Siri Ceramah & Pameran Kesihatan Sempena Program Tautan Kasih 2009
Sukacita dimaklumkan bersempena dengan sambutan Bulan Dakwah Peringkat Negeri 
Sembilan, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan 
menganjurkan Program Tautan Kasih 2009 pada 20-22 Mac 2009. Program yang akan 
diadakan di Surau Al-Hadi, Rumah Rakyat Sikamat 2, Seremban ini bertujuan untuk 
mewujudkan persefahaman dan keserasian di antara kakitangan kerajaan, NGO, 
masyarakat dan pemimpin masyarakat agar dapat melahirkan wahdatul ummah yang 
cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah 
dirancang seperti ziarah dan dakwah, program anak angkat, pameran, pemeriksaan 
kesihatan, ceramah, khidmat sosial dan gotong-royong.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban juga akan turut terlibat 
dalam Program Tautan Kasih 2009  ini melalui Sesi Ceramah dan Pemeriksaan 
Kesihatan pada hari Sabtu, 21 Mac 2009 di Surau Al-Hadi. Slot ceramah tersebut 
akan mengupas tentang konsep penjagaan kesihatan dalam Islam, khususnya 
berasaskan sunnah Rasulullah saw. Masyarakat setempat khususnya di sekitar 
Sikamat adalah dijemput untuk hadir di samping mengambil peluang mendapatkan 
perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang disediakan secara percuma oleh para 
petugas ISMA bermula pukul 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari.  Sebarang 
pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi saudara Omar bin Kassim, 
Setiausaha Agung ISMA Seremban (019-6699630).

Sumber : 
http://isman9.wordpress.com/2009/03/15/hebahan-siri-ceramah-pameran-kesihatan-sempena-program-tautan-kasih-2009/
 



      

Kirim email ke