Strategi yang mengena
 
DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan 
tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. 
Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah 
ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan. 

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], 
memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh 
kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya 
terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’. 

Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak 
Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai 
BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh 
diperkatakan oleh peminat politik. 

Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam 
Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan 
kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka 
adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai 
Menteri Besar. 

Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui 
oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. 
Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan 
Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS. 

Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral 
biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar 
terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan 
melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu 
memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil. 

Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai 
parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam 
Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat 
beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) 
yang tinggal di negeri Perak. 

Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar 
berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula 
berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar 
mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh 
masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah 
dituduh menderhaka kepada Rajanya. 

Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, 
money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan 
terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan 
kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah 
sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini. 

Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan 
tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan 
bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR 
semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai 
sesuatu yang lojik dan patut disokong. 

Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan 
Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit 
baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar 
cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, 
Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan. 

Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat 
sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, 
kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh 
dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan 
kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan 
hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka. 

Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding 
dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka 
gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu 
tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan 
mudah. 

Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO 
menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar 
apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang 
melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti. 

Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. 
Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar 
yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa 
sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan 
menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO. 

Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. 
Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The 
People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat 
Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk 
mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku. 

Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan 
ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, 
penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak 
akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun 
turut terpedaya dengan strategi ini. 

Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan 
lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat 
perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang 
sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan 
menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting 
untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak. 

Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan 
kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih 
sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu. 
LAWAN TETAP LAWAN
 
kiriman 



View previous topic :: View next topic  

Author
Message

blondal


      

Kirim email ke