Assallamualaikum...

Inile dinamakan " meludah kelangit , terkena muka sendiri " bila
pemerentah yang berugama Islam tidak menyebelahi mereka, kutukan
dan berbagai lagi akan ditembak bulat2 tanpa memikirkan tentang natijahnya.
Sanjungan berpihak kepada Hindu yang akan jatuh tak lama lagi.....Malang sungguh
Melayu begini....Bila ungkitan sebgini kedengaran alasan, mereka berjuang tanpa
mengira bangsa kununnya...dan berjuang untuk kebenaran dan Islam....

Ya...perjuangan beginilah yang akan memecah belahkan Melayu dan Islam di 
Malaysia
perjuangan yang lebih terarah kepada politik...mana kala di Arab mereka tak 
sepakat
adalah kerana bangsa .....WALHAL MEREKA SEMUA ISLAM .

Dah terang2....sorang Singh sorang Hindu...kutuk / belakangkan raja Melayu tapi
terus mendapat sanjungan yang majoritinya Melayu...mungkin Melayu sebegini
sanggupkan beRAJAkan Singh / Hindu asalkan mereka " SEPAKAT ".
Yang sebelah pihak sepakat nak jatuhkan Melayu dan Islam, sebelah pihak lain ( 
Melayu )
nak samakan hak yang dimiliki oleh Melayu supaya kaum lain dapat menikmatinya.
Itu baru ADIL kata mereka . Tapi tidak pulak mereka ini persoalkan mengapa 
Melayu
terus layu di syarikat yang diterajui kaum lain ?. Mengapa ?. Apa sebab tak 
dipersoalkan
PERSAMAAN HAK....?.

Teruskanlah kebodohan kamu wahai Nizar...sedang kamu telah dimanipulasikan oleh
kaum lain untuk kepentingan mereka sejak kamu di kerusi empuk MB lagi.


Wassallam






  ----- Original Message -----
  From: hai hai
  To: hidayahnet@yahoogroups.com
  Sent: Tuesday, March 10, 2009 10:12 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] P. Ramlee sudah ramal sidang DUN 
bawah pokok


        mengapa bangsa kita,bangsa melayu sanggup menggugat institusi diraja yg 
menjadi lambang kpd org Melayu sendiri... sangat2 tidak paham apabila bangsa kt 
sendiri terpekik terlolong mengakui kekebalan Siva sebagai speaker,sedangkan 
kekebalan sultan dinafikan... sehingga sanggup menafikan perkenan sultan untuk 
melantik MB br untuk negeri Perak... bersyukurlah dgn nikmat yg dberi oleh 
Allah yang Maha Penyayang... Amin...

        --- Pada Khm, 5/3/09, id...@yahoo.com <id...@yahoo.com> menulis:


          Daripada: id...@yahoo.com <id...@yahoo.com>
          Subjek: Help Palestine [hidayahnet] P. Ramlee sudah ramal sidang DUN 
bawah pokok
          Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
          Tarikh: Khamis, 5 Mac, 2009, 10:26 AM


                P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok




                Dharmala NS
                Wed | Mar 04, 09 | 11:11:18 am MYT

                Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) 
persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir 
bersidang di bawah pokok.










                Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari 
lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa 
apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang 
dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."

                Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi 
seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi 
?halal?. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang 
di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan 
Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

                Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang 
dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri 
Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan 
sikap 'akulah aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, 
mencemuh dan mencerca.

                (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, 
sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA) _


          Sidang DUN di bawah pokok March 4, 2009
          Posted by Mr. Ash in Articles.


          ‘Jika di atas pokok pun ia sah’ - Dr Mohammad Agus Yusoff
          (TV Antara) - “Jika di atas pokok pun ia sah”, itu pandangannya 
ketika ditanya mengenai kesahihan “persidangan tergempar” itu yang diadakan di 
bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan 
Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam. Persidangan itu, yang dipanggil 
oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit 
bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat 
(PKR).
          Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan 
Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul 
yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah. 
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar 
Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan 
raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang 
Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri 
daripada menghadiri persidangan dewan.
          “Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak 
dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan 
persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,” katanya kepada 
Bernama.
          Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga 
Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan 
membabitkan isu perundangan yang kompleks. Sungguhpun ia tidak munasabah untuk 
satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani 
sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.
          Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan 
Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri. “Tentulah, Bangunan 
Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan. “Bagaimanapun, 
Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya 
di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai 
kesahihan tindakan polis.
          “Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak 
dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini 
di tempat lain,” kata beliau. Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi 
keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi 
sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker 
dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu. Sreenevasan berkata 
keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak 
untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri. “Kini ada harapan untuk ini 
berlaku. Biarlah rakyat menentukan,” tambah beliau.






------------------------------------------------------------------------------
  Bersosial dan bersambung dengan lebih baik hari ini.
  Tambah lebih ramai rakan ke Yahoo! Messenger sekarang!

  

Kirim email ke