteralah
golongan yang layak dan berkeupayaan untuk melaksanakan kewajipan ini.
Pihak tentera dinasihatkan supaya tidak mendukung para pemimpin yang
pengecut yang telah mengkhianati kaum Muslimin. HTM menekankan bahawa
jihad adalah satu-satunya penyelesaian sebenar kepada masalah ini dan
sekiranya ia dilancarkan, Insya Allah saudara-saudara kita di Palestin
akan dapat diselamatkan dan Israel akan berjaya dihancurkan. Ini
kerana, apabila tentera kaum Muslimin berjihad kerana menyahut seruan
Allah, maka Allah dan para malaikat akan bersama dengan mereka. Firman
Allah,

"Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan
kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka
dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin" [TMQ at-Taubah (9):14].

Oleh kerana situasi ini tidak biasa dihadapi oleh pihak ATM dan
mungkin kerana urusan protokol ATM yang ketat, maka delegasi yang
diketuai oleh Ustaz Abdul Hakim terpaksa menunggu agak lama sebelum
memorandum berjaya diserahkan. Pada mulanya, HTM diberitahu bahawa
Panglima ATM telah dimaklumi akan apa yang sedang berlaku dan beliau
akan turun sendiri atau akan menghantar wakilnya untuk menerima
memorandum tersebut. Setelah menunggu sejenak, kedua-dua pintu pagar
utama (masuk dan keluar) terus ditutup dan delegasi serta para peserta
terpaksa menunggu agak lama. Ucapan dan laungan takbir terus
berkumandang di hadapan Markaz Angkatan Tentera itu sementara menunggu
ketibaan Panglima ataupun wakilnya.

Akhirnya, tiada tanda-tanda yang Panglima atau wakilnya akan turun,
dan delegasi HTM diminta agar meninggalkan tempat tersebut, tanpa
menyerahkan memorandum. Setelah beberapa perbincangan dilakukan,
akhirnya beberapa orang staff ATM yang ada di situ sanggup menerima
memorandum tersebut bagi pihak Panglima ATM. Terima kasih kami ucapkan
kerana akhirnya ada staff tentera yang `berani' menerima sepucuk
memorandum dari HTM

Alhamdulillah, proses penyerahan memorandum berjalan lancar. HTM
mengharapkan agar memorandum tersebut benar-benar akan sampai kepada
Panglima ATM ataupun kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi sendiri selaku Menteri Pertahanan.

Lebih kurang jam 3.00 petang, majlis bersurai dengan bacaan doa oleh
Ustaz Isa, memohon bantuan dari Allah SWT supaya menyedarkan tentera
Malaysia dan memohon agar Allah SWT membantu tentera Malaysia dan
tentera kaum Muslimin lainnya bagi menghancurkan Israel sekiranya
mereka berjihad ke Palestin. Sekiranya mereka tidak bergerak, HTM
memohon doa kepada Allah agar menggantikan kerajaan yang ada dengan
sebuah negara Khilafah, yang akan memerintah dengan Kitabullah dan
Sunah RasulNya dan yang akan menghantar tentera untuk berjihad
mengalahkan musuh-musuh Allah dan membebaskan kaum Muslimin di seluruh
dunia dari cengkaman musuh. Amin Ya Rabbal `Alamin. 

http://gooku1.fotopages.com



                           

       

Kirim email ke