Sy pon mengakui dgn keagungan solat istikharah. Sy hanya buat sekali
solat istikharah dengan keimanan (bukan nafsu), sebelum sy membuat
keputusan untuk meneruskan pertunangan hingga ke perkahwinan sy dgn
seseorang yg sy kenali di masa belajar. Dan sy nmpk jodoh sy dgn
seseorang yang sy kenali dr seorang sepupu sy. Tp,sy tak berani nak
bersuara kpd dia sbb sy takut dikatakan perigi cari timba.. Jd sy
biarkan shj hal ini dgn harapan dia akan dtg kepada sy. Smbl sy berdoa
agar dia mmg jodoh utk sy. Keperibadian dia yang sy kenali,mmg menepati
ciri² sbg seorang muslim yang sejati. Smp sekarang sy hanya menunggu…



-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of respeks 2008
Sent: Wednesday, March 04, 2009 9:16 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kisah cinta Pertama

Kisah cinta Pertama
Dilulus terbit pada Monday, March 02 @ 21:10:18 MYT oleh TokPenghulu
Oleh putraazhari

"
“Ustaz saya mahu berbicara mengenai Solat Istikharah. Apakah kiranya
ustaz punya kelapangan sekarang?”

Tiba-tiba penulis dikejutkan dengan kehadiran mesej seorang teman di
Malaysia.

“Kalau boleh saya mahu bangat berbicara dengan ustaz melalui yahoo
messengerdalam
ruang waktu sebentar sahaja”Penulis biarkan keinginan teman itu
dipenuhi,walaupun penat masih menyelubungi penulis, namun penulis
gagahkan sukma diri membuka lap topyang berada di sebelah.

“Ustaz apa khabar hari ini?Khabarnya ustaz sudah selesai peperiksaan
semalam”Teman membuka bicara sebaik sahaja melihat status yahoo
messenger penulis di udara.

“Alhamdulillah,semuanya baik”

“Bagaimana
dengan keadaan saudara Naim?Mesti tengah cuti lagi ni…”Penulis cuba
meneka situasi teman tersebut dengan sedikit pengetahuan,dan apa yang
sedang berlaku di tanah air yang masih meriah menyambut Tahun Baru
Cina,dikalangan masyarakat Cina

“Alhamdulillah,samalah kita…”

“Begini
ustaz,saya ada seorang teman di universiti.. Dia ada beritahu saya
berkenaan bagaimana seseorang itu akan merasakan jodohnya dengan siapa
setelah mana mengerjakan solat Istikharah, tapi dia cakap kita akan
bermimpi dan di sana gambaran akan terpampar di hadapan kita.Betul ke
ustaz?”Teman cuba berusaha meyakinkan penulis dengan susunan ayat yang
rapi.

Penulis
tersenyum sendirian sambil mencapai segelas air yang di bawa oleh
seorang teman serumah.Hari ini seakan-akan mengamit hati penulis untuk
sedikit belajar berkenaan ilmu mengayat dan menarik para pembaca
budiman dengan kata-kata puitis, sambil menyelami maksud di sebalik
perkataan “Istikharah” itu sendiri dan sedikit cerita tentang kisah
cinta seorang teman Indonesia yang juga kawan rapat penulis di
universiti,semasa beliau di bangku sekolah menengah di Pasentren
Gontor.Dalam rencah kehidupan ini,akan wujud di sana perbezaan acuan
dan cara pembawakan dalam merealisasikan sebuah wadah ketrampilan
manusiawi pada suatu tahap membanggakan diri di kaca mata umum, siapa
sahaja!.Namun persoalan yang timbul,adakah di sana terdapat hamparan
kasih sayang di perdu mega qada’ ketentuan Tuhan Pencipta tatkala diri
meraba-raba mencari denai pulang kepangkuan keredhaan-Nya?

Senandung Khulasah Kehidupan Lampau

Angan-angan,cita-cita
atau dendam kesumat di masa kanak-kanak, di era masih kehinggusan dan
setahun jagung memang selalu menarik untuk dikenang, diputarkan semula,
dan diabadikan dalam diari lipatan sejarah, dalam proses untuk membesar
matang dilihat seperti hari ini.

Seorang teman penulis dari Jawa Barat pernah berkata:

”Salah satu angan-angan saya dulu adalah, mampu untuk membeli anggur
kelas satu berbotol-botol dan tape recorder Sonyuntuk memutar lagu Holan
Sada Do Na Ringkot–Hanya Satu Yang Bererti Bagiku Dalam Hidup
Ini”Ujarnya.

Bila mengenang tentang makan, pernah dahulu kala ketika penulis berada
di bangku kelas dua atau tiga (ingat
tak ingat) di sebuah sekolah rendah di Kelantan,belum pernah penulis
mengecapi makan kismis di kala mata terbuka luas dan bisa mengenal
huruf.Kata ibu, dulu pernah penulis makan kismis, tapi ketika tuan Imam
menyuap ke mulut di hari ke tujuh kelahiran.Penulis tidak tahu apa
penyebabnya.Boleh jadi penulis lebih gemar memikirkan kerja rumah, duit
sekolah, buku, peperiksaan dan sebagainya sehinggakan tidak kisah pasal
makan, asalkan tidak kebulur,sudahlah…Ketika itu memang belum
berkembang seperti sekarang.Mungkin barang-barang import (termasuk
kismis) masih sangat terpecil dan mahal harganya.Boleh jadi juga kerana
ekonomi keluarga pada masa itu, atau boleh jadi juga, seperti kata
orang Jawa:

“Mardomu ma i sude…(Semua itu campur baur,macam-macam ada)”

Penulis pernah ‘tertelan air liur’ sesekali dibuatnya bila melihat
seorang teman sekelas tengah menikmati kismis sekotak kecil.
“Bagilah sedikit,”Kata penulis kepadanya.

Teman
penulis memang baik.Diberinya beberapa butir kepada penulis.Dengan
penuh takzim butiran itu penulis masukkan ke mulut dan penulis kunyah
perlahan-lahan sambil biji mata memerhati hati-hati teman sekelas itu.
Tapi
tidak semua dari butiran kismis yang diberikan oleh teman itu penulis
makan.Dalam diam-diam beberapa butir kismis yang masih tersisa
digenggaman penulis masukkan ke kantong.Penulis tahu bahawa kismis
adalah buah anggur yang dikeringkan.Dan waktu itu buah anggur pun belum
pernah penulis makan.Kerana itu spenulis berteori dan monolog dalam
diri:

“kalau kismis ini aku bawa pulang ke rumah dan aku rendam di dalam
gelas, tentu ianya akan kembali menjadi buah anggur”

Tapi
ternyata eksperimen pantas itu penulis dapati gagal.Kismis itu tetap
sahaja liut dan lisut walaupun telah direndam selama
berhari-hari.Selepas peristiwa itu, penulis cuba mengagahkan diri untuk
tidak terus berputus asa dari terus mencuba, namun bukan pada tindakan
dan pekerjaan yang tidak masuk akal tadi.

Suatu
waktu dulu juga, setelah sedikit remaja kelas pertengahan.Ketika
berkunjung ke Puchong,Selangor di rumah ibu saudara.Penulis dibawa
masuk di sebuah supermarket, penulis melihat susunan kotak kismis
dipanjangkan di atas rak.Harga kismis ternyata jauh lebih murah dari
harga sebungkus rokok dan cakera vcd cetak rompak di kaki lima pasar
malam.Didorong oleh dendam kesumat yang tak terpuas
ketika masih kanak-kanak dulu, penulis langsung membeli kismis satu
kotak besar sekaligus.

Hal yang membuat penulis berbangga ialah bahawa
kismis yang penulis beli adalah yang berwarna kuning,dan itu adalah
kismis yang jauh lebih manis daripada yang hitam pernah dimakan disaat
pertama kali menikmatinya di sekolah rendah, dan tidak pula mempunyai
biji.Sambil berjalan perlahan-lahan di bawah gedung-gedung pencakar
langit yang memenuhi Bandar Puchong dan berhenti seketika,tatakala diri
tidak kenal erti penat dalam lamuanan lazat, penulis mengunyah kismis
kuning langsat itu.Sesekali penulis mendongak wajah ke atas dan berkata
dalam hati:
“Tuhan,aku makan kismis…”

Obsesi
penulis akan kismis telah menjadi bahan bualan dan sindiran di
tengah-tengah kecerian raut muka ahli keluarga.Kalau adik-adik penulis
berbelanja di supermarket dan di pasar-pasar mini, kalau hati mereka
sedang senang, mereka selalu membelikan penulis ole-ole kismis langsat
berjenama Sun Maid yang kotaknya berwarna merah dan terpampar gambar
perempuan sedang mengangkat sekeranjang anggur itu.

“Ni,
untuk abang saya tersayang yang masa kecilnya kurang bahagia, saya
belikan kismis.Makan deh sampai puas…,”begitulah selalu kata adik
lelaki di bawah penulis sambil bergurau senda.

Itu kisah dahulu,sekarang dah berubah…

Kisah Cinta Pertama Buat Pedoman

Mengenang
semula cerita seorang teman sekuliah di universiti yang berasal dari
Indonesia.Ketika itu penulis berehat seketika setelah berhempas pulas
memahami pelajaran ‘Sejarah Pensyariatan Dalam Islam’
yang agak sulit penulis kira berbanding matapelajaran lain di tahun
pertama pengajian penulis di Universiti el Azhar ini.Tanpa segan
silu,teman penulis itu memulakan cerita sebagai perkongsian dengan
penulis sambil santai.Penulis cuba mengamati setiap bait bicarawara
teman tersebut yang masih berusaha menyusun kata-kata dalam bahasa surat
Indonesia,supaya sedikit faham dan jelas.

“Saya
rasa,cinta pertama saya,atau rasa tertarik dan senang yang luar biasa
terhadap perempuan, saya alami ketika saya berumur antara empat atau
lima tahun.Usia ini saya ingat benar kerana waktu itu adik saya yang
nombor dua (anak nombor tiga dalam keluarga) belum lahir.

Cinta
pertama saya adalah kepada seorang ibu,tetangga sebelah rumah, ketika
kami tinggal di sebuah rumah sewa di Medan.Ibu itu memiliki dua anak
yang sebaya dengan saya dan adik saya.Suaminya seorang tukang kayu.Dan
hal ini saya ingat benar,kerana suatu hari,ketika anaknya bermain-main
di rumah kami,anak itu memecahkan tombol (knob) laci mesin jahit
Ibu,lalu oleh bapanya terus membaiki keadaan tombol itu pada tempat
asalnya sehingga utuh kembali dan tidak meninggalkan bekas pernah pecah
sama sekali.

Saya
tidak tahu bagaimana persisnya saya jatuh cinta kepada ibu itu.Tapi ada
suatu peristiwa di mana ketika saya masih kecil,ibu itu kelihatan
begitu indah di mata saya.Dan potret dari kenangan itu tak pernah bisa
hilang dan luput dari kotak ingatan kepala saya,sampai saya berumur
lebih dari 20 tahun seperti sekarang ini,ceritanya begini:

Suatu
pagi subuh,ketika saya terbangun dan duduk di anjung pintu dapur
menunggu Ibu yang sedang bekerja,saya melihat ibu tetangga itu berjalan
meninggalkan rumahnya,menjunjung sebuah keranjang besar dan hilang di
telan jalan yang bersimpang siur.

Ibu
itu sehari-harinya berjualan sayur di Pasar Sentral Medan.Kerana
pekerjaannya itu,dan juga kerana harus mengurus anak-anaknya setelah
pulang dari berjualan, maka tidak setiap hari saya bisa melihat ibu
itu.Kerana itu setiap kali saya bisa melihatnya,hati saya selalu
diliputi rasa senang,dan saya berusaha untuk menatapnya untuk tempoh
masa agak lama.Saya ingat bahawa ibu itu memiliki sebuah tahi lalat di
atas bibirnya.

Suatu
hari,entah disebabkan oleh satu kejadian,saya mendapat pukulan sapu
lidi di kaki dari ayah saya. Hukuman itu saya terima di halaman
rumah.Saya ingat, ketika saya sedang menerima hukuman tersebut, ibu itu
juga sedang berada di halaman rumahnya.Saya merasa malu sekali kepada
diri saya dan tidak suka kepada tindakan ayah saya ketika itu.

Di
kemudian hari,kami berpindah dari rumah sewa itu ke sebuah rumah sewa
lain masih di Medan. Dengan perpindahan itu tentu saja ‘kisah cinta’
saya kepada ibu tetangga itu pun mulai pudar dan terhakis.

Tapi
suatu siang ketika sedang bermain-main di kaki jalan,dekat rumah yang
baru itu,secara tidak sengaja saya bertemu kembali dengan ibu tetangga
yang selalu membuat hati saya berbunga-bunga.Rupanya ibu itu telah
selesai berjualan di pasar dan kini sedang dalam perjalanan pulang ke
rumahnya.
“Hei,di mana rumah kalian sekarang?”

“Apa khabar?”Suara ibu itu terkeluar menegur saya,yang masih lagi
terkesima melihat wajahnya..
Dengan
serta-merta saya langsung menunjuk ke satu arah.Seingat saya hanya
itulah yang saya lakukan. Saya tidak bisa berkata-kata.Tapi sementara
menunjuk ke arah rumah, saya berharap ibu itu

akan mengikuti saya
untuk menyusur dan bertemu dengan ibu saya.Tapi ibu itu tidak
berhenti..Dia terus berjalan.Tentu saja saya merasa kecewa ketika itu.

Setelah
peristiwa itu,untuk waktu yang cukup lama dan hampir setiap hari,kalau
sudah sekitar jam sebelas sebelah petang saya sengaja bermain-main di
kaki jalan tempat yang sama dekat rumah dengan harapan bisa kembali
bertemu dengan ibu itu.Tapi saya tidak pernah lagi ketemu dengan ibu
yang di atas bibirnya ada tahi lalat itu.

Beberapa
waktu yang lalu saya bercerita-cerita dengan ibu saya tentang kehidupan
di masa lalu.Entah mengapa perasaan di masa kanak-kanak yang pernah
saya miliki dan kecapi terhadap ibu tetangga itu,
saya ceritakan juga untuk pertama kalinya kepada ibu saya.
Ibu tertawa terbahak-bahak.Lalu katanya:
“Penilaianmu tidak salah.Ibu itu memang manis dan lembut”

“Dan di atas bibirnya memang ada sebuah tahi lalat”Tambah ibu lagi
membenarkan cerita saya tadi.
Ketika
saya becerita dengan Ibu,kami sama-sama tidak tahu apakah ibu tetangga
yang saya maksudkan dan yang pernah membuat hati saya berdebar-debar
itu,masih hidup atau tidak.Tapi bulan Mei yang lalu,ketika saya pulang
bercuti ke Medan,Indonesia saya bercerita-cerita dengan seorang teman
karib saya.

Kepada teman karib saya itu,saya
tidak menceritakan perasaan yang pernah saya miliki kepada perempuan
(ibu tetangga) itu.Saya hanya diam-diam saja.Tapi di dalam hati saya
tentu saja masih ada juga sekelumit keinginan,kalaulah saya boleh
melihat ibu itu kembali.Itulah cinta pandang pertama saya”Teman itu
meleraikan ceritanya kepada penulis,dan ketika itu jua pasti menjadi
suatu kenangan indah dan modal untuk membuktikan nilaian kasih sayang
yang lahir kerana kesedaran dari hati.

Jodoh Saya Dengan Siapa?

Dalam
hidup ini, manusia sering berhadapan dengan perkara untuk dinilai dan
dipilih, maka di sana kita dituntut untuk mencari pilihan terbaik
sebagai memenuhi tuntutan fitrah, namun pilihanraya ini hendaklah
terpimpin dengan akal dan petunjuk daripada-Nya berdasarkan ilmu serta
keyakinan,agar apa yang dipilih tidak tersasar pada jalan benar atau
menempah kebinasaan kelak.

Begitu
juga dalam masalah mencari jodoh, atau pasangan hidup, dan apa sahaja
sekalipun Nabi ada menyarankan kita (tidak secara spesifik pada jodoh
sahaja) agar melaksanakan solat dua rakaat, dan berdoa memohon kepada
Allah Taala agar disuluh penentuan antara dua atau lebih keadaan yang
hendak dipilih.Maka dalam soal ini, kita tidak semestinya bergantung
pada mimpi semata-mata, kerana soal dapat, tepat, dan cepat adalah
datang daripada Allah Taala, kita hanya mampu berikhtiar sahaja, dan
hasilnya adalah dalam penguasaan dan pengetahuan-Nya.Kerana di sana
bimbang bilamana kita terlalu bergantung pada mimpi akan menyebabkan
kita taksub, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kita
kemungkinan besar termasuk dalam perbuatan syirik khafi.

Jadi
langkah yang paling baik dan bijak ialah, pastikan kita mencari
terlebih dahulu pasangan yang ingin hidup bersama, atau sesiapa sahaja
kenalan, selepas itu pastikan ciri utama yang perlu diletakkan
dihadapan seperti elok agama dan seterusnya.Selepas itu, lakukan solat
Istikharah dua rakaat setiap hari,l akukan berulang-ulang kali
sehinggalah kita begitu yakin dengan gerak hati, dan semestinya gerak
hati tersebut yang terbaik selepas menilainya secara ampuh dari setiap
sudut.Namun ada juga mengikut pandangan ahli sufi, antara lain kita
akan mengetahui siapa pasangan kita setelah mengerjakan solat
istikharah dan bentuk usaha yang lain, ialah apabila kita melihat
kenalan atau pasangan yang dipilih, akan terasa debaran yang memuncak
atau dengutan jantung tidak pada paras normal.

Untuk
menentukan petunjuk itu datang dari gerak hati bersulam iman atau
sebaliknya adalah kita berasa yakin, bahawa kemanisan iman itu
mengatasi gelocakan hawa nafsu.Ini berkaitan psikologi manusia, maka di
sana kita kena merasainya dahulu baru dapat bezakan antara nafsu dan
Iman dalam konteks menentukan pasangan jodoh yang betul-betul
ideal.Iman akan terasa lembut pada rasanya,dan tidak dinodai perasaan
buruk seperti kecamukan marah, sedih, dan sebagainya, bahkan ianya akan
merubat kedukaan, atau menukar sesuatu perasaan yang buruk kepada
perasaan baik.
http://puteraazhari <http://puteraazhari.blogspot.com/> .blogspot.com/""


Reply via email to