di manakah anak nya yg beragama islam itu...caarilah..tangggungjawab anak
kepada mak dan bapa takan putus walau
apa jua anutan nya.





respeks 2008
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
11/03/2009 06:44 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Fatimah Rabu - Wanita Melayu Islam Yang
Berkahwin dengan Hindu!!!






Fatimah Rabu - Wanita Melayu Islam Yang Berkahwin dengan Hindu!!!
Dilulus terbit pada Sunday, March 08 @ 20:19:29 MYT oleh TokPenghulu
Oleh mankip

"TIADA
siapa yang tahu ten­tang wanita ini. Namanya bukanlah sepopular nama
penyanyi mahupun pela­kon tanah air. Dia juga bukan seorang pemimpin
wanita yang tersohor. Tetapi hanya seorang gadis kampung berketurunan
Melayu dan beragama Islam.

Hidup sebagai gadis kampung di zaman Jepun, tiada siapa yang ambil tahu
tentang kisah hidupnya.

Entah
dari mana jalur keturunannya, tiada siapa yang dapat menjelaskannya.
Tetapi dia adalah wanita Islam yang diberi amanah untuk menjaga kawasan
perkuburan Yahudi yang tertua di Pulau Pinang, dengan upah RM45 sebulan
(nilai yang cukup besar pada waktu itu).

Al Islam terus mencari
maklumat tentang Fatimah Rabu daripada penduduk Pulau Pinang. Tetapi
selain latar belakang yang kabur dan pekerjaan , yang `pelik?,
kehidupan peribadi Fati­mah Rabu, khususnya perkahwinannva, menimbulkan
tanda tanya.

Sememangnya dia adalah wanita Melayu yang cukup
?misteri?. Fatimah dikahwinkan oleh seorang rabai Yahudi! Lebih
memeranjatkan, Al Islam diberitahu, jodoh wanita ini ialah seorang
jejaka India yang menganut ajaran Hindu! Sekali lagi persoalan demi
persoalan berlegar di benak fikir­an. Apakah benar cerita yang
?dihidang­kan? kepada penulis ketika berpeluang berjumpa dengan anak
Fatimah Rabu sendiri iaitu, Saraswati, 50

Peluang berjumpa
dengan Saraswati sememangnya tidak pernah dirancang. Apatah lagi di
awal kedatangan wartawan AL ISLAM pada petang minggu itu, Saraswati
yang agak malu­-malu, lebih suka suamim Silvraj, 59 melayan penulis.

Bagaimanapun,
apabila soalan demi soalan ditanya, khususnya cerita me­ngenai wanita
bernama Fatimah Rabu, Saraswati yang kerap berlindung di pintu rumah
pondok di dalam kawasan perkuburan itu memulakan bicara. Se­kalipun
tidak fasih berbahasa Melayu, Saraswati dengan pertolongan anak
lelakinya, Ganeson Silvraj, yang ke­betulan datang melawat keluarga
ber­sama isterinya, Kasturi, berminat apa­bila nama Fatimah Rabu
menjadi topik perbualan.

Dengan mengenakan syarat untuk tidak
merakamkan gambarnya, Saras­wati mengakui dia adalah anak kepada
Fatimah Rabu. Katanya, wanita itu adalah ibunya yang telah menetap di
atas tanah perkuburan Yahudi itu sejak bertahun-tahun lamanya bersama
bapa­nya, Aligar Muniandy.

?Saya tahu ibu saya adalah seorang
Islam. Nama dalam kad pengenalannya juga adalah nama nama Islam. Tetapi
kami tidak pernah bertanya, mengapa ibu saya mengahwini bapa saya yang
bukan beragama Islam.
?Saya juga tahu adik kepada ibu saya juga
seorang Islam, dan dialah satu-satunya adik ibu saya. Dia pernah
menemui kami di sini. Tetapi saya tidak tahu nama kerana ketika itu
saya hanva bausia 12 tahun. Itulah sekali dia mcngunjungi ibu saya
sehinggalah ibu saya meninggal pada 7 Disember 2002.?, katamya lanjut.

Saraswati
terus bercerita, hasil dari­pada perkahwinan ibu dan bapanya, lahirlah
seramai sembilan orang anak, empat perempuan dan lima lelaki. Kata
Saraswati, di situlah mereka adik-ber­adik membesar.

Bagaimanapun
ketika diaju menge­nai pegangan agama yang diamalkan, Saraswati
berkata, ?Tujuh daripada adik-beradik kami mengikut agama bapa, iaitu
Hindu. Cuma dua orang, seorang lelaki yang bernama Azmi, dan seorang
perempuan bernama Fauziah yang mengamalkan Islam.?

Tetapi
menurut Saraswati, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan adik­ beradik
yang beragama Islam. Ma­lah mereka tidak pernah berjumpa Saraswati
apatah lagi adik-beradik yang lain. Cuma cerita Saraswati, berita
ter­akhir vang diterima, Fauziah telah pun berkahwin dengan lelaki yang
berasal dari Kelantan. Manakala Azmi tidak diketahui khabarnya.

Hari
semakin petang. Namun, Saras­wati yang pada mula-mula ditemui agak
pendiam, tanpa diminta telah menunjukkan kepada penulis, gambar ibunya.
Itulah satu-satunya gambar bersaiz pasport yang masili disimpan oleh
Saraswati. Benarlah, wanita tua yang berada di dalam gambar itu adalah
gambar wanita Melayu.. Bukan kacu­kan India atau bangsa lain. Rupanya
memang Melayu asli. Ini Fatimah Rabu.

Soalnya, apakah kerana
perkahwinan ini, Fatimah Rabu `melepaskan? sta­tusnya sebagai seorang
Islam? Ganeson, cucu kepada Fatimah Rabu mencelah; ?Waktu itu mungkin
amalan agama Fatimah Rabu tidak begitu kuat. Apatah lagi, di zaman
Jepun, Islam masih tidak begitu men­dalam dan dihayati oleh orang
Melayu.

?Mungkin inilah keadaan yang ber­laku kepada tok saya.
Kerana jahil ten­tang Islam, tok berkahwin dengan tok wan saya. Tapi
kami tahu dia adalah seorang Islam. Kami tidak pernah
mempertikaikannya,? ujar Ganeson.

Ditanya apakah perkahwinan
terse­but tidak mendapat bantahan, Saras­wati menjelaskan, pada zaman
terse­but, perkahwinan mungkin tidak didaftarkan. Tidak seperti hari
ini, pelbagai prosedur perlu diikuti ter­masuk mendaftarkan setiap
perkahwin­an. Apatah lagi apabila Fatimah Rabu dikahwinkan oleh seorang
rabai Yahudi, maka tiada pendaftaran perkahwinan yang dibuat.

Bagaimana
pula dengan amalan Islamnya? Persoalan tersebut dibiarkan begitu sahaja
tanpa ada jawapan yang diberikan. Tetapi sesuatu yang pasti, Fatimah
Rabu, dikuburkan di kawasan perkuburan Islam!
Saraswati terus masuk
ke dalam rumah pondok yang didiami. Selang beberapa minit, dia keluar
dengan dua keping gambar sambil memberikan kepada kami. ?Inilah gambar
kubur ibu saya. Dia dikuburkan di sini kerana dia seorang Islam,?
ujarnya.

Pun begitu, jelas Ganeson, sebagai cucu yang mengetahui
pegangan agama toknya, hasrat untuk mengebumikan Fatimah Rabu di
kawasan perkuburan Islam yang terletak di Masjid Jamek Hashim Yahya,
Kampung Dodol, sememangnya telah ada. Bahkan anak­-anak Fatimah Rabu
yang beragama Hindu juga bersetuju untuk menem­patkan jasad Fatimah
Rabu di tanah perkuburan Islam.

?Sebaik tok saya meninggal, saya
telah melaporkannya kepada polls. Dan, apabila polls melihat kad
penge­nalan tersebut tertera nama Fatimah Rabu clan beragama Islam,
maka polis mengarahkan supaya jenazahnya dita­nam di kawasan perkuburan
Islam.

?Memang itulah hasrat kami. Di­kuatkan dengan arahan
polis, kami telah memberitahu imam di kariah ini untuk menguruskan
jenazah Fatimah Rabu mengikut cara Islam. Fatimah Rabu dimandikan,
dikapankan dan disembahyangkan cara Islam sebelum dibawa untuk
ditanamkan di perku­buran Islam,? jelas Ganeson. Tanpa ada rasa kekok
mencerita­kan perbezaan anutan agama, Ganeson berkata, ?Walau apa pun
bangsa dan agama dia, Fatimah Rabu adalah tok saya. Saya dan keluarga
masih melawat dia di perkuburan Islam, kerana kami adalah
waris-warisnya,? ujarnya.

Kebiasaannya keluarga Saraswati
termasuk cucu Fatimah Rabu, Gane­son dan isteri, Kasturi, akan
menziarahi kuburnya, terutama apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan
Aidiladha. Bukan itu sahaja, apabila teringatkan Fati­mah Rabu, mereka
akan menziarahinya pada bila-bila masa. Begitulah akrab­nya hubungan
keluarga yang berlainan agama dan bangsa!

Sumber eksklusif::
Majalah Al Islam, 2009

Sumber:
www.terjah.com

Kirim email ke