Ahli Parlimen (PAS-Baling) Ustaz Taib Azamudin dalam sidang Parlimen 
baru-baru ini  ? setuju untuk tidak membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh 
gereja Kristian kerana katanya bertindak mencegah lebih awal adalah lebih baik 
daripada mahu bertindak selepas lebih ramai orang Islam tersesat. Saya pernah 
dengar cerita mengatakan ada anak orang Islam yang dihantar ke Tadika ? milik 
Kristian ketika gurunya/ pengasohnya mengagihkan  makanan akan berkata kepada 
anak orang Islam Allah tidak beri makanan untuk dia. Makanan hanya bagi yang 
menyebut Jesus itu Tuhan. Jika betul ianya berlaku memang kesilapan ibubapa lah 
yang hantar anak mereka ke Tadika seperti itu.
 
     Sekiranya perkataan Allah digunakan oleh mereka mungkin anak-anak yang dah 
remaja pun akan percaya bahawa Allah dalam Kristian ini sama saja dengan Allah 
yang diiktiqad dalam aqidah Islam. Mereka mungkin akan umpankan orang Islam 
dengan kebendaan terutama di kalangan mereka yang tidak mendalami agama Islam 
dan kehidupan yang tertekan dengan pelbagai cara untuk meyakinkan Allah mereka 
adalah lebih pemurah lebih berkasih sayang dan pelbagai lagi taktik. Bagaimana 
pun mungkin terdapat pendapat ulamak lain tidak selari dengan pandangan Ustaz 
Taib berdasarkan hujuh tertentu. Apa pun konsep mencegah adalah lebih baik 
kecuali jika diyakini hikmah yang tersirat lebih banyak dengan membenarkan nya.
 
   Dalam pada agama Islam kita yang sangat keras terhadap perbuatan 
mensyirikkan Allah sehingga Allah istihar Dia akan ampun semua dosa hambanya 
kecuali dosa melakukan syirik pun masih ramai yang tidak memperdulikan amalan 
syirik. Agama Kristian (Nasrani)   yang percaya Jesus (Nabi Isa as) itu anak 
Tuhan seperti terdapat dalam kita-kitab Bible mereka yang telah berkali-kali 
dipinda daripada Injil yang asal kepada pelbagai versi yang jelas ditokok 
tambah dan mensyirikkan Allah swt. Maklumat mengenainya boleh dirujuk kepada 
buku-buku yang ditulis oleh Ahmad Deedat. Kitab Injil asal hanya menyebut Allah 
maha esa saja adalah Tuhan sebenar. Kristian bukan agama yang diajar oleh Nabi 
Isa as tetapi ianya adalah agama yang dicipta oleh kaumnya yang sebenarnya 
? didalangi oleh pemimpin/pendita Yahudi !! Jika syirik nya Nasrani 
(Kristian) kerana didalangi oleh Yahudi mungkin suatu hari berlaku syirik 
berleluasa di kalangan orang Islam akibat
 didalangi Kristian. Nauuzubilah !!
 
ibnuAli
kota jembal 

--- On Mon, 3/9/09, a...@yahoo.com <a...@yahoo.com> wrote:

From: a...@yahoo.com <a...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mengapa bukan Muslim di larang guna 
perkataan ALLAH
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, March 9, 2009, 12:21 AM








Jika nama ALLAH di gunakan oleh Agama selain Agama Islam.




Maka yang mana satu Tuhan Tuhan mereka ini nama nya ALLAH?

Nama ALLAH hak TUHAN Yang ESA


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Katakan (wahai Muhammad) "Tuhanku ialah ALLAH Yang Maha Esa."
"ALLAH yang menjadi tumpuan segala makhluk untuk memohon segala hajat."
"Dia tidak beranak dan Dia tidak di peranakkan."
"Dan tidak ada siapa pun yang setaranya dengan nya."
(Surah Al Ikhlas)


--
Posted By amri el wahab to Hembusan Amal 4U on 3/06/2009 05:08:00 PM
















      

Reply via email to