** <http://wahabamri.blogspot.com/2008/05/perpaduan-orang-melayu.html>*B
ersatu teguh, bercerai roboh*
.Begitulah bunyi pepatah melayu yang menggambarkan betapa pentingnya
perpaduan dan bahayanya perpecahan. Ertinya, orang Melayu cukup faham peri
mustahaknya perpaduan. Apatah lagi kalau Melayu itu Islam, soal perpaduan
ini akan jadi lebih penting.

Islam mahu kita hidup bersatu pada, berkasih sayang, bertolong tolongan
dengan IMAN sebagai pengikat. Ibarat batu bata yang tersusun, simenlah
pengikatnya. Ini penting, kerana rahmat dan kejayaan hidup sesuatu bangsa
bergantung kepada faktor itu. Sebab itu kita lihat umat Islam pada zaman
Rasulullah bersatu padu dan saling berkasih sayang. Hasil didikan Rasulullah
, kaum muslimin menjadi saperti satu keluarga. Ini di gambar dalam sabda
baginda, yang bermaksud " Kasih Sayang orang mukmin itu ibarat satu badan.
Yang mana kalau satu anggota sakit, maka anggota yang lain turut sakit
hingga terpaksa berjaga malam"

Dalam isu semasa umat Melayu dan orang orang politik lantang melaung
laungkan tentang perpaduan Melayu. Melayu mesti bersatu kata mereka.
Bagaimana hendak bersatu.Penghalang utama penyatuan sebenarnya adalah orang
orang politik Melayu sendiri. Mereka sombong, ego, angkuh, dan takabur
 dengan pendapat kumpulan dan parti masing masing.Masing masing ada agenda
politik tersendiri.Masing masing tidak mahu bertolak ansur. Mereka "selfish"
kerana masing masing hendak jadi jaguh perpaduan Melayu. Mereka mahu kalau
Pernyatuan umat Melayu berjaya biar lah ianya berlaku melalui tangan
mereka.Dari itu terjadi lah pertembungan di antara mereka yang menyebabkan
Melayu lmakin perpecah.Yang amat di kesalkan Melayu Melayu ini mengaku umat
ISLAM. Hancur Melayu hancurlah ISLAM.

Kalau begitu di mana perpaduan yang sebenar yang mereka bawa? Jawabnya ia
lah di mulut. Tidak di dalam hati dan realiti kehidupan. Seorang menteri
berada di atas pentas melaungkan perpaduan rakyat. Itu sebenarnya hanya
slogan kosong yang tidak akan berhasil apa apa.Bagaimana dia nak ajak rakyat
bersatu padu, bagaimana dengan rakyat dia boleh berkasih sayang  sedangkan
dia sentiasa memeras hak rakyat dan tidak memberi apa apa untuk mereka. Apa
lagi kalau gayanya di atas pentas itu angkuh, penuh emosional, dan mengugut
ugut serta menakut nakutkan rakyat. Bukan begitu caranya membina perpaduan,
tidak semudah itu.

Perpaduan adalah buah kasih sayang. Sedangkan buah kasing sayang yang hakiki
antara manusia hanya akan wujud di dalam hati hati manusia yang beriman dan
bertaqwa..
Maknanya asa perpaduan itu ialah IMAN dan TAQWA.Hanya hati yang suci yakni
yang beriman yang akan selamat dari sifat sombong, takbur, tamak, hasad
dengki, dendam, bakhil dan lain lain. Selagi hati manusia berkarat dengan
sifat sifat keji (mazmumah) ini, nescaya tidak akan memberi hasil yang di
harapkan.

Berdasarkan kenyataan saya di atas peluang untuk Melayu bersatu padu
sekarang ini adalah amat tipis sekali. Mungkin bolih berlaku kot, jika Allah
turunkan mala petaka saperti serangan fisikal musuh dari luar atau dalam,
itu pun susah, kerana kita lihat tsunami yang berlaku satu ketika dahulu
masih tidak dapat menyedarkan umat,khasnya umat Melayu untuk bersatu.

Pembinaan perpaduan mesti dilakukan dari awal umur melalui sistem pendidikan
yang berterusan.Dari peringkat keluarga dan seterusnya di pusat
pusat pengajian ibu bapa dan guru mesti melaksanakan perkara perkara yang
bolih mencetuskan kasih sayang antara diri mereka dengan anak anak dan
murid.Kalau institusi keluarga, sekolah , kolej dan universiti bolih
melahirkan orang yang berkasih sayang , dengan kata lain orang yang berpadu,
maka itu lah langkah awal ke arah membina masyarakat yang berpadu. itulah
perpaduan yang sebenarnya. Ertinya perpaduan itu mesti bermula di tempat di
mana ilmu itu di ambil.

Amri el Wahab
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com
 

Kirim email ke