Ucapan Dr. Mahathir di Parlimen, 18-01-1993
Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 09:16:41 MYT oleh TokPenghulu
 Oleh ho_nam

"Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993


Tuan
Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang
bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua
sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas
Akta yang telah saya sebutkan tadi.


2. Ketika negara menuntut
kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan
besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat
pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi
Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan
atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana
semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan
kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan
pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini
tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang.
Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan
kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri
Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan
British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan
pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja
Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka
sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan
dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh
British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di
mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu
negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan
di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun
pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat
di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu
sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama
sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka
diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila
Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani
perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu
terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk
British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh
kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan
Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri
Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa
hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik
negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh
sudah menjadi lapok di seluruh dunia.. Di merata-rata tempat Sistem
Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan
oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa
Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin
rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira
sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.


Tuan Yang di-Pertua,

8.
Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di
mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal
ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan
sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa
melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur
dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu
buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku.
Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa
pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu
lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan
yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak
lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan
ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun
ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing
tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem
Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang
ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih
percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi
juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam
Perlembagaan

Kirim email ke