DAP setuju hukum HUDUD?????
PKR setuju hukum HUDUD?????

aku tolong jawap. "Langkah Mayat Aku Dulu" itu ucapan Singh the King

tak pelik ke?

tak apa le, kita bekerja sama utk jatuhkan BN. Bila BN jatuh, bolehlah
laksanakan hukum HUDUD,

alamak lupa pulak, jumlah ahli parlimen PAS tak cukup utk majoriti 2/3.

2009/3/3 <AhmadJohor>

>   Salam,
>
> Saya setuju Melayu wajib bersatu tetapi mestilah berdasarkan Islam dan
> bukan atas dasar Melayu. Rasul Allah tidak pernah memperjuangkan bangsa
> Arab di dalam usaha menyatukan umat Arab. Tiada kelebihan Arab dari bukan
> Arab.
>
> Soalnya sekarang di atas dasar apakah Melayu UMNO dan Melayu PAS boleh
> bersatu? UMNO sebuah perjuangan sekular yang memisahkan Islam dan
> pentadbiran negara. Islam cuma satu juzuk kecil di dalam kehidupan di dunia
> ini sedangkan PAS satu wadah perjuangan yang ingin menegakkan Islam sebagai
> cara hidup, Islam yang di bawahnya terdapat bagaimana untuk mentadbir alam
> dgn Islam. Kalau dilihat perlembagaan kedua wadah ini kita akan dapat
> merumuskan kedua-duanya tidak akan dapat bersatu sampai hari kiamat.
>
> I*slam tidak melarang untuk kita bekerjasama dengan siapa jua walaupun org
> kafir sekiranya mereka setuju dengan nilai2 Islam sebagai cara hidup
> bernegara*. Org kafir yang tidak menentang Islam jauh lebih baik dari org
> Islam yang munafik, luar nampak Islam sedangkan hatinya sangat benci kepada
> Islam dan orang2 Islam.
>
> Kalau kita lihat di dalam 11 bulan ini ramai org bukan Islam telah mula
> tertarik untuk memahami keadilan dan kehebatan Islam. Mengapa kita perlu
> menghalang usaha ini? Tidakkah kita mahu org Cina, India dan bangsa2 lain
> memahami Islam dan seterusnya memeluk Islam. Di waktu itu kita tidak khuatir
> tentang ekonomi kerana walaupun tokeh2 itu Cina yang penting dia Islam.
>
> Jgn sempitkan fikiran, kita adalah umat yang satu, dari Nabi Adam. Agak2nya
> Nabi Adam tu bangsa apa? Melayu ke? Saya tak tahu tapi yang pasti dia Islam.
>
>
> Ayuh Melayu...!!! kembalilah kepada Islam sebagai satu2nya jalan untuk
> bersatu. Kita pernah  mempunyai empayar besar suatu ketika dulu sewaktu kita
> kembali kepada Islam...kita adalah umat yang dimuliakan kerana Islam.
> Melayu ? setahu saya, mungkar dan nangkir pun tak tanya pasal
> tu....fikirkanlah dgn hati dan minda terbuka.
>
> WasSalam.
>
>  ------------------------------
> *From:* "ja...@yahoo.com" <ja...@yahoo.com>
> *To:* Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
> *Sent:* Friday, February 27, 2009 8:23:22 PM
> *Subject:* Re: Help Palestine [hidayahnet] Dr Jerald Dirks lecture in
> Penang - Rayuan sumbangan wang untuk program IPSI
>
>        Assalamualaikum,
>
> Orang melayu sudah-sudahla bergaduh sesama sendiri,janganlah kerana politik
> kita berpecah,jangan kerana politik,sultan sendiri disanggah ,mufti dihina
> dan dijerkah .
>
> Kepada penyokong PAS jangan terlalu taksub sampai merasakan anda sahaja
> yang betul anda saya lebih Islam dari orang lain.Kalau anda saja merasakan
> anda sahaja yang betul dan mulia, apa bezanya anda dengan Yahudi,yang
> memandang rendah bangsa  lain,renung- renungkanlah. Bila saya menonton
> cerekarama  di TV3 tak lama dulu bertajuk Sama Tidak Serupa arahan Murali
> Abdullah ,lakonan fiz fairus dan fasha sandha,terdetik di fikiran saya
> kedua-dua watak ini boleh disamakan dengan PAS dan UMNO.Seorang Alim tetapi
> angkuh dan bermasalah .Watak  seorang lagi baik, pemurah tetapi jauh dengan
> Allah.Siapa yang pernah menonton drama ini mungkin boleh memberikan
> kesimpulan terhadap apa yang saya katakan tadi.
>
> Kepada penyokong PKR,janganlah terlalu taksub dengan pemimimpin de facto
> anda tu,kerana parti anda lah yang telah memecah-belahkan orang melayu.Tidak
> terfikirkah anda apa akan jadi kalau pemimpin yang anda sanjung2 kerana
> kepetahannya berkata2, pulang dijemput Allah S.W.T,siapa yang anda harapkan
> ?.Jangan kerana hendakkan kuasa sanggup menggadaikan hak istimewa bangsa
> sendiri.
>
> Kepada pemimpin UMNO,musahabahlah diri anda,kerana orang melayu
> mengharapkan pemimpin yang tinggi nilai peribadinya dan jujur perjuangannya
> dalam membantu anak bangsa dan memelihara kesucian Islam,bukannya sibuk
> mengumpul kontrak dan harta
>
> Diharap orang melayu sedar dengan strategi bangsa lain yang menunggu kita
> jatuh teduduk tanpa ada kuasa politik,apalagi kuasa ekonomi untuk menguasai
> kita.Jangan nanti apabila tiada lagi Raja-raja Melayu,tiada lagi hak-hak
> istimewa bumiputera,Islam bukan lagi agama Rasmi,UITM dibuka kepada semua
> kaum,baru kita mengeluh kesah,menyesal airmata darah natijah diatas
> kegopohan kita kononnya berjuang untuk KETUANAN RAKYAT,KEADILAN , HAK
> BERSUARA dan lain-lain lagi perjuangan yang kabur yang akhirnya merugikan
> kita sendiri.Harapan saya semoga orang-orang Melayu  bijaklah
> berpolitik,bukan berpolitik secara emosional,bukan ikut-ikutan dan gunakan
> akal untuk menganalisis kata-kata dan tindakan sang politikus.
>
> UMNO + PAS = Melayu kuat,Islam terus Gah!
>
> Bersatulah Bangsaku .
>
>
>
>
> ------------------------------
> Nama E-mel baru untuk anda!
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
> Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan
> @rocketmail yang baru.
> Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
>
>
>  
>



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer.com.my

Reply via email to