ye lah...... sape sape orang alim yang nampak mcm sokong Bn dan tak sokong PR 
memang lah orang PR tak respek..... begitu jugak sebaliknya... agaknya
soalan nya..... kenapa ada orang alim yang masih sokong BN dan tak mau sokong 
PR atau PAS?????/
tentu mereka punya sebab tersendiri, dan punya pegangan yang kuat tentang sebab 
mereka tak sokong PAS dan PR. tapi mereka tetap orang alim yang berilmu. cuma 
....dimata penyokong PR @ PAS mereka tak layak dihormati.

( disitulah menunjukkan kelemahan sikap keperibadian individu muslim yang tidak 
dipersetujui oleh orang alim tadi yang nampak macam menyokong UMNO )

tapi sebagai individu berkecuali, sy berpendapat ulamak dalam BN menepati 
perintah Allah untuk taat pada pemimpin. .....bukan nya  mencemuh, memaki dan 
mencerca pemimpin.... namun pada masa yang sama mereka jugalah yang ada di 
dalam kerajaan untuk memberi teguran yang berlandaskan islam kepada pemimpin . 
biar berdikit dikit berdakwah lama lama menjadi  sudah

ini tidak, kebanyakan "ulamak" nak jatuhkan pemimpin yang ada, dan biar 'AKU' 
yang jadi pemimpin atau orang aku yang layak jadi pemimpin.

cuba renungkan mana peristiwa menteri @ pemimpin tinggi atau rendah BN yang 
mencemuh tuan guru NIk aziz.......?????? cuba beri satu contoh....... saya rasa 
belum ada.........tetapi berapa ramai pemimpin PAS yang mencemuh pemimpin BN? 
saya rasa banyak sangat, tak yah lah sebut pemimpin PR . lagi lah banyak.....

sebenarnya tuan, kalau kita berjihat dalam pemerintahan yang sangat demokrasi, 
jadilah antibiotik yang berada dalam badan untuk membunuh kuman kuman yang 
boleh menyembuhkan. bukannya menjadi ubat ubat tahan sakit yang  di lambak 
dipasaran dan bila dibeli belum tentu boleh menyembuhkan penyakit ,malah 
memudaratkan.

jihat tuan guru nik aziz adalah yang terbaik untuk dicontohi. biarpun hanya 
satu negeri, tetapi tetap menang setiap penggal . kerna keikklasan ingin 
membangunkan negeri dengan asas Islam. Kelantan tak perlu undi PKR atau DAP 
untuk tubuhkan kerajaan islam. sebab itu PAS kekal lama dan dihormati di sana

tak caya? kenapa ramai orang tak kira parti apa, suka buat rombongan ke 
kelantan? kerana mereka menmui sesuatu kelainan disana.

itulah sejuknya tanah kelantan. raja dihormati pemimpin disegani ulamak 
bermartabat  tinggi.

Insyaallah dengan semangat jihat membenteras kemungkaran dalam kerajaan BN oleh 
ulamak yang berada dalam BN , tidak mustahil suatu hari nanti BN akan di pimpin 
oleh ulamak dan berlandaskan prinsip negara islam tulin.....tapi bukan sekelip 
mata untuk berjaya...... namun janji TUHAN, kejayaan akan datang pada orang 
yang sabar.

yang penting berjihat diam diam dari dalam........ jadi antibiotik

bukan menunjukkan jihat dari luar... seperti pokok ada bunga ,tapi tak jadi 
buah.     atau tukar bermacam macam jenama ubat, tapi demam  tak juga kebah

kalao nak benar 2jihat jadilah mcm rakyat palestin. . barulah syahid.
tapi kalau di malaysia yang aman dgn  pemimpin islam yang masih mengamalkan 
agama islam sebagai cara hidup,  tuan nak  jadi mcm pejuang di palestin tuh , 
mati tu dah conform la, syahid tu blum tentu lagi.....

wallahuwaklam. hanya sekadar pendapat peribadi. bukan penyokong mana2 parti

(saya sangat kecewa dengan pak lebai yang terbaring atas jalan menghalang 
kereta kerabat  perak, raja nazrin ) parti apa dia tu. ?????? geram nyer aku... 
dia ingat tuhan suka dia buat cam tu yer

seperti rakyat tak bermaruah
seperti penganut islam tak beriman
seperti melayu tak beradap
seperti umat tak bersyukur
seperti menjatuhkan martabat manusia lebih hina dari haiwan
 kerna saya rasa ......anjing pun tau hormat tuan.

saya tau ramai yang hentam saya lepas nih....... apapun itu pendapat peribadi. 
saya berhak bersuara.




________________________________
Daripada: "captha...@yahoo.com" <captha...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Jumaat, 13 Februari, 2009 10:37:09
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak



Ana rasa anta tidak mendapat berita yang jelas tentang apa yang sebenar nya 
berlaku di Perak. Pada suatu ketika dahulu, ana ada lah seorang yang cukup 
menyanjung tinggi atas keberanian Dato' Harussani mengutarakan isu-isu 
berkaitan dengan islam, tetapi setelah berlaku kemelut kerajaan Perak, rasa 
hormat ana pada mufti Perak ini terus hilang, kerana beliau merupakan salah 
seorang yang menasihati sultan untuk menjatuhkan kerajaan PR, dan beliau 
jugalah orang yang cukup tidak senang dengan kerajaan PR semenjak penubuhannya 
selepas PRU 12. Ana bukanlah emosional dan nak politikkan kenyataan Mufti Perak 
ini tetapi itulah realiti dan kenyataan yang telah berlaku.

Wassalam

Ab. Halim bin Muhamad
F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd
National Logistics & Distribution Department
DID  : 03-51014332
HP   : 013-3424198
Fax  : 03-51014333
Internet email: captha...@fn. com.my



zamira; yasmin
Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com
11/02/2009 09:41
Please respond to
hidayah...@yahoogro ups.com
 To "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
cc
Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak




saya ada membaca kenyataan Dato' Seri Harussani tu hari tu..pada saya kenyataan 
beliau x salah..Jangan di politikkan kenyataan nya..kerana dlm kenyataannya, 
beliau berkata "kita kena hormat kan pemerintah, selagi tidak terkeluar dari 
landasan Islam" (lebih kurang la maksudnya..) , bukan dia kata kita kena hormat 
pemerintah walo apa pun pemerintah tu buat..Dan Dato' Seri Harussani jugak 
tidak bercakap secara spesifik, tapi in general...Seingat saya, apa yg dia smp 
kan itu sama lah dgn apa yg saya pelajari din sekolah 15 tahun dulu..

________________________________
From: "joh...@yahoo. com" <joh...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Monday, February 9, 2009 0:15:18
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak


Salmah Mat Husain
Sun | Feb 08, 09 | 7:43:01 pm MYT
PENGKALAN CHEPA, 8 Feb (Hrkh) - Golongan alim ulama di Negara ini harus 
bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu 
isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik

Iklan  
  
    
Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, 
Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat 
kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya 
sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana 
individu apa lagi untuk kepentingan politik.
Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan 
masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam 
masaalah agama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti 
berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, 
Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri 
besar.
Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah 
ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan 
Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.
"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku 
seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti 
politik.
"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, 
Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak 
kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.
Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan 
ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di 
Perak.
"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang 
jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam 
bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani 
menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya 
dibuang daerah.
Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk 
menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.
"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar 
walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan, "ujarnya 
lagi.



________________________________
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!


________________________________
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!




      Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist.Muat turunnya sekarang.
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Kirim email ke