Mungkin pakcik yang berusia 80 tahun dari Seremban ini jauh lebih mulia di sisi 
ALLAH daripada kita semua. Satu kisah pengajaran untuk kita semua , untuk 
anak-anak kita, untuk umat Islam , untuk orang Melayu.

************************** 
Mohd Yunus 80 tahun dari Seremban berhijrah ke negara ini dari India bersama 
bapanya pada tahun 1947.

Bekerja mendobi sejak menjejakkan kaki di Malaya. 

Hidup Yunus sangat sederhana "kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan 
petang"

Apabila disyorkan beliau memohon bantuan daripada Baitulmal atau Jabatan 
Kebajikan Masyarakat, Yunus menjawab; "SAYA BUKAN ORANG MISKIN UNTUK MENERIMA 
BANTUAN BAITULMAL. SEORANG MUKMIN AKAN MENGGUNAKAN TULANG EMPAT KERATNYA 
BEKERJA...LAIN KALAU SAYA TIDAK MAMPU BEKERJA DAN TIDAK ADA MAKANAN, BARULAH 
SAYA BOLEH TERIMA SEDEKAH ORANG."

Yunus mengenakan bayaran 70 sen bagi sehelai baju atau seluar.

Setiap hari, Yunus menunaikan solat Subuh di masjid di hadapan kedainya dan 
kemudian membasuh kira-kira 10 ke 20 helai baju pelanggan.

"SAYA SUKA DUDUK SINI KERANA DEKAT DENGAN MASJID. UMAT ISLAM SEPATUTNYA SOLAT 
DI MASJID DAN TINGGAL BERHAMPIRAN RUMAH ALLAH, ITU LEBIH BAIK," katanya.

Cerita lanjut di Utusan Malaysia 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0121&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm&arc=hive
 



      

Kirim email ke