*
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Mengapa dan kenapa Israel-Yahudi serta Amerika SANGAT memusuhi Hamas? Hamas 
yang ramai tinggal di GAZA.
Mengapa dan kenapa Israel-Yahudi serta Amerika TIDAK memusuhi Fattah dan PLO? 
Fattah yang ramai tinggal di Tebing Barat.
Jawapan spontan..... .kerana Hamas pimpinan Ismail Hanieya berjuang di atas 
dasar dan nama Islam.
Manakala PLO dan Fattah pimpinan Mahmud Abbas berjuang di atas dasar dan nama 
perkauman Arab.


Tahun penubuhan Gerakan Pembebasan Bumi Palestin: 1- Fatah (1959).2- PLO 
(Palestine Liberalisation Organisation )(1964). 3- HAMAS (1987).
•PLO termasuklah kumpulan Fattah berjuang di atas dasar kebangsaan Arab dan 
bertujuan membentuk negara sekular Palestin.
•PLO diiktiraf oleh Israel hanya selepas tercetusnya Intifadah (1987)
•PLO semakin lemah dan ditekan untuk berdamai dengan Israel.
#Lebih buruk lagi apabila PLO di bawah pimpinan Yasser Arafat menjual maruah 
perjuangan dan bumi Palestin DENGAN Termetrinya perjanjian Oslo (Gaza-Jericho) 
pada 13 Disember 1993 di Washington dengan kerajaan Israel pimpinan Yitzhak 
Rabin.


Intifadah/kebangkit an umat Islam terus memuncak setelah intifadah yang 
pertama(1987) . Iaitu intifadah yang ke 2 tahun 2002. Ramai pimpinan Hamas yang 
mati syahid termasuklah as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin dan as-Syahid Dr Abdul 
Aziz Rantisi.


HAMAS MENANG DALAM PILIHANRAYA UMUM PALESTIN
•Takdir ALlah Yang Maha Perkasa; Hamas yang diasaskan pada ketika intifadhah 
pertama (1987) telah membuat kejutan pada PR 25 Jan 2006 dengan menguasai 60% 
dari kerusi yang dipertandingkan. Maka kecundanglah parti Fattah pimpinan 
Mahmud Abbas.
•Kemenangan HAMAS menggusarkan Israel kerana:
–Pilihan Raya disahkan adil dan bebas oleh pemerhati PR (diketuai oleh mantan 
Pres USA- Jimmy Carter)
–% keluar mengundi tinggi
–Ini bermakna, majoriti rakyat Palestin menyokong polisi HAMAS yang tidak mahu 
mengiktiraf Israel dan menolak ‘perjanjian damai’ yang berat sebelah.


TEKANAN KE ATAS KERAJAAN ISLAM HAMAS
- Menekan Kerajaan Palestin baru yg dibentuk oleh HAMAS.
- Menghalang bantuan makanan, ubatan dan wang ringgit dari masuk ke Palestin.
•Tuntutan mereka(yahudi- amerika):
– HAMAS melucutkan senjata (ingat Sabra Shatila)
– Mengiktiraf Israel
– Menghormati semua perjanjian yang di tandatangani di antara Palestine 
Authority sebelum ini dengan Israel.


SIKAP DAN PENDIRIAN HAMAS
HAMAS menolak semua tuntutan tetapi menuntut gencatan senjata serta 
perbincangan semula diadakan mengenai persoalan kedudukan Baitul-Maqdis, nasib 
5 juta pelarian Palestin DAN penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin dan 
pengunduran Yahudi kepada kedudukan sebelum Perang 1967 (resolusi PBB 242 dan 
338).


SEBAB HAMAS TIDAK IKTIRAF NEGARA ISRAEL
-Memperaku penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin.
-Menghalalkan semua jenayah keji/kemanusiaan yg telah dilakukan ke atas rakyat 
Palestin.
-Mengkhianati lebih 5 juta pelarian Palestin yang tidak dibenarkan pulang
-Merestui hasrat yahudi untuk mengambil alih Baitul Maqdis dan meruntuhkan 
Masjidil Aqsa.
HAMAS TERUS DIMUSUHI kerana.....
# Perjuangan HAMAS melalui seruan jihad, tidak mengiktiraf Israel dan disokong 
oleh majoriti penduduk Palestin amat menggerunkan Israel
# Hasrat untuk menghancurkan kerajaan HAMAS melalui perang saudara dengan FATAH 
masih belum jadi kenyataan
# Hasrat untuk menghancurkan kerajaan HAMAS melalui sekatan ekonomi juga masih 
belum tercapai.

Semoga ALlah memberi kekuatan kepada sahabat-sahabat kita pejuang Hamas dan 
mengurniakan kemenangan. tk..

terima kasih kepada sahabat-sahabat JIM, ABIM dan PAS yang membekalkan maklumat 
dan bahan-bahan tersebut - uye..

Dipetik dari http://yusofembong. blogspot. com/

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 1/29/2009 04:27:00 PM














      

Kirim email ke