Assalamualaikum wbt, Pada Januari yg lepas, saya ada terbaca satu artikel ttg keju tempatan yg diusahakan di Langkawi.
Perniagaan yg dinamakan Friendly Farm Sdn Bhd ini terletak di P.T.No 301, Lot 1218, HS(M) 23-89, Kg Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi ini diusahakan oleh pasangan suami isteri Norzana Ghazali 25thn bersama suaminya Michael Bruseli 53thn yg berasal dari San Marino, Italy. Bangga saya bila dikatakan keju mozarella buatan mereka yg diperbuat dr susu kerbau Malaysia lebih sedap dr keju yg dihasilkan di Itali sendiri. Saya dan anak2 sendiri amat menggemari keju (yg tidak berbau teruk) tetapi pengalaman abang sepupu saya sekembalinya dari berkursus selama 6 bulan di Belanda membuatkan selera saya terencat.Saya percaya ramai dr kita yg tau ttg renet yg sgt penting dlm menghasilkan keju. Menurut abg sepupu saya ni sepanjang pengajiannnya diBelanda renet itu hanya boleh diperolehi dr bangkai anak lembu yg mati bahkan lebih ngeri adakalanya dr bangkai haiwan2 yg tak halal utk org2 Islam. Jadi bila tersiarnya ttg keju Langkawi ni rasanya saya antara org paling awal yg bersorak kesukaan tp takder la sampai terlupa kejadian diri. Saya suka sgt kerana renet yg digunakan adalah organik yg terhasil dari sejenis pokok bernama 'articok' or nama scientificnya cynara scolymus yg diimport dari Belanda. Selama ini saya dptkan mozarella utk pizza (sesekali jer) hanya dr rangkaian kedai Iwani - kedai yg dikatakan hanya menjual/membekalkan makanan2 halal saja wlp byk yg tak tayyib - pada pendapat saya ttg makanan ringannya spt nugget dan snek segeranya yg lain2. Saya berusaha mendptkan keju langkawi ini sebagai stok,berangan sungguh saya jika semuanya terlaksana saya takmau cari keju lain dah, tp belumpun sempat angan2 menjadi kenyataan tiba2 ada sesuatu yg melintasi pemikiran saya bila menyebut ttg Belanda yg ternyata sgt memusuhi Islam. Saya terfikir jika benarlah ada renet yg boleh diperolehi dari tumbuhan, mengapa mereka tidak mengusahakan ladang 'articok' ini secara besar2an agar renet dari haiwan dpt dimansuhkan terus? agar lebih maju perniagaan mereka kerana seluruh org Islam akan dpt menikmati keju tanpa was2. Sebelum ini saya pernah menghantar email kpd pengusaha keju jenama Bega (kawan punya rekomen)) yg berada di luar negara ttg bahan kandungannya namun sampai sekarang sepi tanpa jawapan. Beberapa org sahabat juga ada mengutus persoalan yg sama tp tidak berjawab juga, saya anggap mereka penipu dan pengecut lalu tak makan lg dah keju Bega, ditakuti lama2 jadi bigau. Akhir2 ini saya mmg sering terganggu selepas melayari www.wakeupproject.com. Saya amat berharap sekiranya ada diantara pembaca yg terdiri dari warga PPIM dpt mencari kebenaran ttg wujudnya pokok 'articok ini, kerana dikhuatiri hanya tipudaya saja. Jika benar sahih ttg kewujudannya bukan kah lebih baik kita import saja benihnya utk di tanam dinegara kita kerana tak mustahil satu hari nanti Malaysia boleh jadi pembekal renet halal ataupun pengeluar keju halal terbaik dunia. Buat masa ini pun kalau tak silap saya keju langkawi ni berharga rm120 bg setiap kilo. Maafkan saya. Prinsip saya BOLEH PERCAYA TP JGN TERPEDAYA.